
Adakah suami berhak ke atas duit isteri?
Dan apakah hukum suami mengawal duit isteri?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Saya seorang isteri yang bekerja dengan izin suami saya dan saya mempunyai pendapatan bulanan.
Yang menjadi persoalan saya ialah suami saya membuat peraturan yang mana dia akan simpan separuh dari gaji yang saya terima dan separuh lagi untuk perbelanjaan tapi saya tidak setuju.
Adakah suami berhak atas duit isteri ustaz?
JAWAPAN:
Peraturan syarak menetapkan dalam pendapatan isteri itu suami tidak ada hak atasnya manakala dalam pendapatan suami itu isteri ada hak atasnya.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah, ertinya:
Telah berjalan oleh majoriti ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan yang paling kuat disisi mazhab Hanbali kepada bahawasanya perempuan yang telah baligh dan cerdik adalah dia berhak membelanjakan hartanya sendiri dengan bersedekah atau berjual beli samada perempuan tersebut sudah berkahwin atau belum berkhawin.
Dan atas yang demikian itulah tidak wajib atas perempuan itu meminta izin suaminya jika dia hendak bersedekah.”
Kesimpulan
Jika isteri tidak bersetuju wangnya diambil oleh suami maka suami tidak boleh mengambilnya.
Isteri boleh membelanjakan wangnya sendiri tanpa wajib meminta izin suaminya terlebih dulu tetapi sunat isteri memberitahu suaminya tentang perbelanjaannya.
Ada pun jika isteri mahu berbelanja wangnya sendiri kepada perkara lagha atau perkara maksiat maka suami ada hak melarangnya dan isteri wajib taat apabila suaminya melarang pada masalah seperti ini.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Dari saya kahwin smpai sekarang, suami masih guna duit saya.. kalau saya x setuju, maka dia akan mengamuk dan kata saya ni kedekut dan berkira. Dr kahwin juga, saya tak dapat nak berikan sedikit gaji saya utk ibu saya sendiri. Tahun 2021,suami x nak bekerja atas alasan penat, tetapi masih ada komitmen yg perlu dibyr spt kereta & rumah sndiri. Sebaliknya secara halus minta saya take over tanggungjwb dia. Sehgga kini saya bekerja, dan membayar kereta & rumah, juga pinjaman ptptn saya. Suami dirumah dengan alasan menghantar anak2 kesekolah. Dan menetapkan penggunaan gaji saya sndiri. Saya buntu dan sedih. Bila dinasihat, dikata kurang ajar dan isteri yang menyakitkan hati suami. Kadang2 saya terfikir nak lari je rumah ibu saya. Tp fikirkan anak2 yg masih kecil. Saya pause sekejap.
Puan, saya benar-benar simpati dan memahami betapa beratnya ujian yang sedang puan hadapi.
Dalam Islam, tanggungjawab memberi nafkah itu adalah kewajipan suami, bukan isteri. Harta dan gaji puan adalah hak puan sepenuhnya. Jika suami memaksa atau memarahi kerana puan mempertahankan hak sendiri, itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dibiarkan berterusan.
Saya nasihatkan puan untuk dapatkan bantuan kaunseling di Jabatan Agama terdekat, atau hubungi Talian Nur 15999. Mereka boleh bantu secara profesional, dan jika perlu, memanggil suami untuk sesi kaunseling bersama. Jangan tanggung semua ini seorang diri.
Kalau puan rasa tidak selamat secara emosi atau fizikal, berbincanglah dengan keluarga terdekat dan rancang langkah seterusnya demi keselamatan diri dan anak-anak. Dalam masa yang sama, jangan lupa teruskan doa dan bergantung penuh kepada Allah ﷻ.
Semoga Allah kuatkan hati puan, beri jalan keluar yang terbaik, dan pelihara puan serta anak-anak. Aamiin.