Apakah hukum solat qadha berjemaah?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANAdakah boleh apabila sekumpulan orang yang mempunyai qadha mereka kerjakan qadha tersebut dengan berjemaah?
Bagaimana kalau setengahnya menunaikan qadha yang berlainan rakaat seperti maghrib dengan isyak?
JAWAPAN
Hukum melakukan solat qadha secara berjemaah adalah harus tanpa khilaf.
Berkata Imam Nawawi:
Tiada khilaf antara ulamak pada harus berjemaah pada solat qadha melainkan apa yang dihikayatkan dari Al-Laith bin Saad dari menegah yang demikian itu.”
(Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)
Jika imam solat qadha subuh maka makmum seperti solat orang yang masbuk iaitu menambah rakaat selepas imam salam.
Dan sah menurut pendapat yang azhar jika imam empat rakaat dan makmum dua rakaat maka jika imam berdiri ke rakaat yang ketiga harus bagi makmum niat mufaraqah dan harus makmum tunggu didalam tahiyat untuk salam bersama imam.
Berkata Imam Nawawi:
Dan sah ikutan orang solat tunai dengan imam yang qadha dan orang yang solat fardu dengan imam yang solat sunat dan sah yang solat zuhur dengan imam yang solat asar dan sebaliknya.
Dan begitu juga sah yang solat zuhur dengan imam yang solat subuh dan maghrib dan yaitu seperti seorang masbuk.
Dan tiada mengapa mengikut imam pada membaca qunut dan duduk tahyat akhir pada solat maghrib.
Dan harus baginya untuk mufaraqah dari imam.
Dan harus solat subuh dibelakang imam yang solat zuhur menurut qaul yang azhar.
Maka apabila imam berdiri rakaat ketiga maka jika makmum mahu dia boleh niat mufaraqah dan memberi salam dan jika makmum mahu dia boleh menunggu untuk bersalam bersama imam.”
(Kitab Minhaju At-Talibin)
Dan pada solat qadha yang bersamaan imam dengan makmum seperti imam dan makmum sama-sama ketinggalan solat asar atau zuhur maka ulamak berkata dengan sunat berjemaah pada melakukan qadhanya.
Berkata Imam Nawawi:
Maka solat qadha secara berjemaah itu bukanlah fardu ain atau fardu kifayah tanpa khilaf akan tetapi disunatkan berjemaah pada solat qadha yang bersamaan imam dan makmum padanya seperti keduanya telah terluput solat zuhur atau asar.”
(Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
thanks