PANDUAN SOLAT HORMAT WAKTU

Solat Hormat Waktu

Bagaimana cara mengerjakan solat hormat waktu?

Ini adalah panduan berkaitan topik solat hormat waktu secara lengkap dan tersusun.

Jika anda perlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Apakah Maksud Solat Hormat Waktu?

Solat hormat waktu bermaksud solat yang dikerjakan dalam keadaan darurat atau terdesak, tanpa dapat berwuduk atau tayamum.

Mengapa perlu solat walaupun keadaan darurat?

Kewajipan solat tidak gugur sama sekali selagi mana seseorang itu masih mukalaf walaupun dia menghadapi kesukaran berwuduk kerana ketiadaan air dan kesukaran bertayamum kerana ketiadaan debu tanah.

Dalam fekah, orang yang ketiadaan air untuk berwuduk dan ketiadaan debu tanah untuk bertayamum dipanggil فاقد الطهورين

Dalam keadaan ini, dia wajib solat tanpa bersuci (wuduk atau tayamum).

Solat dalam keadaan ini dipanggil sebagai solat kerana menghormati waktu.

Contoh Keadaan Darurat

Kita semua telah tahu bahawa solat menghormati waktu hanya boleh dilakukan apabila keadaan darurat atau terdesak.

Tetapi bagaimanakah keadaan yang dikategorikan sebagai darurat itu?

Antara contoh keadaan yang membolehkan solat menghormati waktu dilakukan adalah:

  1. Terperangkap dalam kesesakan jalan raya tanpa ada peluang untuk berhenti di mana-mana.
  2. Berada di dalam kenderaan yang tidak menyediakan air dan debu tanah. Contohnya kapal terbang.
  3. Dikurung dalam tahanan atau penjara yang tidak menyediakan air dan tanah.
  4. Berada di tempat yang bercampur najis yang menyebabkan kesukaran kepadanya untuk mendapatkan debu tanah yang bersih.
  5. Air yang ada hanya sekadar memenuhi keperluan minum dan tidak mencukupi untuk bertayamum.
  6. Tanah yang ada jenis keras dan tidak ada kemudahan baginya untuk menghancurkan tanah itu menjadi debu.

Cara Mengerjakan Solat Hormat Waktu

Seperti yang sudah maklum, solat hormat waktu dilakukan kerana disebabkan ketiadaan air untuk berwuduk dan ketiadaan debu tanah untuk bertayamum.

Oleh itu, cara mengerjakan solat menghormati waktu adalah seperti berikut:

  1. Sekiranya berhadas kecil, solat dilakukan dengan sempurna sama seperti melakukan solat dalam keadaan berwuduk.
  2. Sekiranya berhadas besar, solat juga dilakukan dengan sempurna, tetapi orang yang solat hanya membaca al-Fatihah dan haram membaca surah atau ayat-ayat lain selepas membaca al-Fatihah.

Niat Solat Hormat Waktu


Contoh niat solat hormat waktu adalah seperti berikut:

Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat menghormati waktu kerana Allah Taala”

Adakah Solat Menghormati Waktu Wajib Diulang Kembali Bila Ada Air?

Ya.

Sekiranya telah ada air, maka solat menghormati waktu wajib diulang sekiranya waktu solat dan wajib qada solat sekiranya waktu solat telah berakhir.

Apabila seorang yang berhadas kecil mendapati air, dia wajib berwuduk dan mengulangi atau mengqada semula solat yang telah dilakukan tanpa berwuduk dan bertayamum.

Untuk orang yang berhadas besar pula, apabila mendapat air, wajib mandi hadas dan berwuduk dan mengulangi atau mengqada solat yang telah dilakukan tanpa berwuduk dan tayamum.

Inilah pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab Al-Syafie.

Bagaimana Pula Jika Hanya Mendapat Debu Tanah Dan Bukannya Air?

Sekiranya kita hanya mendapat debu tanah dan tidak mendapat air, maka kita tidak wajib bertayamum untuk mengulangi atau mengqada solat yang telah dilakukan tanpa wuduk dan tayamum.

Walau bagaimanapun, kita wajib bertayamum dan mengulangi atau qada solat sekiranya kita berada di suatu tempat yang kita yakin atau hampir yakin tidak akan ada air.

Kita juga wajib bertayamum dan mengulangi solat sekiranya kita ragu-ragu sama ada air akan ada atau tidak ada selepas itu.

Penutup

Walaupun dalam keadaan yang sukar, kita wajib solat tanpa bersuci (iaitu wuduk atau tayamum).

Kewajipan solat tidak gugur sama sekali selagi mana seseorang itu masih mukalaf walaupun dia menghadapi kesukaran berwuduk.

Oleh itu, lakukanlah solat menghormati waktu.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada semua.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

19 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Aina
Aina
11 bulan yang lalu

bagaimana kalau membuat solat hormat waktu tetapi kita masih ada wudhu’? Perlu kah kita mengganti nya lagi?

rezz
rezz
1 tahun yang lalu

Assalamuakaikum , saya lelaki mempunyai masalah air mani keluar seperti haid , tetapi sedikit sedikit , misal , pada bulan ini , saya keluar dari 8/11 hingga 12 /11 , saya berumur 15 tahun dan perkara ini terjadi ketika saya berumur 13 tahun sewaktu mula mula akil baligh , saya telah merujuk kepada doktor dan doktor pun tidak dapat memastikannya , saya memakai tisu pada kemaluan saya untuk mengelakkan terkena seluar saya , soalan saya , bolehkah untuk saya solat hormat waktu sehingga masa keluar saya itu habis , misal seperti tadi , start 8/11 saya solat hormat waktu dan pada 12/11 ianya habis , dan saya akan mandi wajib dan solat seperti biasa dan qada’ semula solat tadi , saya tidak boleh mandi wajib selagi ianya belum habis , misal , keluar pada 8/11 , apabila saya ingin mandi wajib pada hari itu , ianya akan tetap keluar , apabila ianya sudah habis misal pada 12/11 , barulah saya akan mandi wajib , bilangan hari juga berbeza beza untuk setiap bulan , sama seperti wanita yang haid , ianya akan keluar ketika saya sedang kencing , buang air besar , dan apabila saya pakai tisu , ianya melekat , apabila ianya sudah habis baru saya akan memastikan betul betul dan akan mandi wajib ataupun adakah saya wajib mandi hadas dan solat sahaja seperti biasa tanpa mengendahkannya , terima kasihhh

nor
nor
1 tahun yang lalu

solat hormat waktu semasa musafir. boleh jamak atau tidak

azlee
azlee
1 tahun yang lalu

salam kalau anggota keselamatan mcm polis yg menjaga pintu masuk stadium yg penonton ramai masuk di waktu maghrib dan anggota tidak di benarkan meninggalkan tempat tugas boleh kah solat menghormati waktu

rimba
rimba
1 tahun yang lalu

assalamualaikum..saya bekerja di tempat tinggi seperti tower berhadapan dgn kerja2 yg mencabar di zon-zon yg kurang selesa bagaimana cara saya utk melakukan solat ketika masuk nya waktu solat…?

Adik
Adik
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum

sekiranya saya bekerja, dimana start jam 12 tengahari & waktu rehat jam 3.30 pm,, (1 jam) waktu, Asar 4.41pm. Saya start bekerja semula jam4.30pm.. bolehkah saya solat menghormati waktu Asar tu..or jamak?

Terima kasih.

Muzammil
Muzammil
1 tahun yang lalu

Terima kasih atas pencerahan dan perkongsian berkenaan Solat Hormat Waktu. Rata-rata penerangan berkenaan SHW ni orang berikan contoh keadaan dalam kapal teerbang. Bagaimana pula dengan dalam keadaan bas?

Sebagai contoh, bas bergerak pada jam 4.30 petang. Lapor diri naik bas jam 4.15 petang. Asar masuk jam 4.21 petang. Jadi, saya risaukan kena tinggal bas jadi saya naik terus bas. Bila masuk waktu Asar, saya tak dapat nak solat terus. Bagaimana ye; adakah sama dengan keadaan dalam kapal terbang? Bolehkah saya buat solat hormat waktu?

Aminuddin Bin jaafar
Aminuddin Bin jaafar
2 tahun yang lalu

Saya pesakit COVID Dan Kain pampers. Semua Kotor Dan Manis Dan tak dibenarkan basuh ke bilik air SBB oksigen drop. Bolehke solat sekadar hormati waktu dlm waktu Yang sukar ini. Mcmana Cara nya

Aminuddin Bin jaafar
Aminuddin Bin jaafar
Reply to  Aminuddin Bin jaafar
2 tahun yang lalu

Najis bukan manis

Hamba Allah
Hamba Allah
Reply to  Muhamad Naim
3 bulan yang lalu

Blehkah solat hormat waktu tnpa mengambil wudhu sbb tgn 2² belah kena drip jarum.. dh adakah boleh solat hormat waktu ketika diatas katil. Asbab tgh pakai oxyen
Dn wajibkah menghadap qiblat.. sbb katil tidak berada dlm posisi qiblat.

Last edited 3 bulan yang lalu by Hamba Allah