Doa Makan & Doa Selepas Makan (Ejaan Rumi)

doa makan

Bagaimana doa makan yang ringkas?

Dalam artikel ini, saya tuliskan doa makan umum yang ringkas dan dipermudahkan dengan tulisan rumi.

Selain itu, saya juga turut menyenaraikan doa selepas makan dan doa selepas minum, yang juga turut dipermudahkan dengan ejaan rumi.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Doa Makan

اَللّٰهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

 Alloohumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa ‘adzaa bannar 

Maksudnya:

Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab api neraka”

 

Doa Selepas Makan

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِيْنَ

 Alhamdu lillaahil ladzii ath’amanaa wa saqoonaa wa ja’alnaa muslimiin 

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan kami dan minuman kami, serta menjadikan kami sebagai orang-orang islam”

 

Doa Selepas Minum

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ مِلْحًا اُجَاجًا بِذُنُوْبِنَا

 Alhamdu lillaahil ladzi ja’alahuu ‘adzbam furootam birohmatihii wa lamyaj’alhu milhan ujaajam bidzunuubinaa 

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air ini (minuman) segar dan menggiatkan dengan rahmat-Nya dan tidak menjadikan air ini (minuman) masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami”

 

Penutup: Berdoalah Untuk Mendapat Keberkatan

Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain yang mengiringi dan mendampingi kita.

Apabila kita makan tanpa berdoa misalnya, syaitan akan menumpang makan bersama-sama kita.

Akibatnya, makanan yang kita makan akan hilang keberkatannya.

Syaitan sentiasa menghasut dengan menimbulkan keraguan, ketakutan, kerakusan dan lain-lain rasa yang negatif dalam hati.

Inilah punca kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam kehidupan seseorang.

Jadi, hanya dengan mengingati Allah menerusi doa, kita mampu menghalau syaitan yang sentiasa mendampingi kita.

Jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi sarana atau input yang baik-baik ke dalam hati kita.

Kesannya, manusia yang sentiasa didampingi malaikat akan lebih terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya.

Oleh sebab itu berdoalah, insyaaAllah malaikat akan hampir, syaitan pula akan meminggir.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
3 tahun yang lalu

Semak semula ejaan dari bahasa arab yang cuba dirumikan. Salah sebutan bermaksud salah makna

Jazam al-Khair
Jazam al-Khair
3 tahun yang lalu
  1. Doa sebelum makan yang ditulis diatas itu sebenarnya adalah berdasarkan hadis yang munkar. Yang sunnah ialah baca bismlllah dan terus sahaja makan.
  2. Doa selepas makan yang diatas itu adalah berdasarkan hadis yang daif. Eloklah gunakan satu lagi hadis yang lebih sahih untuk diamalkan.
Fenddy abdullah
Fenddy abdullah
4 tahun yang lalu

Kebaikan kepada org yg ingin blajar ilmu agama.. Terimakasi