Bolehkah seorang isteri minta cerai daripada suami?
Apakah hukumnya?
Dalam artikel ini, saya akan menerangkan mengenai beberapa perkara mengenai penceraian:
- Jenis talak dan hukumnya
- Persoalan berkaitan isteri ingin minta cerai
Jika ini adalah topik yang anda sedang cari, artikel ini adalah untuk anda.
Jom kita mulakan:
1. Apakah itu talak (penceraian)
3. Hukum talak
4. Bolehkah isteri minta cerai?
- Persoalan 1
- Persoalan 2
- Persoalan 3
5. Kesimpulan
Apakah Itu Talak (Penceraian)
Memang tidak dapat dielakkan bahawa kadangkala berlaku kepincangan dalam sesebuah rumah tangga khususnya keretakan hubungan antara suami isteri berpunca daripada pelbagai sebab.
Ada antaranya yang melibatkan masalah nafkah, faktor pergaulan bebas di luar rumah, tidak ada rasa hormat antara satu sama lain dan sebagainya.
Semua masalah ini boleh membawa kepada bibit-bibit penceraian antara pasangan yang berkrisis.
Talak ialah satu hukum yang melepaskan ikatan perkahwinan (pembatalan nikah) dengan lafaz, “aku ceraikan dikau dengan talak satu, dua atau talak tiga.”
Jenis-Jenis Talak
1. Talak Bain Sughra
Suami telah menceraikan isteri dengan talak satu dan khuluk, iaitu bertebus talak dengan bayaran tertentu.
Tiada boleh rujuk melainkan melalui akad nikah yang baharu.
2. Talak Bain Kubra
Apabila suami telah menceraikan isteri dengan talak tiga, bekas isterinya tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula kecuali setelah melalui semua perkara-perkara berikut:
- Setelah selesai idah perempuan
- Berkahwin dengan lelaki lain
- Ada persetubuhan dengan suami baru
- Bercerai dengan suami baru
- Selesai idah dengan suami baru
3. Talak Raj’i
Suami telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua dan boleh dirujuk semula sekiranya isteri dalam idah tanpa akad yang baharu.
Tetapi jika idahnya tamat, mereka berdua hendaklah dinikahkan semula.
Aku ceraikan/talakkan engkau
2. Talak Kinayah (tidak terang)
Kau sekarang janda
Kau dengan aku putus
Hukum Talak
1. Wajib
Apabila perbalahan suami isteri tidak lagi dapat didamaikan walaupun sehingga ke peringkat menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai dengan isterinya.
2. Haram
Apabila isteri diceraikan dalam waktu-waktu seperti isteri dalam haid, setelah suami bersetubuh dengan isterinya, isteri dalam keuzuran/sakit atau isteri yang belum disempurnakan giliran.
3. Sunat
Apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tidak ada pekerjaan atau uzur, isteri boleh menuntut fasakh (memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan bilangan talak).
Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, berkahwin dengan isteri kerana paksaan, atau isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami.
4. Makruh
Makruh suami menceraikan isteri yang baik tingkah laku, taat kepada ajaran agama atau tanpa sebab munasabah.
5. Harus
Harus bagi suami melepaskan isterinya disebabkan dia (suami) lemah keinginannya atau isteri yang putus haid
Persoalan: Bolehkah Isteri Minta Cerai?
Di sini saya sertakan tiga persoalan mengenai isteri minta cerai berdasarkan tulisan Ustaz Muhamad Fathi Yusof dalam buku Fiqah Perkahwinan.
Soalan 1
Saya baru berkahwin dua tahun lalu dan dikurniakan seorang anak.
Malangnya saya dan suami selalu berbeza pandangan dan bertengkar. Bila direnung, saya dapati suami saya bukanlah jahat atau curang, tetapi kami mungkin tidak serasi dan banyak berbeza dari segi budaya dan cara berfikir.
Mungkin latar belakang keluarga juga mempengaruhi konflik kami ini.
Keadaan ini banyak menimbulkan tekanan dalam hidup dan pekerjaan saya sehingga mendorong saya untuk memikirkan soal penceraian.
Apakah hukum seorang isteri memohon cerai?
Jawapan:
Penceraian adalah diharuskan tetapi sepatutnya menjadi pilihan terakhir selepas bersungguh-sungguh dan jujur dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan.
Suami dan isteri tidak boleh memandang ringan soal penceraian.
Masalah yang timbul akibat ikatan perkahwinan biasanya tidak hilang atau luput dengan penceraian seperti yang disangka ramai orang.
Bahkan penceraian mendatangkan lebih banyak masalah.
Biasanya akan berlaku pertikaian panjang dalam soal penjagaan anak, soal nafkah, timbul masalah penyesuaian diri dengan status yang baru dan lain-lain.
Ringkasnya, penceraian lebih mendatangkan masalah daripada penyelesaian.
Mana-mana suami atau isteri yang terlintas untuk berpisah perlu kembali bermuhasabah tentang ketinggian nilai perkahwinan di sisi Allah SWT.
Nikah ialah ibadah dan selari dengan sunnah Rasulullah.
Tujuan perkahwinan adalah untuk membina ikatan yang halal dan diredhai Allah sesuai dengan tujuan penciptaan manusia.
Keluarga adalah pusat kebahagiaan dan cinta.
Ikatan pernikahan dan keluarga terbukti sebagai asas untuk membawa kegembiraan dan kerukunan hidup.
Jika ada kelemahan yang perlu dinilai, bukan ikatan itu, tetapi kelemahan yang ada pada kedua-dua suami dan isteri.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Perlu juga diingat bahawa setiap perkara yang baik ada cabaran dan dugaan.
Allah menguji manusia dengan kesukaran, sama ada sukar dalam bentuk kebendaan, atau mungkin juga dari sudut perasaan.
Ujian ini adalah satu sentuhan daripada Allah untuk mengajak manusia agar sentiasa ingat kepadaNya dan bergantung sepenuhnya kepada RahmatNya.
Jika manusia mengharap kesempurnaan dalam kepuasan perasaan atau harta benda, maka dia akan kecewa.
Kesempurnaan adalah milik Allah SWT.
Kelemahan pada pasangan dan keluarga itu adalah simbol cinta Allah.
Hikmahnya adalah untuk kita sentiasa berserah kepada Allah.
Membina keserasian dalam sesebuah rumah tangga bukan perkara mudah.
Tempoh dua tahun masih singkat untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Proses saling memahami, menginsafi kelemahan diri, saling menasihati, menyerap kebaikan dan menyisih keburukan berlaku secara beransur-ansur.
Apa yang penting ialah sentiasa memohon kepada Allah agar mengurniakan kelapangan jiwa supaya sentiasa berada di atas landasan yang diredhaiNya dalam membina mahligai kasih.
Kedua-dua suami dan isteri sewajarnya sentiasa berikhtiar agar rumah tangga dapat terus bertahan hingga akhir hayat.
Bekalan yang paling penting untuk mempertahankan sesebuah perkahwinan ialah bekalan hidup beragama.
Agama mestilah menjadi teras kepada rumah tangga.
Kedua-dua suami isteri diajak untuk memperbanyakkan bersyukur dengan nikmat ikatan perkahwinan.
Syukur kerana dikurniakan pasangan hidup.
Dengan bersyukur, masing-masing lebih terdorong untuk memfokuskan kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh pasangan, dan cuba untuk melupakan kelemahan-kelemahannya.
InsyaaAllah dengan cara ini, kita akan dapat menyisihkan perasaan untuk berpisah.
Ingatlah pesanan Rasulullah yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar:
Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak
— Riwayat Abu Daud
Selain itu, perlu diingat juga bahawa kadangkala anasir luar juga boleh mempengaruhi cinta suami isteri.
Peranan ibu bapa dan mertua adalah untuk menjadi pendamai dan pemujuk, bukannya batu api atau perosak rumah tangga.
Begitu juga sahabat dan kawan-kawan.
Setiap suami isteri mesti berwaspada agar tidak mudah terpesona dengan hasutan jahat mereka yang berjiwa busuk.
Untuk mereka pula tersedia balasan atas kejahatan seperti yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
Bukanlah daripada golongan kami bagi sesiapa yang merosakkan hubungan seseorang wanita dengan suaminya
— Riwayat Abu Daud
Soalan 2
Bagaimana jika saya mahu berpisah tetapi suami enggan melepaskan saya, adakah ada ruang untuk saya memaksa suami saya?
Jawapan:
Terdapat beberapa bentuk perpisahan antara suami isteri.
Talak biasanya ialah penceraian yang dilakukan oleh suami.
Isteri pula tidak mempunyai hak untuk menceraikan suami.
Kuasa untuk talak berada di tangan suami kerana diiktiraf oleh Allah sebagai “pihak yang memegang ikatan nikah” seperti dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 237.
Oleh itu, dia mempunyai amanah untuk menjaga sebaik mungkin ikatan nikah itu agar tidak berlaku penceraian.
Suami perlu berhati-hati dan teliti sebelum bertindak untuk melafazkan cerai atau talak.
Bahkan menurut Islam, lafaz talak merupakan lafaz yang tidak boleh dijadikan mainan atau senda gurau.
Bagi seorang isteri pula, hak untuk berpisah dengan suami boleh berlaku melalui beberapa jalan, iaitu fasakh atau khuluk.
Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.
Hak ini timbul jika suami mengabaikan nafkah, mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, menimbulkan kecederaan kepada isteri, mati pucuk atau alasan-alasan lain yang termaktub dalam undang-undang.
Oleh sebab fasakh hanya boleh berlaku jika terdapat kelemahan ketara di pihak suami, maka pilihan yang dirasakan lebih sesuai untuk masalah keserasian suami isteri ialah khuluk.
Khuluk atau tebus talak berlaku apabila isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya melalui satu pembayaran yang dibuat oleh isteri kepada suami.
Tebusan itu disebut semasa lafaz khuluk dibuat dan jika jumlah khuluk tidak disebut dengan jelas, maka suami berhak mendapat mahar misil daripada isterinya.
Hukum khuluk ini bersandarkan firman Allah:
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Ibnu Abbas meriwayatkan:
Isteri Tsabit bin Qais datang menemui Rasulullah dan berkata, ‘Wahai Rasul Allah, (tentang) Tsabit bin Qais, aku tidak mencelanya dalam perkara akhlak dan agama. Tetapi aku benci akan kekufuran dalam Islam (dengan sebab tidak dapat melaksanakan hak-hak suami).’ Nabi bertanya, ‘Bolehkah kamu memulangkan kebunnya kepadanya?’ Dia menjawab, ‘Boleh.’ Rasulullah SAW bersabda kepada Tsabit bin Qais, ‘Terimalah kebun itu, dan ceraikannya dengan talak satu.'”
— Riwayat al-Bukhari
Oleh sebab khuluk berlaku atas kehendak isteri, maka isteri tidak dikira menanggung mudharat akibat perpisahan sebagaimana talak biasa.
Oleh itu, suami diharuskan melafazkan khuluk ketika isterinya berada dalam keadaan haid atau dalam keadaan suci walaupun selepas berlaku persetubuhan.
Selain menamatkan akad secara fasakh dan khuluk, talak taklik ialah satu cara penceraian yang agak popular di Malaysia.
Hal ini berlaku kerana terdapat undang-undang yang mensyaratkan lafaz taklik tertentu sejurus selepas lafaz akad nikah.
Lafaz taklik ini tidak diwajibkan menurut hukum syarak, tetapi diamalkan di negara kita kerana memberi perlindungan tambahan kepada isteri.
Lafaz taklik ini berbeza antara satu negeri dengan negeri lain.
Namu begitu, secara umumnya ia mengandungi hak isteri untuk memohon cerai apabila berlaku beberapa perkara seperti suami tidak tinggal bersama-sama isteri dalam tempoh tertentu, kegagalan suami membayar nafkah dan menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan isteri.
Talak taklik berlaku apabila isteri membuat pengaduannya di mahkamah dengan sokongan saksi atau bukti lain yang memadai dan permohonannya diterima oleh mahkamah.
Soalan 3
Kalau saya telah berpisah, adakah masih ada ruang untuk kami bersatu semula dengan cara rujuk?
Jawapan:
Jika perpisahan berlaku secara khuluk, maka suami tidak berhak untuk rujuk kepada isterinya dalam tempoh idah kerana khuluk ialah sejenis talak ba’in.
Bekas suami atau isteri itu tidak boleh bersatu kembali melainkan dengan mengadakan akad yang baharu dan mas kahwin yang baharu.
Hukum ini meliputi talak khuluk yang berlaku sebelum persetubuhan atau selepas persetubuhan.
Penutup
Setiap suami yang diberikan amanah dan kuasa oleh Allah untuk memutuskan soal talak perlu berhati-hati dalam menggunakan kuasa ini.
Talak hanya boleh dilafazkan jika penceraian itu tidak dapat dielakkan bagi menjaga kepentingan agama, akidah atau maslahah lain yang sah.
Moga Allah menjadikan kita semua insan yang menjaga batas-batas hukum Allah dan memenuhi amanah yang diberikan olehNya.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum sy nk tau ap hukum jika sy mtk berpisah atas sbb tdk ad rasa cinta sayang malah tgk muka suami pn tak rasa apa2 n sy xsuka klu dia sentuh sy peluk cium semua membuat sy rasa rimas tau lebh jelas bab layanan sy memang xleh nk bgi hubgn intim pn sy xleh bgi sbb sy xdp nafsu lgsg kearah tu..perkhwinan berlaku pn atas sbb xsampai hti nk tolok sbb dia terlalu baik n jiran2 semua dah tau drpd org luar jdi sy xleh nk elak nk reject serba salah jdi sy teruskn jgk pernikhn ni dgn harapan sy blh jatuh cinta dgn dia tpi x sy stil xrasa ap hidup bersendiri atau berdua xdp beza..jdi blh k klu sy mtk berpisah tuk kebaikan dia n elakkn dia jdikn sy isteri derhaka..harap respon
Assalamualaikum.
Saya dan suami dah berkahwin selama 9tahun dan ada 2ank lelaki umur 7&4 tahun. Beberapa tahun kebelakangan ni, kami sering bergaduh. Ada kala hal yg kecil. Biasanya isu suami terlalu lebihkan kawan dan hobi, dan paling saya rasa sedih, suami dah xhormat kedua ibubapa saya dgn cara tidak bertegur sejak kedua ibu bapa tinggal bersama. Saya sangat tertekan dgn sikap suami yang dingin, tak menjaga hati dan agak tinggi ego. Tak boleh ditegur, kalau saya tegur apa2, dia tarik muka dgn saya. Akhirnya saya yg pujuk dia walaupun teguran tu untuk kebaikkan bersama. Sehingga saya rasa suami dah tak sayangkan saya. Anak sulung saya juga perasan perubahan suami dan seakan memahami bila ajak saya pindah dari rumah. Suami beri nafkah tempat tinggal dan makanan sahaja. Lain2 saya sendiri usaha. Mental saya rasa penat dan rsa tak bahagia lagi. Saya seperti bertepuk sebelah tangan. Suami tak cinta saya lagi. Boleh ke kalau bercerai. Berdosa ke saya mohon cerai? Saya rasa nak tinggal bersama anak2 dan kedua ibubapa saja.
Saya nak bertanya.. saya dah tawar hati dgn suami.. rasa nafsu pun dah xde.. dah byk kali bincang dgn suami.. tapi dia xnak lepas kan saya.. boleh ke saya nak cerai??
Sy pun mengalaminya skrang.dye xnk lepaskn jgk.
Assalamualaikum wbt… Soalan saya kami sudahmendirikan mahligai selama 10thn istri sy mualaf Dan kami mengharungi hidup berjauhan dengan keadaan covid kami tidak dapat berjumpa sudah 2tahun isteri berada di Thailand bersama keluarganya yg beragama buddha…semenjak covid melanda dunia selama 2thn kami cuba bertahan hubungan ini… Istri meminta sy melepaskannya kerana katanya sudah tidak Ada masa depan bersama saya kami selalu bertengkar melalui telefon Dan bermacam perkara dibangkitkannya sy ada memberi nafkah sebanyak 5ratus atau seribu setiap Bulan…patutkan sy melepaskannya untuk kebaikannya dan masa depannya.. Yang paling saya risaukan takut dia bertemu orang lain Dan menukar agama mengikut pasangan barunya nanti.. Minta pencerahan.
Assalamualaikum..maaf sy minta pandangan..isteri sy kerap meminta ceraikannya sebab katanya tak tahan dgn sy. Sejujurnya, semuanya sy sediakan untuk isteri dan anak2, dari nafkah, makan, pakai, shopping, hibah, medical semua sy sediakan. Apa yg isteri saya x puas hati ialah, sy x pandai pujuk bila ada pertengkaran. Beliau selalu cakap yg saya pujuk tak habis dan menyebabkan, beliau minta cerai setiap kali bergaduh. Sy sgt terkesan sebab kadang-kadang, benda yang digaduhkan adalah perkara kecil dan akhirnya akan jadi salah sy x pujuk sampai habis. Sy seorang suami yg byk kelemahan, seorang ayah yg x sempurna tapi sy cuba kuatkn hati dan perasaan walaupun sy tau mental sy penat. Kadang2 sy letih layan, sy pun diam saja atau pun sy buat kerja sy diam2. Oh ya, isteri sy ckp mental dia juga penat sbb tu dia nak cerai.
Saya ingin bertanya saya dan suami sdh tidak sefahaman,rasa nafsu sudah takda..suami sya mati pucuk,nafkah pun tak dberikn..bulihkn saya meminta cerai..
Ya boleh. Dibenarkan untuk failkan penceraian jika suami tidak mampu memberi nafkah zahir ataupun batin.
assalamualaikum..
Sy dah kawin dgn sejak 33 tahun lalu Dan 3 org anak kami dah besar panjang berumur 25 hingga 32 tahun. sejak berkahwin Sy cuma sempat merasa bahagia x sampai 5 tahun.. selebihnya Sy banyak makan hati sebab suami buat peangai. Sy seorang isteri yg x suka cari salah suami tapi Allah selalu tunjukkan peangai buruk suami. sejak tahun 1994 hingga 2012 suami sdha 5 kali terlibat dengan jenayah yang menyebabkan dia beberapa kali masuk lokap Dan sy la yang bergolok gadi Dan meminjam sana sini utk mengikat jamin dia. Sy Dan banyak kali peringatkan dia yang sy akan tinggalkan dia kalau dia buat peangai tp sy jenis yang lembut hati Dan selalu memaa fkan dia Dan berharap agar dia insaf Dan berubah tp hampa. dia masih aktif bermain no ekor Dan jackpot. Sy tahu dia selalu menipu duit sy tetapi sy selalu mcm kerbau dicucuk hidung. dia kasar terhadp sy Dan x pernah tunjukkan kelembutan Dan kasih syg pd sy. tapi kalu dengan org lain dia baik sangat termasuklah dengan keluarga sy.tahun 2018 sy ajak dia pegi umrah dgn harapan rumahtangga Dan kehidupan kami akan berubah Dan dia akan lebih islamik tetapi hinggalah tahun 2021 ini dia masih x berubah sejak beberapa tahun kebelakangan kami tidak lag tidur sekatil atau satu bilik yg sama. dia lebih suka tidur Di ruang tamu Dan amat jarang bercakap dengan saya apa lg berbincang. sya tawar hati utk teruskan perkahwinan ini. Boleh kah Sy menuntut cerai fasakh?
Wassalam.
Ya boleh. Sebab dari kisah puan, ternyata suami tidak menjalankan tanggungjawabnya terhadap puan.
Salam ustaz. Bolehkah isteri meminta cerai jika ternampak chat2 wanita yg mana sbnrnya hanyalah pemohon kerja dimana waktu sebelum itu saya mmg memerlukan pekerja di syarikat saya. Saya jadi putus asa untuk menepis segala alasan sebegini ustaz. Makan pakai semua saya jaga xpernah saya larang apa isteri saya nak beli or minta dari saya dan untuk makluman isteri saya hanyalah suri rumah. Jdi kt sni bila dalam seminggu ni dia asyik nak cerai dgn saya. Saya nk tanya. Adakah jika saya ada liquidity asset beli atas nama beliau. Adakah itu menjadi hak beliau atau saya bleh tuntut sebab saya mmg dah tawar hati sgt mungkin selama ni dia rasa dia ada dgn saya waktu susah senang jadi dia gunakan input tersebut untuk mengungkit kejayaan saya kecapi skrg. Tahun lepas saya pernah ada hubungan dgn kerani saya tapi selepas kami bergaduh. Kami berjaya berbaik semula dan saya mmg tekad dan berjanji untuk berubah. Tpi skrg saya buat apa semua mcm di kawal. Semua kne report. Bukan takut isteri. Hormat. Saya fhm dan akui saya ad silap di masa lepas. Saya kesiankan anak jika kami bercerai mkn pkai apa semua bagaimana lepas tu sebab semuanya mmg under saya provided. Adakah patut sahaja saya lepaskan atau cuba berbaik semula sbb kerap2 diugut cerai ni mmg siapa je boleh tahan ustaz. Saya pun fikir anak je masih kecil.
Saya juga ada minta anak darinya jika betul nk berpisah tpi isteri saya mengugut untuk memberi bukti pada mahkamah dimana saya berlaku curang tahun lepas. Saya akui saya silap masa tu dan saya masih mempertahankan rumah tangga kami. Cuma yg saya terkilan bila di mana chat2 wanita tersebut tidaklah sehingga tahap ingin berlaku curang dan sbgainya kerana saya mmg betul2 membalas atas dasar sebagai seorang majikan sahaja dan isteri saya tetap ingin memfailkan cerai dan saya sudah rasa putus asa sgt untuk deny sebab saya tak buat salah apa lgi pun. Dlm rumah tangga kami ni kepercayaan dah tiada jdi apa pandangan ustaz ya. Saya buntu. Jdi yg terbaik pun masalah. Saya tak nak bila nnt asset yg saya beli atas nama beliau akan membebankan beliau sendiri akhirnye sebab mmg nama dia tpi bulanan adalah dari saya. Monthly yg saya estimate jika betul cerai adalah satu jalan terbaik isteri saya wajib ada 5k bulanan supaya rumah/kereta/e-filing masih xsettle/utility rumah skrg.
Situasi saya ialah isteri failkan penceraian kerana tidak puas hati dgn saya sebab saya kawin lagi 1. Saya cuba elakkn penceraian tetapi isteri tetap nak cerai. Akhirnya saya terpaksa lepaskan walaupun berat. Dah bercerai, isteri tuntut mcm2 hak dia.
Soalan saya, wajarkah isteri tuntut haknya walaupun dia yg mintak cerai. Mana keadilan untuk suami?
Bleh kah isteri minta cerai d sbb kn sikap laki yg panas baran suka maki hamun isteri wlaupun isteri tk buat silap.. Ermm penat nak hadap caci maki.. Dy pun dh banyak kali halau ak caci maki ak depan kluarga dy dpan orang lain.. Ak penat dh..