Hukum Tolong Jualkan Barang Orang Lain, Adakah Sah Jual Beli?

Tolong Jualkan Barang

Apakah hukum tolong jualkan barang orang lain?

Adakah sah jual beli tersebut?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ada satu persoalan berkenaan jual beli.

Jika seorang pergi ke kedai hendak membeli satu barang tetapi pekedai tidak ada kerana keluar pergi solat lalu seorang penjual yang kedainya bersebelahan dengan kedai tadi tolong jualkan barang tersebut.

Adakah sah jual beli ini? Jika tidak sah adakah kena pulang semula barang yang dibeli itu?


JAWAPAN

Dalam persoalan seperti ini tidak sah jual beli tersebut kerana peniaga yang menjualkan barang tersebut bukan pemilik kedai yang hendak dibeli itu melainkan pemilik kedai itu ada mewakilkan kepadanya.

Misalnya berkata pemilik kedai ‘saya hendak keluar sekejap maka jika ada orang hendak beli sesuatu saya wakilkan kepada kamu menjualnya dengan harga yang telah ditetapkan’ maka jual beli seperti ini adalah sah kerana pemilik barang telah mewakilkan kepadanya.

Berkata Syeikh Sulaiman Bujairimi:

والشرط الثالث ما ذكره بقوله (مملوك) أي أن يكون للعاقد عليه ولاية ، فلا يصح عقد فضولي

Dan syarat yang ketiga hendaklah barang tersebut dimiliki artinya hendaklah yang menjual mempunyai kuasa atas barang tersebut maka tidak sah akad fudhuli.”

(Kitab Hasyiah Bujairimi ala Al-Khatib)

Erti akad fudhuli ialah menjual barang milik orang lain atau barang yang dia tiada kuasa atasnya.

Tersebut pada kitab Dalil Al-Muhtaj:

والفضولي هو البائع لملك غيره بغير إذنه ولا ولاية

Jual fudhuli ialah menjual barang milik orang lain tanpa izin dan tiada kuasa atasnya.”

Jualan seperti ini tidak sah dan wajib mengembalikan barang tersebut kepada pemiliknya dan mengambil semula wangnya.

Berkata Syeikh Syihabudin Ramli:

لَا يَحِلُّ لِلْآخِذِ لَهُ التَّصَرُّفُ فِيهِ لِأَنَّهُ يَجِبُ عَلَى كُلٍّ مِنْهُمَا رَدُّ مَا أَخَذَهُ عَلَى مَالِكِهِ

Tidak halal mengambil harta itu dan menggunakannya kerana sungguhnya wajib atas keduanya mengembalikan barang yang telah didapatnya kepada pemiliknya.”

(Kitab Fatawa Ramli)

Kesimpulannya tidak boleh orang yang bukan pemilik barang memandai-mandai menjual barang yang bukan miliknya.

Jika pemilik barang memberi izin atau mewakilkannya menjual barang itu nescaya sah jualbeli tersebut dan harus hukumnya.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments