Apakah hukum rukuk tanpa tumakninah?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANAda setengah orang yang sembahyang masa rukuk terlalu laju sampai tidak sempat baca apa-apa sudah angkat kepalanya.
Adakah sah sembahyang kalau rukuk tidak ada tumakninah seperti itu?
JAWAPAN
Diantara syarat sah rukuk ialah tumakninah.
Tumakninah ertinya berhenti segala anggota selepas turun dari qiam sebelum bangun kepada iktidal.
Hukum tumakninah di dalam rukuk ialah wajib.
Berkata Syeikh Khatib Syarbini:
Dan disyaratkan pada sah rukuk itu hendaklah dengan tumakninah kerana berdalil dengan hadith lelaki yang buruk sembahyangnya yang telah lalu. Dan sekurang-kurang tumakninah ialah bahawa tetap segala anggotanya dalam keadaan rukuk sekira-kira berpisahlah angkat kepalanya dari rukuk dari tunduknya kepada rukuk.”
(Kitab Mughni Al-Muhtaj)
Dan berkata Imam Taqiyyudin:
Kemudian sekurang-kurang tumakninah ialah diam ia sampai tetap semua anggotanya pada tunduk rukuk itu dan berpisah tunduknya dari angkat kepalanya.”
(Kitab Kifayatul Akhyar)
Dan berkata Imam Ibnu Naqib As-Sayfie:
Dan wajib tumakninah dan sekurang-kurang tumakninah itu ialah diam selepas geraknya dan tiadalah qasad dengan turunnya selain dari rukuk.”
(Kitab Umdatus Salik)
KESIMPULAN
Wajib tumakninah ketika rukuk maka jika tidak ada tumakninah di dalam rukuk nescaya rukuknya itu tidak sah.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..