Bagaimana selawat nabi yang paling ringkas?
Lafaz bacaan selawat nabi yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Daripada hadis An-Nasae’i: 1292, sahih.
Selawat Yang Afdal Di Ucapkan
Apakah lafaz selawat yang afdal untuk diucapkan?
Terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi SAW telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.
Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA.
Beliau menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada baginda.
Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah:
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad, Kama Sollaita ‘Ala Aali Ibraahim Innaka Hamidun Majid
Allahumma Baarik ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad, Kama Baarakta ‘Ala Aali Ibraahim Innaka Hamiidun Majid
Maksudnya:
Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”
Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai jawapan kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda.
Selawat ini juga dikenali sebagai Selawat Ibrahimiah.
Maka adalah logik untuk dikatakan lafaz ini sebagai lafaz paling afdhal dalam berselawat.
Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:
Apa yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam membaca selawat) ini setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu adalah nas selawat yang paling utama kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.”
[Fathul Bari: 11/66].
Panduan Selawat Lengkap
- Ikuti panduan selawat Nabi lengkap pada pautan ini: Selawat Nabi (Himpunan Lengkap)
Tinggalkan Komen Anda..
Selawat Ibrahimiah dalam tulisan Bahasa Arab nya tak Sempurna.
Assalammualaikum.sy baru darjah 5 dan sekarang baru sy tau tentang ni
Assalamualaikum minta halal.. sy share page ini kepada rakan sy.. dan sy ade screenshot page ni juga. Terima kasih atas pengkongsian.