Niat Mufaraqah (Berpisah Daripada Solat Jemaah) Dan Hukumnya

mufaraqah

Apakah yang dimaksudkan dengan mufaraqah?

Panduan ini akan membincangkan perkara berkaitan mufaraqah dalam solat berjemaah.

Artikel ini juga turut menerangkan segala perkara yang harus dilakukan oleh makmum dalam solat.

Semoga bermanfaat..

Maksud Mufaraqah

Pengertian mufaraqah dari segi bahasa ialah berpisah atau meninggalkan.

Manakala dari segi istilah pula, pengertian mufaraqah itu adalah serupa sepertimana pengertiannya dari segi bahasa.

Pengertian mufaraqah dalam ibadat sembahyang pula jika dikaitkan mengikut makna dari segi bahasa ialah makmum berpisah daripada mengikut imam dalam sembahyang berjemaah.

Apabila makmum berniat mufaraqah maka terputuslah hubungan sembahyang makmum dengan sembahyang imam, dan apa juga hukum yang berlaku ke atas imam tidak akan menjejaskan hukum sembahyang makmum seperti hukum mengikut imam atau hukum imam terlupa atau tersilap.

Bagaimana Jika Imam Terlupa Atau Tersilap Melakukan Rukun Solat?

Apabila imam tersilap atau terlupa melakukan rukun sembahyang, maka makmum sunat mengingati imam dengan cara ucapan tasbih (Subhanallah) bagi makmum lelaki dan dengan cara tashfiq bagi makmum khunsa dan perempuan.

Jika imam menyedari akan kesilapannya lalu mengerjakan rukun yang tertinggal itu, maka wajib bagi makmum mengikut imam tersebut.

Akan tetapi jika imam tidak juga melakukan rukun yang tertinggal itu, makmum tidaklah boleh terus mengikut sembahyang imam tersebut malah haram hukumnya.

Oleh yang demikian makmum wajib berniat mufaraqah dan menyelesaikan sembahyangnya secara bersendirian.

YouTube video

Lafaz Niat Mufaraqah

Bagaimanakah niat mufaraqah dari solat berjemaah?

Sebenarnya mufaraqah tiada lafaz khas. Semuanya adalah ijtihad ulama’

Jika kita sudah berniat mufaraqah dalam hati, maka kita sudah terpisah dari jemaah tersebut.

Contoh lafaz niat mufaraqah yang boleh diniatkan:

  • “aku berniat mufaraqah”
  • “aku solat seorang diri..”
  • “aku sudah tidak mengikut imam..”
  • “aku tidak makmum lagi..”

… semua lafaz adalah betul.

Hukum Berniat Mufaraqah Dari Solat Berjemaah

Hukum mufaraqah boleh menjadi wajib, sunat, harus, makruh dan haram mengikut keadaan yang berlaku ke atas imam dan makmum.

1. Jika seseorang berniat mufaraqah (berpisah daripada imam) dan meneruskan solatnya secara bersendirian, hukumnya adalah harus jika ada keuzuran.

Jika tanpa sebarang keuzuran, makruh hukumnya kerana dia mufaraqah daripada solat jemaah yang dituntut sama ada tuntutan secara wajib atau pun sunat muakkad (sangat digalakkan).


2. Keuzuran yang membolehkan makmum niat mufaraqah:

  • Imam terlampau memanjangkan bacaannya.
  • Imam sengaja meninggalkan sunat ab’adh seperti tasyahhud awal dan qunut, maka harus makmum mufaraqah dengan tujuan untuk melakukan sunat itu.
  • Makmum mufaraqah kerana sakit yang dialaminya.
  • Bimbang mengantuk menguasainya atau sesuatu yang merosakkan solatnya.
  • Bimbang hilang atau binasa hartanya atau ketinggalan rombongannya.
Perhatian

Mufaraqah daripada imam disebabkan keuzuran tidak meluputkan fadilat berjemaah.

Bahkan kadangkala mufaraqah itu wajib, seperti berlaku sesuatu yang membatalkan solat imam.

Makmum tahu perkara itu, maka wajiblah dia berniat mufaraqah dengan segera.

Kalau tidak, batal solatnya walaupun dia tidak ikut perbuatan imam yang selanjutnya.

Kewajipan Setiap Makmum Dalam Solat

1. Wajib bagi makmum mengikuti imam dalam segala gerak solat tanpa mendahuluinya dan tanpa melakukan gerak solat serentak dengan gerak solat imamnya.

Kebiasaan para sahabat yang solat di belakang Rasulullah SAW tidak membongkokkan belakang untuk turun sujud sehingga mereka melihat Baginda telah pun sujud.


2. Jangan mendahului imam dengan dua rukun fi’li dan jangan ketinggalan daripada imam dengan dua rukun fi’li tanpa sebarang keuzuran.


3. Jangan menyalahi imam dalam perkara sunat yang dikira mencacatkan solat apabila menyalahinya.

Perkara-perkara sunat tersebut ialah:

i. Sujud Tilawah

Wajib mengikut imam (muwafaqah) mengerjakannya atau meninggalkannya. Menyalahi imam dalam melakukannya atau meninggalkannya membatalkan solat.

ii. Sujud Sahwi

Wajib muwafaqah imam mengerjakannya tetapi tidak wajib pada meninggalkannya, ketika imam melakukannya, wajib makmum turut melakukannya.

Sebaliknya jika imam meninggalkannya, makmum boleh melakukannya setelah pasti imam bukan memberi salam kerana lupa meninggalkan sujud sahwi.

iii. Tasyahhud Awal

Wajib muwafaqah imam pada meninggalkannya tetapi tidak pada mengerjakannya.

Jika imam meninggalkan tasyahhudawal, wajib makmum meninggalkan tasyahhud awal itu.

Jika dia melakukannya juga (pada ketika imam tidak melakukan itu) dianggap melakukan perbuatan tambahan yang tidak dilakukan oleh imam.

Namun begitu, jika imam melakukan tasyahhud awal, boleh makmum meninggalkan tasyahhud awal tersebut dan solatnya sah kerana dia hanya mendahului imamnya dengan satu rukun sahaja.

Perhatian

Doa qunut, tidak wajib mufaraqah pada mengerjakannya dan meninggalkannya.

Sah solat makmum yang tidak membaca qunut walaupun dia mengikut imam yang membaca qunut, dan begitulah juga sebaliknya.

Jika imam meninggalkan qunut, makmum masih boleh melakukannya dengan beberapa pertimbangan berikut:

  1. Sunat makmum mengerjakan qunut jika sempat dengan imam pada sujud yang pertama
  2. Harus baginya membaca qunut jika sempat dengan imam pada duduk di antara dua sujud.
  3. Tidak harus lagi melakukannya jika tidak sempat dengan imam kecuali dalam sujud yang kedua.

Makmum yang melakukan qunut yang ditinggalkan oleh imam tidak dianggap melakukan perbuatan tambahan yang tidak dilakukan oleh imam, tetapi dianggap memanjangkan apa yang telah dilakukan oleh imamnya iaitu iktidal.

Perbuatan ini dipanggil “mutakhallif”.

Kesimpulan

Hukum asal solat berjemaah adalah mesti mengikut pergerakan dan perbuatan Imam

Namun harus bagi makmum niat mufaraqah dengan imam dengan keuzuran dan menyempurnakan solat secara berseorangan jika berlaku perkara-perkara seperti yang dibincangkan di atas.

Semoga panduan ini memberi manfaat.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

17 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Izzam Sanif
Izzam Sanif
1 tahun yang lalu

assalamualaikum ustaz, saya nak tanya, apakah hukum jika seseorang itu berniat Mufaraqah kerana imam baca bacaan solat terlalu cepat dan seseorang itu takut jika surah atau bacaan didalam solatnya salah kerana imam terlalu cepat.

Zulkifli bin YUsof
Zulkifli bin YUsof
1 tahun yang lalu

Assalamualaikm Ust…Saya hendak betanya apa kah harus hukum nya makmum mencukupkan rukun yang ditinggal kan olih iimam tanpa niat mufaraqah,umpama meninggal sujud yg kedua dan imam terus berdiri setelahmengerjakan sujud yg pertama walaupun sudah ditegur dan juga tidak melewati 2 rukun fi’eli

syarief
syarief
3 tahun yang lalu

assalamualaikum ustadz. bagaimana jika kita melihat imam salah dalam rukun sholat, lalu kita berniat mufaraqah, tapi gerakan kita masih mengikuti imam, karena kita takut citra imam itu turun kalau kita mufaraqah. syukran ustadz. wassalamualaikum

Hasif Hamizan
Hasif Hamizan
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Ustaz imam dah naik rakaat seterusnya kita baru nak nak sujud pertama nk buat mcm mn?

Ilham
Ilham
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Untuk mengelakkan fitnah tidak mengapa kn

Illa
Illa
4 tahun yang lalu

Salam ustaz, blh beri pencerahan apa yg perlu dilakukan jika imam melakukan solat melebihi 4 rakaat?

Muhammad Nabil
Muhammad Nabil
4 tahun yang lalu

Ustaz, boleh ke niat mufarakah tp x jd mufarakah plak lps tu? Ataupun dh niat mufarakah tp perbuatan kita masih ikut imam?

Rins
Rins
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum saya hendak bertanya.
Ada seorang ini sampai pada satu RNR dalam waktu isyak dan ingin menunaikan solat jamak maghrib isyak dan apabila dia melihat seorang imam sedang solat, dia terus sertai tanpa mengetahui solat apakah yang dilakukan oleh imam tersebut. Jadi, orang tersebut sertai dengan niat hendak solat maghrib tapi apabila sampai rakaat ketiga, rupa2 nya imam tersebut buat solat isyak. Soalan saya adalah sahkah solat tersebut jika dia mufaraqah pada rakaat ketiga tersebut ataupun tak boleh melakukan mufaraqah dalam keadaan macam ini?

Mohon pencerahan ustaz terima kasih…

Rins
Rins
4 tahun yang lalu

Ustaz saya nk bertanya….. katakanlah ada seorang ni hendak melakukan jamak maghrib isyak. Selepas dia sampai RNR dalam waktu isyak, dia nampak satu imam dan byk makmum dan dia ikut solat tersebut dgn niat solat maghrib tetapi bila sampai pada rakaat ketiga, imam tersebut bangun kerana dia melakukan solat isyak…. Soalan saya adalah sahkah solat dia jika dia mufaraqah pada rakaat ketiga tersebut ataupun solatnya tidak sah kerana berlainan solat antara imam dgn makmum yg berbeza rakaat dgn maghrib mempunyai 3 rakaat manakala isyak 4 rakaat….

Tambahan: Orang itu tidak tahu apa solat yg dilakukan oleh imam tersebut tetapi hendak mendapatkan pahala jemaah so dia terus sertai solat tersebut.

Abu
Abu
4 tahun yang lalu

Assalammualaikum..
Cara mufaraqah itu bagaimana?.. Niat?.
Terima kasih..