Jenis Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Apakah jenis pergerakan yang membatalkan solat dan dibenarkan dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya masih tidak faham mana satukah pergerakan dalam sembahyang yang membatalkan dan yang dimaafkan.

Minta ustaz jelaskan. Terima kasih.


JAWAPAN:

Antara perbuatan yang membatalkan solat ialah bergerak anggota berat sebanyak tiga kali berturut-turut atau sekali sahaja perbuatan yang melampau yang menyebabkan hilang rupa orang yang sedang solat walau pun sebab terlupa.

Dan yang keempat ialah bergerak orang yang solat dengan satu gerakan yang melampau atau tiga gerakkan yang berturut-turut samada ia sengaja atau lupa atau jahil.”

Contohnya sekali gerakan yang melampau itu ialah sekali melompat maka batal solatnya walau pun bukan ia sengaja seperti melompat kerana terkejutkan cicak yang jatuh di atas kakinya kerana tiada lagi rupa orang yang sedang melakukan solat.

Dan contoh tiga gerakan berturut-turut itu seperti seorang yang menggaru kaki kanannya dengan kaki kirinya tiga kali gerakan atau membetulkan kopiahnya dengan tiga kali angkat berturut-turut angkat.

Jika gerakan tersebut tidak berturut turut seperti pada rakaat pertama dia membetulkan kopiahnya dengan tangan dan pada rakaat keduanya dia mengambil kopiiahnya yang jatuh dan pada rakaat ketiga dia membetulkan lagi kopiahnya itu maka tidak batal solatnya walau pun hilang pahala khusyuknya.

Dan gerakan yang tidak membatalkan solat ialah gerakan yang sedikit atau gerakan yang ringan seperti menggerakkan jarinya atau kelopak matanya atau lidahnya.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

Tidak batal solat dengan sebab gerakan yang ringan sekali pun banyak dan berturut-turut bahkan makruh hukumnya seperti menggerakkan satu jari atau segala jari pada menggaru serta tidak bergerak tapak tangannya atau kelopak matanya atau bibirnya atau zakar atau lidah kerana sungguhnya ia mengikut bagi tempatnya yang kekal seperti jari-jarinya.”

Gerakan sedikit seperti kepala bergerak ketika membaca maka tidak membatalkan solat kerana gerakan tersebut adalah sedikit.

Dan contoh gerakan anggota berat yang sedikit tidak membatalkan itu ialah bergerak dua tangannya selepas berdiri dari rukuk kepada iktidal.

Begitu juga jika menggerakkan jari sekalipun berturut-turut kerana jari adalah anggota yang ringan maka tidak batal solat sebab menggaru dengan jari berulang-ulang dengan syarat hanya jari yang bergerak bukan tapak tangannya.

Ada pun jika tapak tangan bergerak sama ketika menggaru itu tiga kali berturut-turut maka batal solatnya kerana tapak tangan adalah anggota yang berat.

Akan tetapi jika mengerakkan jari dengan tujuan bermain-main maka batal solatnya sekalipun jari itu adalah anggota yang ringan kerana orang yang niat bermain adalah orang yang tidak lagi berniat untuk solat.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

280 thoughts on “Jenis Pergerakan Yang Membatalkan Solat”

  1. Assalamualaikum ustaz. Jika kita sedang rukuk, mula2 nak tunduk sedikit badan, kemudian ternaik badan sedikit, kemudian tertunduk sedikit badan, lintasan hati kata saya tak sengaja bergerak 3 kali, dan saya mengiyakan, tapi lintasan hati kata nak hentikan solat sebab dah batal solat, Tp sy abaikan lintasan hati tu, adakah pergerakan itu membatalkan solat ustaz, sebab nk bg ingat yang saya dah rukuk dengan tomakninah.

    Reply
    • Waalaikumussalam.

      Dalam situasi puan, solat tidak batal insya-Allah. Pergerakan turun–naik sedikit ketika nak masuk rukuk (sebelum betul-betul tetap dalam rukuk) biasanya dikira pelarasan/gerak kecil, bukan “3 gerakan besar berturut-turut” yang membatalkan.

      Yang penting:

      • Pastikan puan betul-betul sampai rukuk (belakang membongkok yang munasabah) dan kemudian tuma’ninah seketika (tenang) sekurang-kurangnya sempat membaca “Subhana rabbiyal ‘azim” sekali.
      • Lintasan hati yang kata “dah 3 kali, solat batal” itu kebanyakannya waswas. Kaedahnya: yakin tidak hilang dengan syak. Selagi puan tak yakin benar-benar buat gerakan besar 3 kali berturut-turut, anggap solat sah dan teruskan.

      Jadi, abaikan waswas itu, tenangkan diri dalam rukuk, cukupkan tuma’ninah, dan teruskan solat seperti biasa.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  2. Assalamualaikum ustaz. Jika hendak memberi salam, saya rasa ada tersasar sedikit kiblat sebab sebelum salam saya ada lakukan sujud sahwi, lalu saya alihkan badan saya, ketika nak alihkan badan, pinggang sakit dan rasa duduk x selesa lalu saya alihkan badan saya untuk hadap kiblat perlahan-lahan, tapi rasa macam banyak pergerakan. Lalu lintasan hati kata, saya sengaja menggerakkan badan, sedangkan niat saya nak bagi dada hadap kiblat. Lalu saya abaikan lintasan hati dan terus lafaz salam. Sah ke solat saya ustaz jika byk pergerakan ketika nak pastikan dada hadap kiblat?

    Reply
    • Waalaikumussalam.

      Solat puan sah insya-Allah.

      1. Membetulkan kedudukan badan supaya dada tepat menghadap kiblat adalah pergerakan kerana hajat, bukan pergerakan sia-sia. Pergerakan kerana hajat seperti membetulkan arah kiblat, melapangkan rasa sakit atau tidak selesa, tidak membatalkan solat.
      2. Yang membatalkan solat ialah pergerakan besar yang banyak, berturut-turut, tanpa keperluan, sampai orang yang melihat menyangka kita tidak sedang solat. Dalam keadaan puan, puan masih duduk tasyahhud dan hanya melaras kedudukan perlahan-lahan kerana sakit pinggang dan untuk menghadap kiblat. Ini dikira pergerakan sedikit dan dibenarkan.
      3. Lintasan hati yang berkata “sengaja gerakkan badan” itu lebih kepada waswas. Hakikatnya niat puan ialah untuk membetulkan arah dada ke kiblat dan mencari posisi duduk yang sesuai, bukan bermain-main atau meninggalkan solat.

      Jadi, pergerakan ketika membetulkan hala kiblat sebelum salam itu tidak membatalkan solat, dan solat puan dikira sah, insya-Allah. Usah diikut sangat waswas, fokuskan hati dan pandangan ke tempat sujud.

      Wallahu a‘lam.

      Reply

Leave a Comment