
Apakah hukum ganti puasa bagi orang yang masih hidup?
Adakah ia sah?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALAN:Adakah dibolehkan kalau seorang itu tidak berpuasa tapi orang lain yang tolong melakukan puasa bagi dirinya?
Dan bagaimana pula kalau orang yang kita tolong puasakan untuknya itu orang yang uzur?
JAWAPAN:
Puasa yang dilakukan oleh seseorang untuk seseorang yang masih hidup adalah tidak sah samada dengan rela hati atau dengan upah.
Berkata Imam Nawawi:
ููุงู ุงููุงุถู: ูุฃุตุญุงุจูุง ุฃุฌู ุนูุง ุนูู ุฃูู ูุง ูุตูู ุนูู -ุฃู ุงูู ูุช- ุตูุงุฉ ูุงุฆุชุฉุ ูุนูู ุฃูู ูุง ูุตุงู ุนู ุฃุญุฏ ูู ุญูุงุชูุ ูุฅูู ุง ุงูุฎูุงู ูู ุงูู ูุช
Ertinya :
Dan telah berkata Al-Qadhi dan ulamak kami telah ijmak atas bahawasanya tidak boleh melakukan solat daripada mayat dan tidak boleh melakukan puasa dari seorang pun yang masih hidup.
Dan khilaf hanya berlaku pada masalah puasakan orang yang telah mati.โ
(Kitab Syarah Sahih Muslim)
Dan tidak ada beza samada orang yang hidup itu ada uzur atau tiada iaitu tidak sah orang lain yang berpuasa untuk dirinya.
Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:
ููุง ูุตุญ ุงูุตูู ุนู ุญู ุจูุง ุฎูุงู ู ุนุฐูุฑุงู ูุงู ุฃู ุบูุฑู
Ertinya :
Dan tidak sah puasa seseorang untuk orang yang masih hidup tanpa khilaf samada dia uzur atau pun tidak.โ
(Kitab Asnal Matalib)
wallahuaโlam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..