
Apakah jenis pergerakan yang membatalkan solat dan dibenarkan dalam solat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Saya masih tidak faham mana satukah pergerakan dalam sembahyang yang membatalkan dan yang dimaafkan.
Minta ustaz jelaskan. Terima kasih.
JAWAPAN:
Antara perbuatan yang membatalkan solat ialah bergerak anggota berat sebanyak tiga kali berturut-turut atau sekali sahaja perbuatan yang melampau yang menyebabkan hilang rupa orang yang sedang solat walau pun sebab terlupa.
Dan yang keempat ialah bergerak orang yang solat dengan satu gerakan yang melampau atau tiga gerakkan yang berturut-turut samada ia sengaja atau lupa atau jahil.”
Contohnya sekali gerakan yang melampau itu ialah sekali melompat maka batal solatnya walau pun bukan ia sengaja seperti melompat kerana terkejutkan cicak yang jatuh di atas kakinya kerana tiada lagi rupa orang yang sedang melakukan solat.
Dan contoh tiga gerakan berturut-turut itu seperti seorang yang menggaru kaki kanannya dengan kaki kirinya tiga kali gerakan atau membetulkan kopiahnya dengan tiga kali angkat berturut-turut angkat.
Jika gerakan tersebut tidak berturut turut seperti pada rakaat pertama dia membetulkan kopiahnya dengan tangan dan pada rakaat keduanya dia mengambil kopiiahnya yang jatuh dan pada rakaat ketiga dia membetulkan lagi kopiahnya itu maka tidak batal solatnya walau pun hilang pahala khusyuknya.
Dan gerakan yang tidak membatalkan solat ialah gerakan yang sedikit atau gerakan yang ringan seperti menggerakkan jarinya atau kelopak matanya atau lidahnya.
Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :
Tidak batal solat dengan sebab gerakan yang ringan sekali pun banyak dan berturut-turut bahkan makruh hukumnya seperti menggerakkan satu jari atau segala jari pada menggaru serta tidak bergerak tapak tangannya atau kelopak matanya atau bibirnya atau zakar atau lidah kerana sungguhnya ia mengikut bagi tempatnya yang kekal seperti jari-jarinya.”
Gerakan sedikit seperti kepala bergerak ketika membaca maka tidak membatalkan solat kerana gerakan tersebut adalah sedikit.
Dan contoh gerakan anggota berat yang sedikit tidak membatalkan itu ialah bergerak dua tangannya selepas berdiri dari rukuk kepada iktidal.
Begitu juga jika menggerakkan jari sekalipun berturut-turut kerana jari adalah anggota yang ringan maka tidak batal solat sebab menggaru dengan jari berulang-ulang dengan syarat hanya jari yang bergerak bukan tapak tangannya.
Ada pun jika tapak tangan bergerak sama ketika menggaru itu tiga kali berturut-turut maka batal solatnya kerana tapak tangan adalah anggota yang berat.
Akan tetapi jika mengerakkan jari dengan tujuan bermain-main maka batal solatnya sekalipun jari itu adalah anggota yang ringan kerana orang yang niat bermain adalah orang yang tidak lagi berniat untuk solat.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Assalamualaikum tuan, ketika solat zuhur tadi dalam keadaan sujud, tangan saya tidak sepenuhnya bersentuh tempat sujud kerana tempat sujud saya iaitu tikar tidak rapat, semasa itu solat berjemaah, jadi susah untuk alihkan tikar, bahagian yg tidk kena tersebut pada bahagian tengah tapak tangab, dan rasa seperti terapung kerana tikarnya tebal.
Jadi apakah ianya sah tuan?
Terima kasih
Waalaikumussalam warahmatullah.
Dalam sujud, setiap tapak tangan mesti menyentuh tempat sujud walaupun hanya sebahagian, tidak wajib rata seluruh tapak.
Ini pandangan sahih dalam mazhab Syafi‘e dan Hanbali; asalkan ada sebahagian tapak tangan yang stabil menyentuh lantai/tikar, sujud sah, cuma lebih sempurna jika seluruhnya mencecah.
Namun jika benar-benar tiada langsung bahagian tangan yang menyentuh (tangan “terapung”), sujud tersebut tidak dikira kerana Nabi ﷺ mewajibkan tujuh anggota sujud termasuk dua tapak tangan.
Dalam situasi tuan:
Sebagai langkah berjaga-jaga, pilih tikar yang lebih rata atau rapatkan tapak tangan sedikit agar terasa betul-betul menekan permukaan.
Semoga Allah menerima solat tuan. Aamiin.
Assalamualaikum tuan
Saya sangat suka bermain game free fire dan telah menjadi gane favourite saya, tapi game tersebut telah mengeluarkan skin tung³ sahur yg tngh viral skrg ni.
Soalan saya, apakah ia seperti ada unsur menghina agama? Jika ianya ad, bolehkah saya bermain game tersebut hanya untuk keseronakan?
Terima kasih banyak²
Waalaikumussalam,
Setakat ini, tiada bukti kukuh yang sahih menunjukkan skin “Tung Tung Sahur” dalam game Free Fire mengandungi unsur yang jelas menghina agama. Ia lebih kepada parodi budaya internet yang tular semasa Ramadan, bukan ciptaan rasmi untuk mengejek Islam.
Namun begitu, jika awak rasa waswas atau tidak selesa, elok tinggalkan skin tersebut atau jauhi game itu sementara sebagai langkah berjaga-jaga. Rasulullah ﷺ bersabda: “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu…” (HR al-Tirmizi).
Jika yakin game tersebut tidak menghina dan awak hanya bermain untuk hiburan tanpa lalai dari kewajipan, insyaAllah tiada masalah. Yang penting, iman dan ketenangan hati awak sendiri menjadi panduan utama.
Semoga Allah memelihara kita daripada perkara yang meragukan, dan memberkati waktu kita dengan perkara yang bermanfaat.
Alhamdulillah, terima kasih banyak² tuan.
Semoga ALLAH membalas jasa tuan.
Salam ustaz, saya ingin bertanya. Dimana ketika rukuk, kekadang tangan jadi licin dan mengelungsur sedikit disebabkan oleh kain telekung Dan kita naikkan untuk betulkan balik kedudukan tangan td, adakah pergerakan tersebut dikira pergerakan sedikit?
Waalaikumussalam,
Pergerakan seperti membetulkan tangan yang mengelungsur ketika rukuk dikira pergerakan kecil dan tidak membatalkan solat, selagi dilakukan dengan tertib dan tidak keterlaluan.
Perkara seperti ini dianggap keperluan semasa solat dan tidak menjejaskan kesahihan solat puan. Teruskan solat seperti biasa.
Wallahu a‘lam.
terima kasih ustaz, ada 1 lagi pertanyaan. satu ketika tgh solat, saya dapat merasakan ada sisa makanan didalam hujung lidah(bahagian dalam), saya gerakan dagu sedikit utk menghasilkan air liur supaya boleh mengerakan sisa tersebut lalu mengunakan tangan utk buang sisa. adakah pergerakan tersebut masih dikira pergerakan kecil atau besar?
gerakan dagu tu seperti gerakan rahang sedikit(lebih kurang 2 kali gerakan kecil)
Waalaikumussalam
Gerakan yang awak lakukan dua kali menggerakkan dagu/rahang secara ringkas lalu tangan cepat membuang sisa makanan dikira gerakan kecil dan sedikit yang darurat (ada keperluan), maka tidak membatalkan solat menurut mazhab Syafi‘e.
Kaedahnya: solat terbatal jika berlaku tiga gerakan besar berturut-turut yang tidak bersangkut dengan solat.
Gerakan singkat sebegini, apatah lagi untuk menyingkirkan sesuatu yang mengganggu khusyuk, tidak sampai tahap “gerakan besar”.
Wallahu a’lam
Assalamualaikum, ustaz sy keliru, apakah kedudukan yg betul semasa membaca Al-Fatihah, semasa membaca iyyaa apakh lidah menyentuh langit atau tidak, dan ketika membaca huruh ain, apakh mengenai bahagian atas tekak?…
Terima kasih bnyk²
Waalaikumussalam,
Latihan sebutan dan mendengar rakaman bacaan guru atau qari boleh membantu memperbaiki makhraj (tempat keluar huruf) dan tajwid dengan lebih jelas.
Semoga penjelasan ini membantu.
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum ustaz,
Sah atau tidak solat seseorang sekiranya rukuknya tidak terlalu sempurna(belakang badan terankat sikit, seperti melengkung sedikit)?
Terima kasih:)
Waalaikumussalam warahmatullah,
Kaedah asas rukuk sah:
✅ Tunduk dengan jelas.
✅ Tangan dapat memegang atau berada atas lutut.
✅ Tuma’ninah (berhenti seketika) dalam posisi rukuk.
Jika tunduk rukuk itu jelas walaupun tidak lurus sempurna, solat sah. Jika tidak tunduk langsung atau hanya sekadar condong sedikit seperti orang berdiri biasa, maka rukuk tidak sah dan solat perlu diulang.
Wallahu a‘lam.