Bagaimana niat wuduk dan doa selepas wuduk?
Panduan ini akan menerangkan secara ringkas niat berwuduk dan doa selepas wuduk dalam ejaan rumi agar mudah dipelajari.
Semoga bermanfaat.
Niat Wuduk
Lafaz niat wuduk adalah seperti berikut:
Nawaitu Rafaal Hadasi As-Ghori Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala
Lafaz niat dalam bahasa arab yang diucapkan secara lisan hukumnya sunat.
Niat yang wajib ialah lintasan dalam hati yang dihadirkan ketika mula membasuh sebahagian muka.
Sebaik-baiknya, dilafazkan niat sebelum mula mengambil wuduk untuk memudahkan berniat dalam hati.
Hukum Niat Wuduk
Niat semasa wuduk adalah sebahagian dari rukun wuduk.
Ini bermaksud, niat semasa wuduk adalah wajib dan tidak boleh ditinggalkan.
Wuduk yang dilakukan tanpa niat adalah tidak sah.
Bacaan Doa Selepas Wuduk
Bagaimanakah bacaan doa wuduk?
Berikut adalah doa yang dipermudahkan dengan ejaan rumi:
Asy-hadu An Laa Ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah
Wa-asy-hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh.
Allahummaj-’alni Minat Tauwabin, Waj-’alni Minal Mutatahhirin
Waj-’alni Min ‘ibadikas-solihin.
Maksudnya:
Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa.
Tidak ada sekutu untukNya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya.
Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepadaMu.
Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih.
Dan jadikan aku daripada golongan hambaMu yang soleh.
Syarat Sah Wuduk
Untuk menjadikan wuduk itu sah, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi:
Antaranya adalah:
- Islam
- Mumaiyiz iaitu kanak-kanak yang sudah pandai membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk.
- Suci daripada haid dan nifas
- Menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan.
- Tidak berubah sifat air wudhu akibat benda asing yang melekat pada anggota wudhu. Contohnya sabun, bedak atau apa-apa sahaja yang melekat pada anggota wuduk itu yang mengubah rasa, rupa atau bau air wuduk itu.
- Sekiranya ada benda asing yang melekat pada tubuh, ia perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum berwuduk.
- Tidak ada benda yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk seperti cat, getah, pengilat kuku, lilin, kapur, minyak atau daki tebal yang melekat di celah jari, di bawah kuku atau di celah rekahan pada tumit.
Penutup
Panduan ini adalah sebahagian daripada panduan wuduk lengkap.
Semoga kita semua dapat amalkan wuduk yang sempurna agar pada hari kiamat nanti kita tergolong dalam kalangan umat yang anggotanya bercahaya disebabkan kesan wuduk sempurna.
Semoga memberi manfaat.
Tinggalkan Komen Anda..
Asalam ustaz boleh ke saya lafaz niat dalam bahasa melayu je sebab saya tak ingat lagi niat dalam bahasa arab
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Ya, dibolehkan untuk melafazkan niat dalam bahasa Melayu jika tuan tidak mampu melafazkan dalam bahasa Arab, kerana niat itu tempatnya di hati. Lafaz niat hanya untuk membantu menghadirkan niat dalam hati dan tidak menjadi rukun atau syarat sah solat.
Apa yang penting adalah kehadiran niat dalam hati, iaitu kesedaran bahawa tuan sedang melaksanakan solat tertentu kerana Allah SWT. Jika tuan tidak dapat melafazkan niat dalam bahasa Arab, teruskan dengan niat dalam hati dan lafaz dalam bahasa Melayu sehingga tuan mampu menghafalnya.
Islam memudahkan dan memahami keadaan hambaNya. Maka, berusahalah secara berperingkat untuk mempelajari dan menghafal lafaz niat dalam bahasa Arab. Semoga Allah mempermudahkan urusan tuan.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum Ustaz maaf bertanya, bolehkah lafaz niat dalam bahasa melayu selepas itu saya niat dalam hati dalam bahasa Arab?
Waalaikumussalam.
Mengenai niat wuduk, perkara yang paling penting dalam niat adalah keyakinan dalam hati. Dalam mazhab Syafi’i, niat sebenarnya tidak perlu dilafazkan dengan mulut, kerana niat adalah perkara hati. Namun, melafazkan niat dengan lisan adalah amalan yang dibolehkan bagi membantu menumpukan perhatian dan menguatkan niat dalam hati.
Sekiranya tuan ingin melafazkan niat wuduk dalam bahasa Melayu dan kemudian berniat dalam hati dalam bahasa Arab, itu adalah dibolehkan. Apa yang penting ialah niat tersebut jelas dalam hati tuan bahawa tuan ingin berwuduk kerana Allah untuk mengangkat hadas kecil. Bahasa yang digunakan untuk melafazkan niat dengan lisan bukanlah perkara yang penting, kerana niat yang sah adalah niat dalam hati.
Dalam konteks wuduk, selagi tuan yakin dalam hati bahawa tuan sedang melakukan wuduk untuk memenuhi kewajiban syarak, maka wuduk itu sah, walaupun lafaz niat diucapkan dalam bahasa Melayu. Melafazkan niat dalam bahasa apa sekalipun hanyalah sebagai bantuan, sedangkan niat sebenar adalah dalam hati.
Semoga penjelasan ini dapat membantu tuan dalam memahami niat wuduk.
Wallahu a’lam.
Terima Kasih Ustaz sangat membantu semoga sentiasa sihat Dan dimurahkan rezeki amin.
Alhamdulillah sama-sama ツ
Assalamualaikum Ustaz saya tanya sebelom kita ambil wudhu perlu atau tidak baca Bismillah dan truz niat wudhu
Waalaikumussalam.
Berkenaan dengan mengambil wudhu, terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami:
1. Membaca Bismillah sebelum wudhu:
Menurut mazhab Syafi’e, membaca Bismillah sebelum memulakan wudhu adalah sunnah (sunat muakkad), bukan wajib. Walaupun tidak membacanya, wudhu tetap sah, tetapi lebih baik dan afdal jika kita membacanya kerana ia menambah keberkatan dalam ibadah.
2. Niat wudhu:
Niat adalah rukun dalam wudhu dan wajib dilakukan. Niat perlu hadir dalam hati ketika memulakan wudhu, iaitu sebelum atau ketika membasuh muka. Niat ini tidak semestinya dilafazkan dengan mulut, kerana niat adalah perbuatan hati. Cukup dengan hadirnya kesedaran dalam hati bahawa kita mengambil wudhu untuk menunaikan ibadah (contohnya, untuk mengangkat hadas kecil atau untuk solat).
Contoh niat dalam hati: “Sahaja aku mengambil wudhu untuk mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala.”
Kesimpulannya:
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum ustaz, kalau kita nak ambik wudhu awal blh tak? Contoh, saya ambik wudhu selepas subuh. Lepas tu nanti masa zohor tak perlu ambik lagi. Ini sbb saya student hehe sbb tu saya berfikir sedemikian
Walaikumsalam.
Boleh je selagi wuduk awak tidak terbatal. Namun sunat untuk memperbaharui wuduk setiap kali waktu solat ツ
Baik ustaz terima kasih kerana sudi menjawab
Assalammualaikum ustaz.saya ada 1 persoalan. Adakah wuduk sah sekiranya melafazkan niat wuduk dan berniat dalam hati sewaktu menadah air ditangan? Maafkan saya disebabkan masih jahil dan saya sedang berubah untuk menjadi lebih ustaz. Terima kasih
Waalaikumussalam.
Tidak mengapa, setiap pertanyaan adalah penting dalam proses pembelajaran dan peningkatan diri dalam kefahaman agama.
Dalam mazhab Syafi’i, niat merupakan salah satu rukun wuduk yang penting. Niat harus dilakukan di hati pada awal wuduk, dan melafazkannya dengan lisan adalah sunnah, bukan wajib.
Oleh itu, wuduk anda adalah sah sekiranya anda telah berniat di dalam hati pada awal wuduk walaupun tidak melafazkannya dengan lisan.
Penting untuk diingat bahawa niat dalam hati merupakan asas utama, dan melafazkannya adalah tambahan yang baik untuk mengukuhkan niat anda.
Saya berharap penjelasan ini membantu dan mendoakan agar usaha anda untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan agama diberkati. Jangan segan untuk bertanya lagi jika ada kemusykilan.
Terima kasih ustaz. Jadi kesimpulannya wuduk saya sah / tidak sah ya ustaz?
Iya sah, insyaAllah..
Saya ada tonton 1 videa sekiranya niat wuduk ketika basuh tangan sebelum muka wuduk tu tak sah betul ke
Ya, berdasarkan pemahaman dari Mazhab Syafi’i, niat wuduk harus dilakukan pada saat memulai membasuh wajah, bukan pada saat membasuh tangan atau pada waktu lain.
Menurut Mazhab Syafi’i, niat wuduk adalah rukun yang harus dilakukan bersamaan dengan membasuh wajah sebagai tindakan awal dalam berwuduk. Jika niat dilakukan ketika membasuh tangan sebelum wajah, ini tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Mazhab Syafi’i untuk sahnya wuduk
Oleh kerana itu, dalam Mazhab Syafi’e, wuduk yang niatnya dilakukan ketika membasuh tangan dan bukan pada saat membasuh wajah dianggap tidak sah.
Alhamdulillah semoga Allah sentiasa bersama kita semua sungguh membantu bagi yang kurang tau
Alhamdulillah, semoga informasi yang saya sampaikan dapat membantu dan memberikan manfaat.
Memang penting bagi kita untuk terus mempelajari dan memahami ajaran agama dengan lebih mendalam, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan ibadah seperti wuduk.
Semoga Allah SWT senantiasa memberikan petunjuk dan kekuatan kepada kita semua dalam mengejar ilmu dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
Jika ada pertanyaan atau topik lain yang ingin Anda ketahui, jangan ragu untuk bertanya.
Assalamualaikum ustaz..nk tnya,solat taubat boleh dilakukan pada bila2 masa atau ada waktu tertentu sahaja??
Wassalam. Boleh rujuk panduan lengkap mengenai Solat Taubat pada pautan ini: https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-taubat/
Assalammualaikum Ustaz.. nak Tanya klau niat Sahaja aku ambil air sembahyang Kerana Allah taala sah x wudhu kita
Wassalam,
Sah, tiada masalah tuan untuk berniat sebegitu.
Assalamualaikum ustaz , Nak tanya ? Kalau kita dah ambil air wudhu kemudian bersolek , Sah tak solat ?
Wassalam. Sah jika bahan solekan itu tidak mengandungi najis