Ini adalah panduan lengkap berkaitan khutbah.
Dalam panduan ini, anda akan diterangkan mengenai takrif khutbah, pensyariatan, hukum, rukun dan sebagainya berkaitan khutbah.
Semoga memberi manfaat..
Pengenalan
Khutbah yang disyariatkan sejak dahulu sebenarnya satu bentuk media untuk menyampaikan dan menyebarkan risalah islam di samping berperanan besar menangkis propaganda dan kritikan negatif orang luar terhadap islam.
Khutbah Jumaat yang dilakukan setiap minggu misalnya, adalah kesempatan terbaik untuk pemerintah Islam atau Imam untuk membahaskan isu-isu semasa yang berlaku dalam minggu tersebut.
Oleh sebab pada hari ini semua orang Islam berkumpul, semua isu sensasi dalam politik, ekonomi, seni, antarabangsa, dan masyarakat dapat dijawab berdasarkan acuan syariat.
Begitu juga khutbah yang dilakukan selepas solat Hari Raya dua kali setahun.
Isu-isu tahun boleh dimainkan untuk membuka minda jemaah yang terdiri daripada mereka yang berasal dari merata tempat tetapi berkumpul pada hari kebesaran Islam itu.
Takrif Khutbah
Takrif khutbah adalah seperti berikut:
Dari Sudut Bahasa
Khutbah adalah pidato atau syarahan atau perbuatan menerangkan atau menghuraikan sesuatu
Dari Sudut Istilah
Khutbah adalah syarahan berbentuk nasihat-nasihat agama yang menjadi syarat atau sunat dalam solat solat tertentu seperti solat Jumaat, solat minta hujan, solat Gerhana dan solat Hari Raya.
Pensyariatan Khutbah
1. Khutbah Jumaat adalah salah satu syarat sah solat Jumaat berdasarkan firman Allah SWT:Wahai orang-orang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah Zikrullah dan tinggalkanlah berjual beli pada itu, yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya) –
— Surah al Jumaah 62: 9
Imam al-qurtubi last kan dalam tafsirnya Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran zikir dalam ayat Ini bermaksud khutbah Sebelum jumaat.
2. Rasulullah juga dilaporkan berkhutbah ketika solat Jumaat sebagaimana yang dinyatakan oleh Jabir bin samurah r.a dan dikeluarkan oleh Muslim:
Nabi berkhutbah dalam keadaan berdiri kemudian duduk, dan kemudian berdiri semula dan berkhutbah lagi dalam keadaan berdiri
(riwayat Muslim)
3. Khutbah juga disunatkan selepas solat Hari Raya, sebagaimana yang dilakukan oleh rasulullah.
Al-bukhari dan meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Baginda dan Abu Bakar r.a solat Hari Raya sebelum khutbah.
Al-bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa dia pernah keluar bersama Rasulullah pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha, baginda telah bersolat dan kemudian berkhutbah
(Riwayat al-Bukhari)
Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a katanya:
Saya telah menyambut Hari Raya bersama Rasulullah SAW dan baginda telah bersolat (solat Hari Raya) tanpa azan dan iqomat. Kemudian saya menyambut Hari Raya bersama dengan Abu Bakar r.a dan dia juga bersolat tanpa azan dan iqamat. Kemudian saya juga turut menyambut solat Hari Raya bersama Uthman r.a dan dia bersolat tanpa azan dan iqomat.”
(diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnad daripada Salim bin Abdullah yang mendapat nya daripada ayahnya Abdullah bin Umar)
4. Khutbah juga disunatkan selepas solat istisqa’ (minta hujan) sebagaimana yang dilakukan oleh rasulullah.
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan Rasulullah berkhutbah selepas solat istisqa’ sama seperti baginda berkhutbah selepas solat Hari Raya.
Abu hurairah r.a juga melaporkan Rasulullah pernah keluar pada suatu hari dan mengerjakan solat istisqa’ dua rakaat tanpa azan dan iqomat. Setelah itu, baginda berkhutbah kepada kami dan berdoa kepada Allah sambil menghadap ke arah kiblat mengangkat kedua-dua tangannya. Kemudian, baginda membalikkan selendangnya yang kanan ke kiri. (riwayat Ahmad dan Ibnu majah dalam Nail al-Awtar. 4/4)
Hukum Khutbah
Rukun-Rukun Khutbah
Apakah maksud rukun khutbah?
Rukun khutbah secara mudahnya adalah perkara yang wajib dilakukan dalam khutbah.
Antara rukun-rukun khutbah adalah:
1. Memuji Allah atau bertahmid dengan menggunakan sebarang lafaz, sekurang-kurangnya:Maksudnya: “Segala pujian untuk Allah, Tuhan sekalian alam”
2. Berselawat ke atas Nabi SAW, sekurang-kurangnya:Maksudnya: “Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi Muhammad”
3. Berpesan agar bertakwa kepada Allah SWT, sekurang-kurangnya:Maksudnya: “Bertakwalah kepada Allah”
4. Membaca satu ayat al-Quran pada salah satu daripada dua khutbah.Lebih afdal dibacakan pada khutbah yang pertama sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
5. Berdoa untuk orang-orang yang beriman dalam khutbah kedua.Syarat-Syarat Khutbah
Khatib hendaklah berdiri
Khatib hendaklah berdiri sekiranya mampu berbuat demikian. Kedua-dua khutbah hendaklah diselangi dengan duduk.
Berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh muslim dalam sahihnya daripada Jabir bin samurah r.a bahawa baginda melakukan dua khutbah dan duduk di antara keduanya dan baginda juga berdiri ketika berkhutbah (Riwayat Muslim)
Ibnu Umar juga menceritakan perkara yang sama sebagaimana yang dilaporkan oleh al-bukhari muslim.
Menurutnya nabi berkhutbah dalam keadaan berdiri kemudian duduk dan berdiri semula.
Ahmad juga meriwayatkan bahawa Jabir bin samurah r.a berkata:
Saya tidak pernah melihat Rasulullah berkhutbah dalam solat Jumaat melainkan dalam keadaan baginda berdiri. Siapa yang memberitahu engkau baginda duduk jangan percayakannya, kerana baginda tidak pernah melakukannya. Nabi berkhutbah kemudian duduk dan bangun semula dan berkhutbah. Baginda berkhutbah sebanyak dua kali dalam keadaan duduk di antara keduanya.
(riwayat Ahmad melalui Jabir bin Samurah)
Sebelum solat Jumaat
Dilakukan sebelum solat Jumaat untuk khutbah Jumaat, dan dilakukan selepas solat untuk Khutbah Hari Raya, solat Gerhana dan istisqa’.
Suci
Khatib berada dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar.
Tutup aurat
Khatib hendaklah menutup aurat
Lelaki
Katil adalah seorang lelaki.
Duduk
Khatib hendaklah duduk di antara dua khutbah
Bahasa Arab
Khatib hendaklah membaca rukun-rukun khutbah dalam bahasa Arab
Berturut-turut
Berturut-turut antara dua rukun khutbah, antara khutbah pertama dan kedua, dan antara khutbah dan solat.
40 orang jemaah
Rukun-rukun kedua-dua khutbah hendaklah didengari oleh sekurang-kurangnya 40 orang yang memenuhi syarat wajib Jumaat untuk khutbah Jumaat
Syarat Sah khutbah
Khutbah yang dilakukan hendaklah ditujukan kepada 40 orang jemaah untuk khutbah Jumaat.
Oleh itu, khatib perlu menguatkan suaranya atau menggunakan pembesar suara dengan anggaran 40 orang boleh mendengarnya.
Tetapi tidak disyaratkan semua 40 orang atau semua jemaah mendengarnya.
Khatib hendaklah berdiri sekiranya berkemampuan berbuat demikian
Khatib hendaklah duduk selepas khutbah yang pertama
Khatib hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar
Khatib hendaklah menutup aurat
Khutbah hendaklah dibaca berturut-turut tanpa diselangi oleh masa yang lama tanpa sebab.
Salam yang pendek seperti Khatib perlu berwudhu semula atau hendak ke tandas adalah Tidak mengapa.
Sunat-Sunat Khutbah
1. Khatib di atas mimbarKhatib disunatkan berada di atas mimbar atau tempat lebih tinggi daripada makmum.
Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-bukhari dan Muslim
Disunatkan mimbar ini diletakkan di sebelah kanan mihrab sebagaimana mimbar Rasulullah. Jarak antara mimbar dengan kiblat adalah kira-kira sedepa atau dua depa.
2. Khatib Memberi Salam
Memberikan salam kepada jemaah selepas Khatib naik ke atas mimbar.
Ini kerana hati tidak menghadap ke arah jemaah ketika naik ke mimbar dan setelah sampai di atas mimbar, dia kembali menghadapkan wajahnya kepada jemaah.
Oleh itu, disunatkan memberi salam sebagaimana seorang yang berpisah daripada hukum sekumpulan manusia dan kemudian kembali kepada mereka dengan memberikan salam.
Ini juga berdasarkan perbuatan Rasulullah sebagaimana yang dilaporkan oleh Ibnu majah melalui Jabir bin Abdullah:
Nabi apabila naik ke atas mimbar, dia akan memberikan salam
(riwayat Ibnu majah)
3. Menghadapkan Wajah ke Arah Khatib
Disunatkan ke atas jemaah yang mendengar khutbah agar menghadapkan wajah mereka ke arah khatib yang sedang berkhutbah dan tidak mengiring atau membelakangkan khatib.
4. Lafaz penutup khutbah kedua
Disunatkan agar hati menutup khutbah kedua dengan lafaz:
Aku memohon keampunan Allah untuk aku dan anda semua
5. Suara Kuat
Khatib hendaklah berkhutbah dengan suara yang kuat dan jelas agar matlamat khutbah untuk menyampaikan maklumat kepada jemaah tercapai.
Rasulullah sendiri berkhutbah sehingga merah mukanya dan matanya kerana menguatkan suaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah:
Rasulullah apabila berkhutbah matanya menjadi merah, suaranya tinggi dan dengan nada yang sangat marah. Sehingga seolah dia sedang memberikan peringatan kepada tentera”
(riwayat Muslim)
6. Condong Ke Kiri
Khatib disunatkan Condong ke sebelah kiri ketika berdiri dan bersandar pada tongkat atau pedang atau busur yang dipegang pada tangan kiri.
Ini bertujuan agar khatib dapat menguatkan kedudukannya ketika berdiri, dan boleh juga bersandar pada dinding atau apa sahaja yang menguatkan kedudukannya.
7. Pendekkan Khutbah
Memendekkan khutbah dan menjadikan khutbah kedua lebih pendek daripada khutbah pertama.
Panjangnya solat seseorang itu dan pendeknya khutbahnya menunjukkan kepada kefahaman feqahnya. Oleh itu, panjangkanlah solat dan pendekkan khutbah. Dan penjelasan yang baik boleh memukau (mendengarnya)
Riwayat muslim dalam sahih Muslim, kitab Jumaat: Bab meringankan solat dan khutbah
8. Jemaah Diam
Jemaah yang mendengar hendaklah diam untuk memberi perhatian kepada isi kandungan khutbah dan tidak mengganggu orang lain mendengar khutbah.
Ulama dalam mazhab Imam Syafi’i mengatakan bahawa bercakap ketika Khatib sedang berkhutbah adalah makruh.
Ini berdasarkan beberapa larangan Rasulullah yang dilaporkan Dalam beberapa hadis, antaranya:
Bila kamu berkata kepada sahabatmu “diamlah!”, pada hari Jumaat sedangkan imam sedang berkhutbah, kamu telah lagha
— Riwayat jemaah perawi kecuali Ibnu Majah melalui Abu Hurairah
Sesiapa yang berkata ‘diamlah’, dia telah bercakap. Sesiapa yang bercakap tiada pahala Jumaat baginya.
— Riwayat Ahmad dan Abu Daud melalui Ali
Sesiapa yang berkata-kata pada hari Jumaat sedangkan Imam sedang berkhutbah, dia adalah seperti seekor keldai yang membawa barangan musafir. Dan orang yang berkata, ” diamlah” tidak mendapat pahala Jumaat”
— Riwayat Ahmad
Hukum Tarqiyah Sebelum Khutbah
Tarqiyah adalah perbuatan melaungkan ayat 56 surah al-Ahzab:
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
— Surah al- Ahzab 33 : 56
Ayat ini dilaungkan muazin pada khutbah Jumaat selepas khatib naik ke atas mimbar dan memberikan salam dan kemudian duduk.
Fuqaha berbeza pendapat dalam menetapkan hukumnya, tetapi mereka sepakat menyatakan ia adalah perbuatan bidaah kerana tidak pernah dilakukan Rasulullah SAW mahupun para sahabat.
PENDAPAT 1
Abu Hanifah menghukumnya sebagai makruh tahrim, iaitu perbuatan yang tidak disukai dan boleh membawa kepada haram.
Ini kerana bercakap ketika khatib naik ke atas mimbar adalah dilarang berdasarkan hadis-hadis larangan bercakap ketika khutbah.
PENDAPAT 2
Ulama mazhab Maliki menganggapnya sebagai perbuatan bidaah yang makruh.
PENDAPAT 3
Ulama mazhab Syafi’e menghukumnya sebagai bidaah, tetapi menganggapnya bidaah yang baik (hasanah).
Ini kerana dalam ayat ini terdapat peringatan ke arah kebaikan.
Rujukan:
- Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd. Wahid Abd Hanif, ENSIKLOPEDIA SOLAT
Tinggalkan Komen Anda..
TERIMA KASIH
SANGAT BERGUNA