BACAAN AYAT RUQYAH (Panduan Lengkap Rumi)

Bacaan ayat ruqyah

Ini adalah panduan bacaan Ayat Ruqyah lengkap.

Bacaan-bacaan surah ruqyah ini dipermudahkan dengan transliterasi rumi bagi membantu anda yang mempunyai masalah membaca huruf al-Quran.

Saya berharap perkongsian ini membantu dan memberi manfaat kepada anda yang mencari solusi perubatan Islam melalui bacaan ayat ruqyah.

Maksud Ruqyah

Ruqyah merujuk kepada amalan menyembuhkan atau melindungi seseorang daripada gangguan seperti sihir, jin, atau penyakit ain dengan menggunakan bacaan dari Al-Quran dan Hadis.

Terdapat dua jenis ruqyah: ruqyah syar’iyyah (mengikut Islam) dan ruqyah syirkiyyah (mengandungi unsur syirik).

Orang Islam hanya dibolehkan menggunakan ruqyah syar’iyyah.

Hukum Mengamalkan Ruqyah

Bacaan ayat ruqyah

Dalam Islam, hukum ruqyah dianggap sebagai sunnah atau mustahabb, yang bermaksud ia dianjurkan. Namun, ruqyah harus dilaksanakan dengan mematuhi syarat-syarat tertentu untuk memastikannya selaras dengan ajaran Islam. Ini termasuklah penggunaan ayat Al-Quran dan doa dari sunnah Rasulullah serta menjauhi unsur syirik.

Berikut adalah penjelasan mengenai hukum ruqyah:

  1. Sunnah atau Mustahabb: Mengamalkan ruqyah syar’iyyah dianjurkan, terutama jika bertujuan untuk penyembuhan atau perlindungan dari gangguan seperti sihir, gangguan jin, atau penyakit ain.
  2. Syarat Ruqyah Syar’iyyah: Ruqyah harus memenuhi syarat-syarat tertentu agar diterima dalam syariat Islam, iaitu:
    • Menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an atau doa dari sunnah Rasulullah S.A.W.
    • Tidak mengandungi unsur syirik.
    • Yakin bahawa penyembuhan datang dari Allah S.W.T., bukan dari ruqyah itu sendiri.
  3. Ruqyah Syirkiyyah: Ruqyah yang mengandungi unsur syirik atau yang tidak sesuai dengan ajaran Islam diharamkan dan tidak dibolehkan. Contoh ruqyah syirkiyyah termasuklah memanggil jin untuk bantuan atau menggunakan bacaan-bacaan yang tidak jelas asal-usulnya dan bertentangan dengan ajaran Islam.
  4. Keberkesanan Ruqyah: Meskipun ruqyah dianjurkan, harus diingat bahawa keberkesanannya bergantung pada kehendak Allah. Membaca ruqyah dengan keyakinan dan kepercayaan penuh kepada Allah akan meningkatkan potensinya untuk berjaya.

Kesimpulannya, ruqyah yang sesuai dengan syarat-syarat syar’iyyah adalah sunnah dan dianjurkan dalam Islam, manakala ruqyah yang mengandungi unsur syirik atau tidak mengikut ajaran Islam adalah diharamkan.

Dalil Mengenai Ayat Ruqyah Yang Dibaca Oleh Nabi ﷺ

Ayat-ayat ruqyah yang dibaca oleh Nabi ﷺ adalah berdasarkan hadis berikut:

Daripada Sayyidina Ubay bin Kaab berkata:

Aku pernah berada di sisi Nabi ﷺ, lalu seorang Arab badwi datang dan berkata, “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku mempunyai seorang saudara lelaki yang sedang sakit.”

Baginda bertanya, “Apakah sakitnya?”

Dia menjawab, “Dia terkena kerasukan.”

Baginda berkata, “Bawalah dia kepadaku.”

Lalu dia meletakkannya di hadapan Baginda. Nabi ﷺ pun memohonkan perlindungan untuknya dengan membaca Fatihah al-Kitab (surah Al-Fatihah), 4 ayat daripada awal surah Al-Baqarah, 2 ayat ini: “وَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ ” (Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa …), Ayatul Kursi, 3 ayat daripada akhir surah Al-Baqarah, satu ayat daripada surah Ali Imran iaitu: “شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ “ (Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia…), satu ayat daripada surah Al-Araf: ” إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ ” (Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah Yang Telah menciptakan langit-langit dan bumi … .), akhir surah Al-Mukminun: “فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ  ” Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya …), satu ayat daripada surah Al-Jinn: “وَأَنَّهُۥ تَعَٰلَىٰ جَدُّ رَبِّنَا “ (Dan bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami … ), 10 ayat daripada awal surah Ash-Shaffat, 3 ayat daripada akhir surah Al-Hasyr,” قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ”(surah Al-Ikhlas) dan al-Mu’awwizatain (surah Al-Falaq dan An-Nas).

(Selepas habis Baginda membacanya), lelaki tersebut lalu berdiri, seolah-olah dia tidak pernah terkena sakit sama sekali.

― Riwayat Imam Abdullah bin Imam Ahmad bin Hanbal dalam Zawa’id al-Musnad.

Nota

Al-Imam al-Hafizh As-Suyuthi mengatakan sanadnya hasan. Imam As-Suyuthi juga menyebutkan hadis ini dalam kitabnya Al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an.

Sebahagian muhadditsin mengatakan ia hadis dha’if.

Senarai Ayat-Ayat Ruqyah

Ayat ruqyah merujuk kepada ayat-ayat tertentu dari surah-surah dalam Al-Quran yang dibacakan untuk tujuan perlindungan dan penyembuhan dari gangguan sihir, gangguan jin, dan penyakit ain. Beberapa ayat dan surah yang sering digunakan dalam ruqyah adalah:

  1. Surah Al-Fatihah
  2. Empat ayat pertama Surah Al-Baqarah
  3. Surah Al-Baqarah ayat 163
  4. Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah: 255)
  5. Tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah
  6. Surah Al-Imran ayat 18
  7. Surah A’araf ayat 54
  8. Surah Al-Isra ayat 81
  9. Surah Al-Mu’minun ayat 116
  10. Surah Al-Saffat ayat 1-10
  11. Tiga ayat terakhir Surah Al-Hasyr
  12. Surah Al-Jinn ayat 3
  13. Surah Al-Ikhlas
  14. Surah Al-Falaq
  15. Surah An-Nas

Apabila membacakan ayat ruqyah, penting untuk melakukannya dengan keyakinan penuh bahawa Allah S.W.T. adalah sumber kesembuhan dan perlindungan. Ruqyah adalah alat untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan meminta pertolongan-Nya.

Kaedah Membaca Ayat Ruqyah

Terdapat dua kaedah membaca Ayat Ruqyah seperti yang diajarkan oleh Nabi ﷺ :

Cara Pertama

1. Surah Al-Fatihah

ayat ruqyah al fatihah

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm (1) Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn (2) Ar-Raḥmānir-Raḥīm (3) Māliki Yaumid-Dīn (4)  Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn (5) Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm (6) Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn (7)

Maksudnya

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


2. Empat Ayat Pertama Surah Al-Baqarah (1 ― 4)

ayat ruqyah surah al baqarah

Alif Lām Mīm (1) Żālikal-Kitābu Lā Raiba Fīh, Hudal Lil-Muttaqīn (2) Allażīna Yu’minūna Bil-Gaibi Wa Yuqīmūnaṣ-Ṣalāta Wa Mimmā Razaqnāhum Yunfiqūn (3) Wallażīna Yu’minūna Bimā Unzila Ilaika Wa Mā Unzila Min Qablik, Wa Bil-Ākhirati Hum Yūqinūn

Maksudnya

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).


3. Surah Al-Baqarah 163

ayat ruqyah surah al baqarah ayat 163

Wa Ilāhukum ilāhuw Wāḥid, Lā ilāha illā Huwar-Raḥmānur-Raḥīm

Maksudnya

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


4. Ayatul Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255)

ayat ruqyah ayat kursi

Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm

Maksudnya

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


5. 3 Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah

ayat ruqyah surah al baqarah

Lillāhi Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Wa In Tubdū Mā Fī Anfusikum Au Tukhfūhu Yuḥāsibkum Bihillāh, Fa Yagfiru Limay Yasyā’u Wa Yu‘Ażżibu May Yasyā’, Wallāhu ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr

Maksudnya

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Āmanar-Rasūlu Bimā Unzila Ilaihi Mir Rabbihī Wal-Mu’minūn, Kullun Āmana Billāhi Wa Malā’ikatihī Wa Kutubihī Wa Rusulih, Lā Nufarriqu Baina Aḥadim Mir Rusulih, Wa Qālū Sami‘Nā Wa Aṭa‘Nā Gufrānaka Rabbanā Wa Ilaikal-Maṣīr

Maksudnya

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

Lā Yukallifullāhu Nafsan Illā Wus‘Ahā, Lahā Mā Kasabat Wa ‘Alaihā Maktasabat, Rabbanā Lā Tu’ākhiżnā In Nasīnā Au Akhṭa’nā, Rabbanā Wa Lā Taḥmil ‘Alainā Iṣran Kamā Ḥamaltahū ‘Alallażīna Min Qablinā, Rabbanā Wa Lā Tuḥammilnā Mā Lā Ṭāqata Lanā Bih, Wa‘Fu ‘Annā, Wagfir Lanā, Warḥamnā, Anta Maulānā Fanṣurnā ‘Alal Qaumil-Kāfirīn

Maksudnya

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir


6. Surah Ali Imran Ayat 18

ayat ruqyah surah ali imran

Syahidallāhu Annahū Lā Ilāha Illā Huwa Wal-Malā’ikatu Wa Ulul-‘Ilmi Qā’imam Bil-Qisṭ, Lā ilāha illā Huwal-‘Azīzul-Ḥakīm

Maksudnya

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


7. Surah Al-A’raf Ayat 54

Inna Rabbakumullāhullażī Khalaqas-Samāwāti Wal-Arḍa Fī Sittati Ayyāmin Ṡummastawā ‘Alal-‘Arsy, Yugsyil-Lailan-Nahāra Yaṭlubuhū Ḥaṡīṡaw Wasy-Syamsa Wal-Qamara Wan-Nujūma Musakhkharātim Bi’amrihī Alā Lahul-Khalqu Wal-Amr, Tabārakallāhu Rabbul-‘Ālamīn

Maksudnya

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.


8. Surah Al-Mukminun Ayat 116

Fa Ta‘Ālallāhul-Malikul-Ḥaqq, Lā ilāha Illā Huw, Rabbul-‘Arsyil-Karīm

Maksudnya

Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.


9. Surah Al-Jinn Ayat 3

Wa Annahū Ta‘Ālā Jaddu Rabbinā Mattakhaża Ṣāḥibataw Wa Lā Waladā

Maksudnya

Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.


10. 10 Ayat Terawal Surah Ash-Shaffat

Waṣ-Ṣāffāti Ṣaffā (1) Faz-Zājirāti Zajrā (2) Fat-Tāliyāti Żikrā (3) Inna Ilāhakum Lawāḥid (4) Rabbus-Samāwāti Wal-Arḍi Wa Mā Bainahumā Wa Rabbul-Masyāriq (5) Innā Zayyannas-Samā’ad-Dun-Yā Bizīnatinil-Kawākib (6)  Wa Ḥifẓam Min Kulli Syaiṭānim Mārid (7) Lā Yassamma‘Ūna Ilal-Mala’il-A‘Lā Wa Yuqżafūna Min Kulli Jānib (8) Duḥūraw Wa Lahum ‘Ażābuw Wāṣib (9) Illā Man Khaṭifal-Khaṭfata Fa Atba‘Ahū Syihābun Ṡāqib (10)

Maksudnya

Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret – (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya – (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci; (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu – Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka; (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru, Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.


11. 3 Ayat Terakhir Surah Al-Hasyr (22 — 23)

Huwallāhullażī Lā Ilāha Illā Huw, ‘Ālimul-Gaibi Wasy-Syahādah, Huwar-Raḥmānur-Raḥīm (22) Huwallāhullażī Lā Ilāha Illā Huw, Al-Malikul-Quddūsus-Salāmul-Mu’minul-Muhaiminul-‘Azīzul-Jabbārul-Mutakabbir, Subḥānallāhi ‘Ammā Yusyrikūn (23) Huwallāhul-Khāliqul-Bāri’ul-Muṣawwiru Lahul-Asmā’ul-Ḥusnā, Yusabbiḥu Lahū Mā Fis-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Huwal-‘Azīzul-Ḥakīm (24)

Maksudnya

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


12. Surah Al-Ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad (1) Allāhuṣ-Ṣamad (2) Lam Yalid Wa Lam Yūlad (3) Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


13. Surah Al-Falaq

Qul A‘Ūżu Birabbil-Falaq (1) Min Syarri Mā Khalaq (2) Wa Min Syarri Gāsiqin Iżā Waqab (3) Wa Min Syarrin-Naffāṡāti Fil-‘Uqad (4) Wa Min Syarri Ḥāsidin Iżā Ḥasad (5)

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.


14. Surah An-Nas

Qul A‘Ūżu Birabbin-Nās (1) Malikin-Nās (2) Ilāhin-Nās (3) Min Syarril-Waswāsil-Khannās (4) Allażī Yuwaswisu Fī Ṣudūrin-Nās (5) Minal Jinnati Wan-Nās (6)

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, – Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Cara Kedua

Cara ruqyah kedua adalah dengan membaca 5 ayat ini sebanyak 7 kali setiap satunya:

1. Surah Al Baqarah Ayat 137

Fa In Āmanū Bimiṡli Mā Āmantum Bihī Fa Qadihtadau, Wa In Tawallau Fa Innamā Hum Fī Syiqāq, Fa Sayakfīkahumullāh, Wa Huwas-Samī‘Ul-‘Alīm

Maksudnya

Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk, dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu), oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka, dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


2. Surah Yunus Ayat 81

Fa Lammā Alqau Qāla Mūsā Mā Ji’tum Bihis-Siḥr, Innallāha Sayubṭiluh, Innallāha Lā Yuṣliḥu ‘Amalal-Mufsidīn

Maksudnya

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir, sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku), sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.


3. Surah Al-Furqan Ayat 23

Wa Qadimnā Ilā Mā ‘Amilū Min ‘Amalin Fa Ja‘Alnāhu Habā’am Manṡūrā

Maksudnya

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.


4. Surah Al-Isra’ Ayat 81

Wa Qul Jā’al-Ḥaqqu Wa Zahaqal-Bāṭilu Innal-Bāṭila Kāna Zahūqā

Maksudnya

Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.


5. Surah Al-A’raf Ayat 118 ― 119

Fa Waqa‘Al-Ḥaqqu Wa Baṭala Mā Kānū Ya‘Malūn (118) Fa Gulibū Hunālika Wanqalabū Ṣāgirīn (119)

Maksudnya

Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.


6. Seterusnya disambung dengan Ayat-Ayat Manzil

Amalan membaca Ayat Manzil sangat masyhur sebagai penyembuh (syifa’) untuk penyakit-penyakit rohani dan jasmani disamping ia juga adalah pendinding dan pelindung daripada gangguan manusia, jin dan sihir.

Sebahagian besar Ayat-Ayat Manzil juga termasuk dalam Ayat al-Hirz (ayat pendinding) seperti yang dijelaskan oleh Al-Allamah Habib Hasan bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri dalam kitabnya ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah. (عمل اليوم والليلة).

Lihat rujukan selanjutnya pada bahagian nota rujukan pada bahagian akhir panduan ini.

Bacaan ayat Manzil dimulakan dengan Surah Al-Fatihah:

Ayat al-Hirz

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm (1) Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn (2) Ar-Raḥmānir-Raḥīm (3) Māliki Yaumid-Dīn (4)  Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn (5) Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm (6) Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn (7)

Maksudnya

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


7. Seterusnya Manzil disambung dengan Surah al-Baqarah 1 ― 5

Ayat al-Hirz
ayat manzil

Alif Lām Mīm. Żālikal-Kitābu Lā Raiba Fīh, Hudal Lil-Muttaqīn. Allażīna Yu’minūna Bil-Gaibi Wa Yuqīmūnaṣ-Ṣalāta Wa Mimmā Razaqnāhum Yunfiqūn. Wallażīna Yu’minūna Bimā Unzila Ilaika Wa Mā Unzila Min Qablik, Wa Bil-Ākhirati Hum Yūqinūn. Ulā’ika ‘Alā Hudam Mir Rabbihim Wa Ulā’ika Humul-Mufliḥūn

Maksudnya

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


8. Surah Al-Baqarah 163

Ayat al-Hirz
ayat manzil

Wailahukum ilahun wahidun la ilaha illa huwa arrahmanu arraheem

Maksudnya

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Termasuk ayat al-hirz ialah ayat 164 Surah al Baqarah:

Inna Fī Khalqis-Samāwāti Wal-Arḍi Wakhtilāfil-Laili Wan-Nahāri Wal-Fulkillatī Tajrī Fil-Baḥri Bimā Yanfa‘Un-Nāsa Wa Mā Anzalallāhu Minas-Samā’i Mim Mā’in Fa Aḥyā Bihil-Arḍa Ba‘Da Mautihā Wa Baṡṡa Fīhā Min Kulli Dābbatiw Wa Taṣrīfir-Riyāḥi Was-Saḥābil-Musakhkhari Bainas-Samā’i Wal-Arḍi La’āyātil Liqaumiy Ya‘Qilūn

Maksudnya

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.


9. Surah Al Baqarah ayat 255 ― 257

Ayat al-Hirz

Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm

Maksudnya

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

ayat manzil

Lā Ikrāha Fid-Dīn, Qat Tabayyanar-Rusydu Minal-Gayy, Fa May Yakfur Biṭ-Ṭāgūti Wa Yu’mim Billāhi Fa Qadistamsaka Bil-‘Urwatil-Wuṡqā Lanfiṣāma Lahā, Wallāhu Samī‘Un ‘Alīm

Maksudnya

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

ayat manzil

Allāhu Waliyyullażīna Āmanū Yukhrijuhum Minaẓ-Ẓulumāti Ilan-Nūr, Wallażīna Kafarū Auliyā’uhumuṭ-Ṭāgūtu Yukhrijūnahum Minan-Nūri Ilaẓ-Ẓulumāt, Ulā’ika Aṣḥābun-Nār, Hum Fīhā Khālidūn

Maksudnya

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


10. Surah Al Baqarah ayat 284 ― 286

Ayat al-Hirz
ayat manzil

Lillāhi Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Wa In Tubdū Mā Fī Anfusikum Au Tukhfūhu Yuḥāsibkum Bihillāh, Fa Yagfiru Limay Yasyā’u Wa Yu‘Ażżibu May Yasyā’, Wallāhu ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr

Maksudnya

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

ayat manzil

Āmanar-Rasūlu Bimā Unzila Ilaihi Mir Rabbihī Wal-Mu’minūn, Kullun Āmana Billāhi Wa Malā’ikatihī Wa Kutubihī Wa Rusulih, Lā Nufarriqu Baina Aḥadim Mir Rusulih, Wa Qālū Sami‘Nā Wa Aṭa‘Nā Gufrānaka Rabbanā Wa Ilaikal-Maṣīr

Maksudnya:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

ayat manzil

Lā Yukallifullāhu Nafsan Illā Wus‘Ahā, Lahā Mā Kasabat Wa ‘Alaihā Maktasabat, Rabbanā Lā Tu’ākhiżnā In Nasīnā Au Akhṭa’nā, Rabbanā Wa Lā Taḥmil ‘Alainā Iṣran Kamā Ḥamaltahū ‘Alallażīna Min Qablinā, Rabbanā Wa Lā Tuḥammilnā Mā Lā Ṭāqata Lanā Bih, Wa‘Fu ‘Annā, Wagfir Lanā, Warḥamnā, Anta Maulānā Fanṣurnā ‘Alal Qaumil-Kāfirīn

Maksudnya:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.


11. Surah Ali ‘Imran ayat 18

Syahidallāhu Annahū Lā Ilāha Illā Huwa Wal-Malā’ikatu Wa Ulul-‘Ilmi Qā’imam Bil-Qisṭ, Lā ilāha illā Huwal-‘Azīzul-Ḥakīm

Maksudnya

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


12. Surah Ali ‘Imran ayat 26 ― 27

ayat manzil

Qulillāhumma Mālikal-Mulki Tu’til-Mulka Man Tasyā’u Wa Tanzi‘Ul-Mulka Mim Man Tasyā’u Wa Tu‘Izzu Man Tasyā’u Wa Tużillu Man Tasyā’, Biyadikal-Khaīr, Innaka ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

ayat manzil

Tūlijul-Laila Fin-Nahāri Wa Tūlijun-Nahāra Fil-Laili Wa Tukhrijul-Ḥayya Minal-Mayyiti Wa Tukhrijul-Mayyita Minal-Ḥayyi Wa Tarzuqu Man Tasyā’u Bigairi Ḥisāb

Maksudnya

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.


13. Surah Al-A’raf ayat 54 ― 56

Ayat al-Hirz
ayat manzil

Inna Rabbakumullāhullażī Khalaqas-Samāwāti Wal-Arḍa Fī Sittati Ayyāmin Ṡummastawā ‘Alal-‘Arsy, Yugsyil-Lailan-Nahāra Yaṭlubuhū Ḥaṡīṡaw Wasy-Syamsa Wal-Qamara Wan-Nujūma Musakhkharātim Bi’amrihī Alā Lahul-Khalqu Wal-Amr, Tabārakallāhu Rabbul-‘Ālamīn (54) Ud‘Ū Rabbakum Taḍarru‘Aw Wa Khufyah, Innahū Lā Yuḥibbul-Mu‘Tadīn (55) Wa Lā Tufsidū Fil-Arḍi Ba‘Da Iṣlāḥihā Wad‘Ūhu Khaufaw Wa Ṭama‘Ā, Inna Raḥmatallāhi Qarībum Minal-Muḥsinīn (56)

Maksudnya

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. [54]

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. [55]

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. [56]


14. Surah Al-Isra’ ayat 110 ― 111

Ayat al-Hirz

Qulid‘Ullāha Awid‘Ur-Raḥmān, Ayyam Mā Tad‘Ū Fa Lahul-Asmā’ul-Ḥusnā, Wa Lā Tajhar Biṣalātika Wa Lā Tukhāfit Bihā Wabtagi Baina Żālika Sabīlā. Wa Qulil-Ḥamdu Lillāhillażī Lam Yattakhiż Waladaw Wa Lam Yakul Lahū Syarīkun Fil-Mulki Wa Lam Yakul Lahū Waliyyum Minaż-Żulli Wa Kabbirhu Takbīrā

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”


15. Surah Al-Mukminun ayat 115 ― 118

Afa Ḥasibtum Annamā Khalaqnākum ‘Abaṡaw Wa Annakum Ilainā Lā Turja‘Ūn. Fa Ta‘Ālallāhul-Malikul-Ḥaqq, Lā Ilāha Illā Huw, Rabbul-‘Arsyil-Karīm. Wa May Yad‘U Ma‘Allāhi Ilāhan Ākhara Lā Burhāna Lahū Bihī Fa Innamā Ḥisābuhū ‘Inda Rabbih, Innahū Lā Yufliḥul-Kāfirūn. Wa Qur Rabbigfir Warḥam Wa Anta Khairur-Rāḥimīn

Maksudnya

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”


16. Surah Asy-Shaffat ayat 1 ― 11

Ayat al-Hirz

Waṣ-Ṣāffāti Ṣaffā. Faz-Zājirāti Zajrā. Fat-Tāliyāti Żikrā. Inna Ilāhakum Lawāḥid. Rabbus-Samāwāti Wal-Arḍi Wa Mā Bainahumā Wa Rabbul-Masyāriq. Innā Zayyannas-Samā’ad-Dun-Yā Bizīnatinil-Kawākib. Wa Ḥifẓam Min Kulli Syaiṭānim Mārid. Lā Yassamma‘Ūna Ilal-Mala’il-A‘Lā Wa Yuqżafūna Min Kulli Jānib. Duḥūraw Wa Lahum ‘Ażābuw Wāṣib. Illā Man Khaṭifal-Khaṭfata Fa Atba‘Ahū Syihābun Ṡāqib. Fastaftihim Ahum Asyaddu Khalqan Am Man Khalaqnā, Innā Khalaqnāhum Min Ṭīnil Lāzib

Maksudnya

Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -. (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya – (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci; (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu – Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka; (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru, Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi. (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).


17. Surah Ar-Rahman ayat 33 ― 40

Ayat al-Hirz

(Ayat al-hirz sehingga ayat ke 35)

Yā Ma‘Syaral-Jinni Wal-Insi Inistaṭa‘Tum An Tanfużū Min Aqṭāris-Samāwāti Wal-Arḍi Fanfużū, Lā Tanfużūna Illā Bisulṭān. Fa Bi’ayyi Ālā’i Rabbikumā Tukażżibān. Yursalu ‘Alaikumā Syuwāẓum Min Nāriw Wa Nuḥāsun Fa Lā Tantaṣirān. Fa Bi’ayyi Ālā’i Rabbikumā Tukażżibān. Fa Iżansyaqqatis-Samā’u Fa Kānat Wardatan Kad-Dihān. Fa Bi’ayyi Ālā’i Rabbikumā Tukażżibān. Fa Yauma’iżil Lā Yus’alu ‘An Żambihī Insuw Wa Lā Jānn. Fa Bi’ayyi Ālā’i Rabbikumā Tukażżibān

Surah ar-Rahman ayat 33 – 40

Maksudnya

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! [33]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [34]

Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); [35]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [36]

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; [37]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [38]

Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya); [39]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [40]


18. Surah Al-Hasyr ayat 21 ― 24

Ayat al-Hirz

Lau Anzalnā Hāżal-Qur’āna ‘Alā Jabalil Lara’aitahū Khāsyi‘Am Mutaṣaddi‘Am Min Khasy-Yatillāh, Wa Tilkal-Amṡālu Naḍribuhā Lin-Nāsi La‘Allahum Yatafakkarūn. Huwallāhullażī Lā Ilāha Illā Huw, ‘Ālimul-Gaibi Wasy-Syahādah, Huwar-Raḥmānur-Raḥīm. Huwallāhullażī Lā Ilāha Illā Huw, Al-Malikul-Quddūsus-Salāmul-Mu’minul-Muhaiminul-‘Azīzul-Jabbārul-Mutakabbir, Subḥānallāhi ‘Ammā Yusyrikūn. Huwallāhul-Khāliqul-Bāri’ul-Muṣawwiru Lahul-Asmā’ul-Ḥusnā, Yusabbiḥu Lahū Mā Fis-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Huwal-‘Azīzul-Ḥakīm

Maksudnya

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.  Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


19. Surah Al-Jinn ayat 1 ― 4

Ayat al-Hirz

(Ayat al-hirz iaitu ayat ke-3 dan ke-4)

Qul Ūḥiya Ilayya Annahustama‘A Nafarum Minal-Jinni Fa Qālū Innā Sami‘Nā Qur’ānan ‘Ajabā. Yahdī Ilar-Rusydi Fa Āmannā Bih, Wa Lan Nusyrika Birabbinā Aḥadā. Wa Annahū Ta‘Ālā Jaddu Rabbinā Mattakhaża Ṣāḥibataw Wa Lā Waladā. Wa Annahū Kāna Yaqūlu Safīhunā ‘Alallāhi Syaṭaṭā

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! [1]

`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. [2]

`Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak. [3]

`Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran; [4]


20. Surah Al-Kafirun

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


21. Surah Al-Ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad (1) Allāhuṣ-Ṣamad (2) Lam Yalid Wa Lam Yūlad (3) Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


22. Surah Al-Falaq

Qul A‘Ūżu Birabbil-Falaq (1) Min Syarri Mā Khalaq (2) Wa Min Syarri Gāsiqin Iżā Waqab (3) Wa Min Syarrin-Naffāṡāti Fil-‘Uqad (4) Wa Min Syarri Ḥāsidin Iżā Ḥasad (5)

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.


23. Surah An-Nas

Qul A‘Ūżu Birabbin-Nās (1) Malikin-Nās (2) Ilāhin-Nās (3) Min Syarril-Waswāsil-Khannās (4) Allażī Yuwaswisu Fī Ṣudūrin-Nās (5) Minal Jinnati Wan-Nās (6)

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, – Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Syarat-Syarat Ruqyah

Semasa melakukan ruqyah, terdapat beberapa syarat yang perlu diperhatikan untuk memastikan amalan tersebut dilaksanakan dengan cara yang syar’iyyah dan berkesan. Berikut adalah beberapa syarat penting semasa melakukan ruqyah:

  1. Keikhlasan: Niat dalam melakukan ruqyah haruslah murni kerana Allah S.W.T. dan bukan kerana tujuan-tujuan duniawi.
  2. Menggunakan Ayat Al-Qur’an dan Doa dari Sunnah: Ruqyah harus dilakukan dengan menggunakan ayat-ayat dari Al-Qur’an atau doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. dalam Hadis.
  3. Percaya Bahawa Ruqyah Bukanlah Penyembuh: Ruqyah hanyalah salah satu cara untuk mendekati Allah dan meminta pertolongannya. Penyembuhan datang dari Allah S.W.T., bukan dari ruqyah itu sendiri.
  4. Menghindari Perkara-perkara yang Haram: Orang yang melakukan ruqyah harus menghindari dosa besar dan amalan-amalan yang haram.
  5. Bacaan Yang Betul: Semasa membaca ayat-ayat Al-Qur’an atau doa, pengucapannya haruslah betul dan jelas.
  6. Tidak Mengandungi Syirik: Ruqyah tidak boleh mengandungi unsur-unsur syirik atau kemusyrikan. Ini bermakna tidak boleh meminta bantuan dari jin atau roh lain atau menggunakan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
  7. Ruqyah Harus Dibuat dengan Sesudah Adanya Keyakinan: Orang yang melakukan ruqyah harus memilikinya dengan keyakinan penuh bahawa Allah Maha Kuasa dan Dia-lah yang memberikan kesembuhan.
  8. Tidak Berlebihan: Tidak boleh berlebihan dalam melakukan ruqyah, seperti beranggapan ruqyah adalah solusi untuk semua masalah atau terlalu bergantung padanya tanpa mencari perubatan lain yang diperlukan.
  9. Kehadiran Mahram (bagi wanita): Jika ruqyah dilakukan oleh seorang lelaki kepada wanita yang bukan mahramnya, wanita tersebut harus ditemani oleh mahramnya untuk menghindari fitnah.
  10. Menggunakan Air: Beberapa ulama menyarankan menggunakan air yang telah dibacakan ayat ruqyah untuk penyembuhan, tetapi ini adalah amalan tambahan dan bukan syarat wajib.

Mengamalkan ruqyah dengan memenuhi syarat-syarat ini akan memastikan bahawa amalan tersebut selaras dengan ajaran Islam dan berkesan dalam mencapai tujuannya.

Penutup

Saya berharap melalui panduan ini, anda mendapat manfaat dan kefahaman baru mengenai bagaimana bacaan ayat ruqyah

Semoga ia dapat diintegrasikan dalam kehidupan seharian untuk kesejahteraan rohani dan jasmani.

Semoga usaha ini membawa berkat dan perlindungan kepada kita semua.


Nota Rujukan

  1. Lihat Al-Awrad az-Zainiyyah al-Makkiyyah, ms. 70 – 83 dan Al-Mujarrabat al-Makkiyyah, ms. 7-21, kedua-duanya adalah karangan Syaikhuna, Al-Faqih Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.
  2. Dalam kitab-kitab lain, ia disebut dengan “ayat al-hirz (ayat-ayat pendinding) yang sebahagian besar bacaannya sama dengan bacaan dalam Al-Manzil seperti yang disebutkan dalam Amal al-Yawm wa al-Lailah, ms. 391-397, karangan Al-Allamah Habib Hasan bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri, Al-Maslak al-Qarib li kulli Salik Munib, ms. 157-169, karangan Al-Allamah al-Habib Thahir bin Husain bin Thahir dan Mukh al-Ibadah li Ahl as-Suluk wa al-Iradah min Kalamillah wa Rasulihi wa as-Salaf ash-Shalihin al-Qadah, ms. 305-310 dan lain-lain.
  3. Untuk membezakan ayat al-hirz dan manzil, diletakkan tanda “(ayat al-hirz)” untuk menunjukkan ia juga termasuk ayat al-hirz.
  4. Penyakit ‘Ain dan Rawatannya, DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, Laman Web Maktabah al-Bakri
  5. Rujukan utama panduan ini adalah daripada Ustaz Muhadir Haji Joll, berdasarkan buku Munajat Dan Ikhtiar Dengan Al-Quran, terbitan Galeri Ilmu.
  6. Rujukan lain adalah Almarhum Ustaz Dato’ Hj. Ismail Kamus, Indahnya Hidup Bersyariat. Semoga Allah melimpahkan pahala yang besar dan berpanjangan kepada Allahyarham atas ilmu yang dikongsikan.
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Haslina
Haslina
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Surah al Isra ayat 81 tertinggal.