Hukum Sembelih Haiwan Korban Pada Waktu Malam

Sembelih Haiwan Korban

Apakah hukum sembelih haiwan korban pada waktu malam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ada soalan berkenaan ibadah korban iaitu haruskah kalau haiwan korban disembelih pada waktu malam?


JAWAPAN

Hukum sembelih haiwan korban pada waktu malam adalah makruh dan ada pun korbannya itu sah.

Inilah pendapat mazhab Syafie dan jumhur ulamak.

Akan tetapi sekiranya tidak sempat sembelihnya pada siang hari lalu disembelih pada malam hari atau sebab pada siang hari sukar dijumpai orang miskin untuk menerima sedekah daging dan jika pada waktu malam senang di dapati orang miskin yang akan menerimanya maka tidak makruh sembelih pada waktu malam.

Tersebut pada kitab Al-Mausua’tul Fiqhiya:

Dan ulamak mazhab Syafie mengecualikan dari makruh sembelih korban pada waktu malam jikalau kerana ada hajat padanya seperti sibuk dengan urusan pada siang harinya yang menghalang dari sembelih atau ada kemasalahatan ramai faqir miskin pada malam hari dan mudah mereka menghadirkan diri.”


Kesimpulannya makruh sengaja sembelih haiwan korban pada waktu malam tanpa sebarang uzur.

Jika ada uzur maka tidak makruh sembelih haiwan korban pada malam hari.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments