
Apakah hukum solat dengan baju yang terkena percikan air jalanan?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANSaya hendak tanya satu soalan kalau kita pergi ke masjid untuk sembahyang samada berjalan kaki atau menaiki motosikal atau basikal pada ketika hujan kemudian bila sampai di masjid kita nampak baju atau kain sudah terpercik air yang kotor dari jalan yang basah.
Adakah boleh kita sembahyang memakai baju itu atau kena bersihkan dulu atau kena pakai baju yang lain?
JAWAPAN
Pakaian yang terkena percikan air yang kotor yang ada pada jalan yang kita lalui adalah dimaafkan pada syarak kerana sukar memeliharanya dari terpercik.
Maksudnya sah sembahyang dengan memakainya dan tetapi membersihkannya terlebih dulu adalah afdhal.
Berkata Imam Ghazali:
Dimaafkan dari tanah segala jalan pada barang yang keuzuran memelihara daripadanya pada kebiasaan.”
(Kitab Al-Wajiz)
Dan jika air yang terpercik pada pakaian itu najis maka jika sedikit dimaafkan dan jika banyak tidak dimaafkan seperti najis yang lain.
Telah berkata oleh Imam Ar-Rafi’I:
Dan ada pun kotoran yang diyakini najisnya maka dimaafkan jika sedikit daripadanya dan jika banyak maka tidak dimaafkan daripadanya sama seperti sekelian najis.”
(Kitab Syarah Al-Wajiz)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Assalammualaikum sy. Nk bertanya. Situasi Di mana kerja2 selenggara paip saluran lantai tandas dilakukan terdapat pokok lumut didalm sluran. Sekiranya terjatuh pokok2 lumut Yang tumbuh didalam saluran paip terjauh kedalam tong tadahan air(saiz tong sampah Hitam) Adakah air tersebut dianggap najis Dan bila terkena pakaian solat Akan JD tidak sah? Kerana sy mengalami keraguan pokok Dan sampah tersebut dianggap najis kerana air yg lalu disaluran tersebut Adalah air najis Dan juga air bersih selepas basuhan najis
Waalaikumussalam warahmatullah,
Dalam situasi tersebut, pokok lumut yang tumbuh dalam saluran paip itu sendiri tidak dikira sebagai najis. Tetapi, sekiranya jelas pokok lumut itu bercampur atau terkena secara langsung najis yang nyata (contohnya najis manusia, air kencing, atau kotoran lain yang jelas najis), maka pokok tersebut dianggap telah terkena najis.
Jika pokok lumut yang sudah terkena najis ini jatuh ke dalam tong tadahan air yang bersih, maka air itu boleh menjadi najis sekiranya ia mengubah warna, rasa, atau bau air tersebut. Namun, jika pokok lumut tadi tidak terkena najis secara jelas atau air dalam tong tadahan tidak mengalami perubahan (warna, bau, atau rasa), maka air itu tetap dianggap suci.
Jika air itu jelas najis, pakaian yang terkena air tersebut perlulah dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk solat. Tetapi jika tiada bukti yang pasti air itu najis, maka ia dianggap suci, dan solat dengan pakaian tersebut tetap sah.
Semoga Allah mempermudahkan urusan tuan.