Dasar Hukum Islam (Maksud Sunat, Makruh, Haram, Wajib & Harus)

hukum islam

Apakah dasar hukum Islam?

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap dasar hukum dalam Islam seperti halal, haram, wajib, sunat dan sebagainya.

Pengenalan

Segala pertuturan, perlakuan, gerak hati, soal-soal ibadah, muamalat (berjual beli), berkeluarga, bermasyarakat dan segala macam aktiviti insan muslim harus mengambil kira hukum-hukum syariat.

Dalam Islam, terdapat beberapa dasar hukum yang harus kita ketahui dan fahami.

Ia adalah asas untuk menentukan setiap perbuatan kita.

Hukum-Hukum Dalam Islam

Dalam Islam terdapat beberapa hukum syarak yang harus diketahui.

Di bawah ini, setiap hukum tersebut diterangkan secara ringkas.

1. Takrif Halal

Halal bermaksud:

Sesuatu yang dibolehkan (tidak berdosa) memakai, memakan, atau mengerjakannya setelah ada pengesahan (sah) menurut syarak.

Firman Allah SWT:

Makanlah daripada yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan soleh.

Surah al-Mu’minun ayat 51

Allah SWT memerintahkan kita makan dan minum daripada bahan-bahan yang baik iaitu halal, suci lagi bersih sebelum melakukan ibadat dan amalan soleh lain.

Disamping itu, binatang yang boleh dimakan seperti kambing, ayam dan lembu perlu disembelih terlebih dahulu sebelum dimakan, sesuai dengan tuntutan Islam.


2. Hukum Haram

Haram bermaksud:

Sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkan dan berdosa apabila mengerjakannya di sisi syarak.

Hukum ini berlawanan dengan halal.

Terdapat hadis yang meriwayatkan daripada Nabi SAW:

Tidak akan masuk ke dalam Syurga daging dan darah yang tumbuh daripada (sumber) yang haram. Nerakalah lebih utama baginya

— Hadis riwayat Ibnu Hibban

Antara makanan atau minuman yang haram ialah daging babi, arak dan sebagainya.

Disamping itu, Islam juga menetapkan supaya kita menjauhi perbuatan-perbuatan haram seperti:

  • Memakan harta anak yatim
  • Menilik nasib
  • Bergaul bebas lelaki dan wanita yang bukan mahram
  • Berjudi
  • Membuka aurat (kecuali yang diharuskan oleh syarak)

… dan amalan-amalan lain yang dilarang.


3. Hukum Wajib

Wajib bermaksud:

Sesuatu yang diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa meninggalkannya.

Contohnya amalan solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadan dan sebagainya.

Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya solat (sembahyang) itu merupakan kewajipan yang telah ditetapkan atas orang Mukmin dan (Mukminah).

— Surah an-Nisa’ ayat 103

4. Hukum Sunat

Sunat bermaksud:

Sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya.

Contohnya, solat sunat, bersedekah, puasa sunat dan sebagainya.

Amalan-amalan sunat ini merupakan amalan tambahan atau sokongan untuk menampung mana-mana kekurangan dalam ibadat wajib yang kurang sempurna.

Di akhirat kelak, apabila setiap insan dihadapkan ke muka pengadilan Allah, setiap amalan wajib akan dinilai kesempurnaannya.

Jika kurang sempurna, maka ditanya pula tentang amalan-amalan sunat seperti solat sunat dan puasa sunat untuk menampalkan kekurangan pada amalan yang wajib.


5. Hukum Makruh

Makruh bermaksud:

Sesuatu amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa apabila mengerjakannya.

Amalan makruh seperti memakan makanan yang berbau seperti bawang mentah, petai dan segala makanan yang menyebabkan mulut berbau busuk sehingga mengganggu jemaah lain dalam solat juga dikira makruh.

Nabi SAW sendiri menggemari amalan-amalan sunat dan membenci perbuatan makruh yang mendekati haram.

Ibadat seperti solat yang dilakukan pada waktu-waktu yang tidak digalakkan adalah makruh seperti ketika matahari berada tegak di atas langit, terbit dan juga ketika terbenam.


6. Hukum Harus

Maksud harus adalah:

Sesuatu amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya seperti bersiar-siar, makan, minum dan sebagainya.


7. Hukum Sah

Maksud sah adalah:

Sesuatu amalan yang cukup rukun dan sempurna syaratnya menurut syarak.

Contohnya syarat sah solat adalah suci daripada hadas besar dan hadas kecil.

Amalan-amalan sama ada yang wajib ataupun yang sunat apabila tidak cukup rukun atau syaratnya dianggap batal atau tidak sah.

Ia tidak akan diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah dan dianggap sia-sia sahaja.

Hal ini menampakkan kejahilan seseorang itu dalam melaksanakan amal ibadahnya.


8. Hukum Batal

Maksud batal adalah?

Sesuatu amalan yang tidak cukup rukun dan syaratnya menurut syarak.

Contohnya, solat akan batal jika bergerak berturut-turut sebanyak tiga kali.

Penutup

Sebagai orang Islam, kita wajib untuk memahami segala rukun dan syarat dalam satu-satu amalan serta memberi perhatian pula kepada perkara-perkara yang boleh membatalkan amalan.

Ini khususnya amalan wajib seperti puasa, solat dan haji yang akan membawa kesempurnaan iman, islam dan akhlak umat Islam itu sendiri.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

16 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Contri
Contri
9 bulan yang lalu

Assalamualaikum apa hukum kalau orang itu menghalalkan apa yang haram ketika dia jahil pada masa itu dia seperti tidak tahu kalau menghalalkan apa yang haram boleh jatuh kafir / murtad tetapi terlanjur buat .

Contri
Contri
9 bulan yang lalu

Assalamualaikum nak tanya , apa hukum cakap “MACAM HAREY PERANGAI” atau macam cakap “COMPANY NI MACAM HAREY” , adakah seperti main main dengan hukum agama sebab kadang tercakap sebab cam loghat semua tu

Insan pening
Insan pening
1 tahun yang lalu

Jika kita tersalah. Baca dalam solat. Ada kah perlu di baca semula

emi
emi
2 tahun yang lalu

assalamualaikum ustaz, boleh tak bagi pencerahan tentang hukum ma’ani berkaitan isu copyright @ hakcipta..

Irfan
Irfan
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz,Kalau solat tak pakai kopiah atau songkok sah tak

F_sfqh
F_sfqh
3 tahun yang lalu

Abg,mcamne klau Mase tngh qiamullail Kite lupe nk menunaikan solat witir??

F_sfqh
F_sfqh
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Oh mcmtu,oke tq abg

Sham
Sham
3 tahun yang lalu

ini orang saitan dan salah ajar orang nie

Alif
Alif
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz,saya ada beberapa soalan.
1) adakah seseorang itu menjadi batal imannya( murtad) apabila dia merasakan dirinya telah murtad.
2)adakah menjadi murtad apabila terdapat bisikan hati yang mengatakan murtad.kadang perasaan ini selalu datang dan menyusahkan minda .. kadang ada soalan yg bukan2 datang dalam minda dan menyebabkan diri ini tertanya-tanya masih islam ka diri ini.. tapi saya yakin islam itu benar..kerana saya masih perlu belajar.
3adakah menjadi batal iman(murtad) jika kita terdetik dalam hati “betulkah islam ini” tetapi kita cepat2 menepis perasaan itu dengan mengatakan.
Tentu ada sebab kenapa islam buat begini dan saya perlu kaji…
4).Jika seseorang itu merasakan dirinya murtad bagaimana cara utk kembali kepada islam adakah cukup dengan bershahadah seorang diri…atau perlu ke pejabat agama..
Hal ini telah menyebabkan was – was dan menyusahkan minda..tapi saya yakin islam itu benar dan masih banyak perlu saya pelajari..
5).bagaimana cara bershahadah yg betul utk kembali kepada islam..kerana kita takut sebutan bahasa arabnya tidak betul..tetapi saya pandai mengucapkan shahadah kerana kita juga mengucapkan shahadah ketika solat..bagaimana agar saya yakin shahadah saya sah..saya ada mencari masalah ini di google dan hal ini sebenarnya adalah was-was dan gangguan syaitan..tetapi saya kurang pasti adakah betul yg saya buat iaitu mengucapkan shahadah berserta maksudnya (rumi) sendirian utk meyakinkan saya masih muslim. Adakah saya masih muslim??

Alif
Alif
Reply to  Muhamad Naim
4 tahun yang lalu

Alhamdulillah terima kasih Ustaz..trima kasih membantu saya..