Adakah Wajib Melakukan Solat Taubat Jika Ingin Bertaubat?

adakah wajib solat taubat

Adakah wajib melakukan solat taubat jika ingin bertaubat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah kalau kita hendak bertaubat diwajibkan kita tunaikan sembahyang sunat taubat?

Apa yang hendak dibaca selepas menunaikan solat taubat itu?


JAWAPAN

Semua manusia melakukan dosa tetapi tidak semua manusia melakukan taubat.

Oleh itu sebaik-baik orang yang melakukan dosa ialah orang yang bertaubat dari dosanya itu.

Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. Rasululah saw bersabda :

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Sekelian manusia itu melakukan kesalahan dan dosa dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa itu ialah orang yang bertaubat.”

(Hadith riwayat Imam At-Tirmizi)

Rukun taubat itu tiga perkara iaitu :

  1. Berhenti melakukan dosa
  2. Menyesal melakukan dosa kerana takut kepada Allah
  3. Berazam sungguh-sungguh untuk tidak mengulangi dosa tersebut.

Siapa yang telah melakukan tiga perkara ini maka dia telah bertaubat dengan taubat nasuha.

Akan tetapi disunatkan mengerjakan solat sunat taubat sekurangnya dua rakaat kerana mengikut perintah Rasulullah saw.Telah diriwayatkan daripada Abu Bakar r.a. katanya aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا، ثُمَّ يَقُومُ فَيَتَطَهَّرُ، ثُمَّ يُصَلِّي، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ، إِلَّا غَفَرَ اللَّهُ لَهُ

Tiada dari seorang lelaki yang melakukan suatu dosa kemudian dia bersuci lalu sembahyang ia kemudian beristighfar memohon ampun akan Allah melainkan Allah akan mengampunkan baginya.”

(Hadith riwayat Imam At-Tirmizi)

Dan daripada hadith ini diketahui bahawa yang afdhal dilakukan selesai dari sembahyang sunat taubat itu ialah membanyakkan istighfar.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

5 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hamba Allah
Hamba Allah
3 tahun yang lalu

Tolong la ustaz sy serik dh tp masih berlaku juga adakah itu kehendak yg maha esa

Hamba Allah
Hamba Allah
3 tahun yang lalu

Salam ustaz saya sering melakukan dosa maksiat yg sama sy taubat tp buat lg apakah dosa sy diampunkan

Adha
Adha
Reply to  Hamba Allah
2 tahun yang lalu

Itu tandanya di saat kamu melakukan maksiat,Allah memberi hidayah nya kpd kamu,dan kamu berniat untuk berubah,teruskan lagi bertaubat,jgn mudah putus asa dari hasutan syaithon5

Tiara95
Tiara95
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz”
Ustaz saya nak tanya”
tata cara solat taubat ni
kalau Di lakukan untuk 2 Rakaat”
sama je ke tata cara macam solat subuh
maksud saya
Tata cara solat taubat ni sama ke ke macam solat Subuh