DOA SELEPAS TAHIYAT AKHIR (Sebelum Beri Salam) Rumi

Bagaimanakah doa selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam?

Panduan ini akan memaparkan doa selepas tahiyat secara mudah tapi lengkap. Setiap bacaan juga dipermudahkan dengan transliterasi RUMI.

Semoga bermanfaat..

Hukum Doa Selepas Tahiyat Akhir

YouTube video

Apakah hukum membaca doa selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam?

Hukum membaca doa selepas tahiyat akhir adalah SUNAT.

Antara waktu paling mustajab untuk berdoa adalah ketika duduk tahiyat (tawarruk).

Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk permohonan doa.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara: (1) azab neraka jahannam, (2) azab kubur, (3) penyimpangan ketika hidup dan mati, (4) keburukan Al masih Ad Dajjal.” 

Hadis Riwayat Muslim no. 588

Doa Selepas Tahiyat 1

Antara bacaan doa khusus yang terbaik dan diamalkan oleh Rasulullah ﷺ adalah seperti berikut:

 AllaHumma Inni A’UuDzuBika Min ‘AZaaBi Jahannam Wa Min AZaaBil KubRi Wa Min FitNatil MahYaa Wal MaMaaTi Wa Min SyarRi FitNatil MaSiiHid-Dajjal 

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab Neraka Jahannam, daripada azab Kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah Dajjal

Doa Selepas Tahiyat 2

Doa istighfar ini juga boleh dibaca selepas tasyahud akhir sebelum salam:

 Allahummag-Firli Maa QaddamTu Wa Maa AaKhorTu Wa Maa AsrorTu Wa Maa A’lanTu Wa Maa AsRarTu Wa Maa Anta A’laMu Bihi Minni. Antal Muqoddim Wa Antal-Muakhir, Laa ILaaHa IlLaa Anta. Ya Muqollibal Qulub Tsabit Qalbi ‘Alaa DiiNika. SubHaaNaka Ini KunTu Minaz-Zholimin 

Maksudnya:

Ya Allah, ampunilah aku terhadap aku kemudiankan, yang aku sembunyikan dan yang aku nyatakan, begitu juga dosa yang kubuat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku. Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada tuhan selain Engkau. Wahai (Tuhan) yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (berpegang kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjung titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim.”

Doa Selepas Tahiyat 3

Rasulullah SAW juga pernah mengajarkan kepada Abu Bakar as Siddiq r.a. satu doa supaya dibaca ketika tasyahud sebelum salam:

Doa Selepas Tahiyat Sebelum Salam (Doa Nabi)

 AllahumMa Inni ZholamTu Nafsi, Zulman KaTsiRan Wa Laa YagFiruz-DzuNuuBa Illaa Anta. FaghFirli Maghfiratan Min Indika, WarHamNi Innaka Antal GhoFuuRur-Rohim 

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, lagi besar, dan tidaklah ada seorang pun yang dapat mengampuni daku kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan yang sesempurnanya dari sisi Engkau dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Merahmati.”

Doa Selepas Memberi Salam

Doa istighfar ini elok dibaca khususnya selepas solat sebagai memperbaharui keinsafan kita terhadap dosa yang sering dilakukan:

Doa Istigfar Selepas Beri Salam

 AllaHumma Inni AsTaghFiruka Min Kulli DzanBin TubTu IlayKa Minhu, TsumMa ‘UdTu FiiHi. Wa AstagFiruka Min Kulli Ma Wa ‘AdTuka Bihi Min Nafsi WaLam UuFi Laka Bihi. Wa AstagFiruka Min Kulli ‘Amalin ARodTu Bihi WajHaka, FaKhoLaThoHu GhoiRuKa. Wa AstagFiruka Min Kulli Ni’matin An AmTa BiHa Alayya, FasTa’anTu Biha Alaa’ Ma’ SiYaTika. Wa AstagFiruka Yaa ‘AaLimal-Ghoibi WasyHaaDati Min Kulli DzanBin ATaiTuhu Fii DhiYaa-InNaHar, WasaWaa Dil-LaiLi Fii MaLaa-in Au KhoLaaIn, Wa Sirrin Wa ‘Alaa NiyaTin Yaa Halim 

Maksudnya:

Ya Allah, aku memohon ampun kepada-Mu daripada segala dosa yang aku telah bertaubat kepada-Mu kemudian aku ulanginya. Aku memohon kepada-Mu daripada segala perkara yang telah aku berjanji kepada-Mu daripada diriku yang tidak aku tunaikannya kepada-Mu. Aku memohon ampun kepada-Mu daripada segala amalan yang ingin aku lakukan kerana wajah-Mu, lalu ia bercampur aduk dengan selain daripada-Mu. Aku memohon keampunan-Mu daripada segala nikmat yang Engkau telah beri kepadaku lalu aku menggunakannya untuk mengerjakan maksiat terhadapMu. Aku memohon keampunan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata daripada segala dosa yang aku kerjakannya di cahaya siang dan kegelapan malam, di khalayak ramai, bersendirian, secara rahsia dan terang-terangan, wahai Tuhan Yang Maha Penyantun.”

Penutup

Saya berharap panduan membantu anda mencari maklumat berkaitan doa selepas tahiyat akhir ini.

Jika anda memerlukan panduan lengkap doa selepas solat, anda boleh rujuk pada panduan ini: WIRID & DOA SELEPAS SOLAT

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

14 thoughts on “DOA SELEPAS TAHIYAT AKHIR (Sebelum Beri Salam) Rumi”

  1. Doa selepas memberi Salam..boleh juga di tambah
    Allahumma a’inna a’la zikrika ,wasyukrika wahuss ni ‘ibaadatik

    Reply
  2. Assalamualaikum Ustaz, Boleh saya tahu beza lafaz Astagfirullah hulazim lahaulawala quwatailla billa hulaliyul adzim dengan Astagfirullah wa atubuilai.

    Yg mana lebih afdal, sahih sunnah & cara amal.

    TerimaKasih Ustaz

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, puan.

      Terima kasih atas soalan yang bermanfaat. Berikut ialah penjelasan ringkas berkenaan perbezaan lafaz-lafaz istighfar tersebut

      1/ “Astaghfirullah wa atubu ilaih”
      Lafaz ini adalah yang paling sahih dan disabdakan oleh Rasulullah ﷺ. Baginda sendiri beristighfar dengan lafaz ini lebih daripada 70 hingga 100 kali setiap hari. Ia sangat sesuai dijadikan zikir harian dan diamalkan selepas solat.

      2/ “Astaghfirullah al-‘azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih”
      Lafaz ini juga sahih (riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, hadis hasan). Ia dianjurkan khusus untuk memohon keampunan terhadap dosa yang besar, dan disebut dalam hadis bahawa Allah akan mengampuni dosa walaupun seseorang itu lari dari medan perang.

      3/ Gabungan dengan “La hawla wa la quwwata illa billah”
      Gabungan ini tidak datang dalam bentuk satu lafaz khusus daripada Nabi ﷺ. Namun, kedua-duanya adalah zikir yang sahih secara berasingan. Lafaz “La hawla wa la quwwata illa billah” merupakan zikir yang disebut sebagai salah satu harta karun dari syurga dalam hadis sahih.

      Semua lafaz tersebut baik dan mempunyai fadhilat. Namun, dari segi keutamaan sunnah, lafaz “Astaghfirullah wa atubu ilaih” lebih utama untuk diamalkan secara konsisten.

      Lafaz panjang pula boleh dibaca sesekali, manakala gabungan dengan “La hawla…” boleh diamalkan secara berasingan mengikut keperluan.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
      • Alhamdulillah. TerimaKasih byk² Ustaz dgn jawapan yg sangat lengkap.

        Semoga Allah membalas jasa baik Ustaz. Amminnn..

        Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Hukum membaca doa selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam adalah sunat dan bukan rukun solat. Doa ini adalah salah satu amalan yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ kerana ia adalah waktu mustajab untuk berdoa.

      Jika seseorang tidak membaca doa selepas tahiyat akhir, solatnya tetap sah kerana ia tidak menjejaskan rukun solat. Namun, kehilangan amalan sunat ini bermakna seseorang terlepas kelebihan dan keberkatan waktu mustajab tersebut.

      Nabi Muhammad ﷺ bersabda:  

      “Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara…” (Riwayat Muslim, no. 588).

      Kesimpulannya, tidak membaca doa selepas tahiyat akhir tidak membatalkan solat, tetapi sebaiknya diamalkan kerana ia adalah sunnah yang besar keutamaannya.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  3. Alhamdulillah syukur.. semuga Allah jua yg membalasnya segala usha murni tuan untok kebaikan muslimin muslimat dunia akhirat 🤲🤲🤲

    Reply
    • Alhamdulillah, terima kasih atas doa dan ucapan yang baik. Kami juga berdoa agar Allah SWT memberikan keberkatan kepada tuan dan seluruh umat Islam.

      Semoga segala usaha kita diterima sebagai amalan soleh dan membawa manfaat kepada umat Islam di dunia dan akhirat. Amin.

      Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullah,

      Ya, dibolehkan untuk menambah doa semasa sujud sebelum tahiyat akhir dalam solat, kerana sujud merupakan salah satu tempat yang sangat dianjurkan untuk berdoa.

      Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ bersabda:

      “Keadaan paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis Riwayat Muslim)

      Namun, doa yang dibaca hendaklah dalam bahasa Arab, dan seboleh-bolehnya, ia merupakan doa yang pernah diajarkan atau diamalkan oleh Rasulullah ﷺ. Jika tuan belum hafal doa tertentu, boleh memohon apa sahaja kebaikan daripada Allah dalam bahasa Arab, kerana sujud adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.

      Semoga penjelasan ini membantu. Wallahu a‘lam.

      Reply
  4. Assalamualaikum. Saya rasa ada sedikit kesilapan pada tulisan arab doa tahiyat akhir yang ke-2. Terdapat perkataan tambahan di antara perkataan “antal” dan “muakkhiru”. Saya minta maaf sekiranya saya yang tersilap.

    Reply

Leave a Comment