Jenis Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Apakah jenis pergerakan yang membatalkan solat dan dibenarkan dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya masih tidak faham mana satukah pergerakan dalam sembahyang yang membatalkan dan yang dimaafkan.

Minta ustaz jelaskan. Terima kasih.


JAWAPAN:

Antara perbuatan yang membatalkan solat ialah bergerak anggota berat sebanyak tiga kali berturut-turut atau sekali sahaja perbuatan yang melampau yang menyebabkan hilang rupa orang yang sedang solat walau pun sebab terlupa.

Dan yang keempat ialah bergerak orang yang solat dengan satu gerakan yang melampau atau tiga gerakkan yang berturut-turut samada ia sengaja atau lupa atau jahil.”

Contohnya sekali gerakan yang melampau itu ialah sekali melompat maka batal solatnya walau pun bukan ia sengaja seperti melompat kerana terkejutkan cicak yang jatuh di atas kakinya kerana tiada lagi rupa orang yang sedang melakukan solat.

Dan contoh tiga gerakan berturut-turut itu seperti seorang yang menggaru kaki kanannya dengan kaki kirinya tiga kali gerakan atau membetulkan kopiahnya dengan tiga kali angkat berturut-turut angkat.

Jika gerakan tersebut tidak berturut turut seperti pada rakaat pertama dia membetulkan kopiahnya dengan tangan dan pada rakaat keduanya dia mengambil kopiiahnya yang jatuh dan pada rakaat ketiga dia membetulkan lagi kopiahnya itu maka tidak batal solatnya walau pun hilang pahala khusyuknya.

Dan gerakan yang tidak membatalkan solat ialah gerakan yang sedikit atau gerakan yang ringan seperti menggerakkan jarinya atau kelopak matanya atau lidahnya.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

Tidak batal solat dengan sebab gerakan yang ringan sekali pun banyak dan berturut-turut bahkan makruh hukumnya seperti menggerakkan satu jari atau segala jari pada menggaru serta tidak bergerak tapak tangannya atau kelopak matanya atau bibirnya atau zakar atau lidah kerana sungguhnya ia mengikut bagi tempatnya yang kekal seperti jari-jarinya.”

Gerakan sedikit seperti kepala bergerak ketika membaca maka tidak membatalkan solat kerana gerakan tersebut adalah sedikit.

Dan contoh gerakan anggota berat yang sedikit tidak membatalkan itu ialah bergerak dua tangannya selepas berdiri dari rukuk kepada iktidal.

Begitu juga jika menggerakkan jari sekalipun berturut-turut kerana jari adalah anggota yang ringan maka tidak batal solat sebab menggaru dengan jari berulang-ulang dengan syarat hanya jari yang bergerak bukan tapak tangannya.

Ada pun jika tapak tangan bergerak sama ketika menggaru itu tiga kali berturut-turut maka batal solatnya kerana tapak tangan adalah anggota yang berat.

Akan tetapi jika mengerakkan jari dengan tujuan bermain-main maka batal solatnya sekalipun jari itu adalah anggota yang ringan kerana orang yang niat bermain adalah orang yang tidak lagi berniat untuk solat.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

280 thoughts on “Jenis Pergerakan Yang Membatalkan Solat”

  1. Assalamualaikum ustaz, apa hukum letak nama MUHD dekt dlm game perang, bila musuh kalahkan kita, nnti keluar tulisan musuh kill MUHD.

    Boleh ka ustaz?

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullah.

      Meletakkan nama “MUHD” dalam game perang tidak haram secara langsung, tetapi tidak wajar kerana boleh dianggap mengurangkan adab terhadap nama Nabi Muhammad ﷺ, terutama bila keluar tulisan seperti “killed MUHD”.

      Sebaiknya elakkan dan guna nama lain yang lebih sesuai, sebagai tanda penghormatan dan adab terhadap nama yang mulia.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  2. Assalamualaikum ustaz,

    Sekiranya ada hingus pd bhgian dalam hidung dan ketika menghirup udara ia pun berpindah pada bahagian tekak dan ditelan, apakah sah solat?

    Terima kasih.

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullah.

      Solat tetap sah. Hingus yang berada di dalam hidung dan masuk ke tekak secara semula jadi lalu tertelan, tidak membatalkan solat. Ini kerana ia berasal dari dalam badan sendiri dan bukan sesuatu yang dianggap najis secara syarak.

      Yang membatalkan solat hanyalah jika seseorang makan atau minum sesuatu dari luar badan dengan sengaja semasa solat.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
      • Assalamualaikum ustaz, Tetapi jika hingus tersebut terlampau banyak, dan sengaja ditelan ,bagaimana pula ustaz?

        Reply
  3. Assalamualaikum ustaz,apakah sisa kuah gulai ayam dimaafkan jika berada di bwh celah kuku semasa solat kerana sukar dihilangkan?

    Kerana setahu sy kuah gulai ayam ialah najis yg dimaafkan ketika dimakan sahaja.

    Terima kasih.

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullah.

      Hukum Kuah Gulai Ayam Dari Sudut Najis

      Pertama sekali, kita perlu fahami bahawa hukum kuah gulai ayam sebagai najis yang dimaafkan ketika dimakan sahaja hanya terpakai jika ayam itu tidak disembelih secara syarak (yakni termasuk dalam kategori bangkai).

      Dalam hal ini:

      • Jika ayam itu tidak disembelih secara syarak (contohnya ayam import tanpa sembelihan sah), maka dagingnya serta kuah masakannya dihukum najis menurut Mazhab Syafie.
      • Dalam keadaan sedang makan, najis ini dimaafkan (ma‘fu ‘anhu) jika terkena mulut, tangan atau sekitarnya.
      • Namun selepas makan, jika najis itu masih ada di tangan atau anggota badan lain, wajib dibersihkan sebelum menunaikan solat.
      • Namun jika ayam itu telah disembelih mengikut syarak, maka ia adalah halal dan suci. Daging dan kuahnya tidak najis, dan jika terkena tangan, pakaian atau berada di bawah kuku, tidak memberi kesan kepada sahnya solat.

      🧼 Sisa Di Bawah Kuku: Wajib Bersih?

      Sekiranya kuah gulai yang suci (dari ayam halal) berada di bawah kuku, ia tidak dianggap najis.

      Tetapi jika ia boleh menghalang air wuduk jika keras atau tebal. Maka perlu dibersihkan untuk memastikan sahnya wuduk.

      Jika kuah tersebut berasal dari ayam tidak halal (bangkai), dan setelah makan tuan cuba bersihkan tetapi masih terdapat sisa yang sangat kecil dan amat sukar dihilangkan, maka dalam kes seperti ini, ia dimaafkan kerana termasuk dalam kategori ‘umum al-balwa’ (kesukaran umum yang dimaafkan).

      Namun jika mudah dihilangkan tetapi tuan tidak membersihkannya, maka itu boleh menjejaskan sahnya wuduk dan solat.

      Wallahu a’lam

      Reply
  4. Assalamualaikum ustaz, tadi saya terlambat satu rakaat semasa solat berjemaah bersama rakan saya, semasa itu imam sudah pun dalam rakaat yg kedua, ketika saya masuk dlm saf dan sudah mengangkat takbir, imam pun terus rukuk, dan kawan di sebelah sy yg baru masuk ikut rukuk juga, kerana kawan saya terus melakukan rukuk sy keliru apakah perlu membaca surah Al Fatihah atau tidak disebabkan kawan di sebelah saya pun rukuk, (semasa memasuki saf dan mengangkat takbir, imam belum rukuk)disebabkan ramai kawan sy yg terus rukuk dengan cepat, sy berfikir, tidak perlu membaca surah Al Fatihah.

    Jadi ianya bagaimana ustaz?
    Terima kasih.

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullah,

      Dalam situasi yang tuan nyatakan, berikut adalah penjelasan ringkasnya:

      • Jika tuan sempat berdiri seketika selepas takbiratul ihram, wajib membaca surah Al-Fatihah sekadar yang mampu, walaupun secara ringkas.
      • Namun, jika imam terus rukuk sebaik sahaja tuan mengangkat takbir, dan tuan tidak sempat langsung membaca Al-Fatihah, maka bacaan Al-Fatihah itu gugur kewajipannya. Tuan hendaklah terus mengikuti imam untuk rukuk.
      • Solat tuan dalam keadaan ini adalah sah dan tiada masalah.

      Solat tuan sah, kerana ketika itu tuan terus rukuk mengikuti imam. Tidak mengapa tidak membaca Al-Fatihah kerana keadaannya tuan tidak mempunyai masa yang mencukupi.

      Semoga jawapan ini memberi kefahaman kepada tuan.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
      • Terima kasih ustaz, tapi sekiranya kita ttp membaca sehingga imam sudah rukuk atau sudah sujud baru kita rukuk, sah ka ustaz?

        Reply
        • Walaikumsalam,

          • Jika imam sudah rukuk, dan tuan baru selesai takbiratul ihram, terus rukuk bersama imam.
          • Tinggalkan bacaan al-Fatihah, kerana dalam keadaan itu ia gugur kewajipannya menurut pandangan yang sah dalam Mazhab Syafie.

          Semoga Allah memberi kefahaman yang tepat dan memudahkan urusan solat tuan.

          Wallahu a‘lam.

          Reply
          • Assalamualaikum ustaz, jadi tidak sah ka solat sy, contoh sekiranya imam baru bangkit dari rukuk, dan sy baru habis baca al fatihah kerana tidak tahu ianya telah menjadi tidak wajib dan baru rukuk, maksudnya pergerakan tersebut lambat,

            Reply
  5. Assalamualaikum ustaz, sy baru balik darpd kmpng dan sy mendapati hampir
    seisi ruangan rumah saya dipenuhi najis tikus, najis tikus tersebut diambil dengan tisu kering dan di lap dengan kain basah. Setahu sy najis tersebut akan merebak tetapi sudah terlanjur dilakukan, jadi apakah ia menjadi najis yg dimaafkan, kerana najis tersebut sudah merebak merata2.

    Rasa risau solat saya tidak diterima disebabkan memijak najis tersebut dalam keadaan tapak kaki basah.

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullah,

      1/ Najis tikus adalah najis pertengahan (najis mutawassitah) dan tidak termasuk dalam kategori najis yang dimaafkan (ma’fu).

      2/ Oleh kerana najis tersebut sudah tersebar luas secara tidak sengaja dan sukar dikawal, tuan hanya perlu lakukan penyucian secara sederhana dengan kaedah berikut:

      • Bersihkan dahulu najis yang kelihatan (najis ‘ain) dengan tisu atau kain kering.
      • Lap kawasan yang terkena najis dengan kain basah hingga hilang kesan najisnya.
      • Lap semula dengan kain bersih yang basah sehingga yakin hilang zat, warna, bau dan rasa najis tersebut.

      3/ Tuan tidak diwajibkan menyucikan keseluruhan rumah secara ekstrem, cukup dengan usaha yang terbaik dan munasabah.

      4/ Berkenaan tapak kaki basah:

      • Jika tuan terpijak kawasan yang telah dibersihkan seperti langkah di atas (yang sudah dihilangkan zat, warna dan bau najis), maka tapak kaki tuan tidak dianggap bernajis.
      • Namun, jika terpijak kawasan yang jelas masih bernajis dan tapak kaki basah, cukup tuan basuh kaki sahaja hingga hilang najis tersebut sebelum melakukan solat.

      ✅ Tuan tidak perlu terlalu bimbang. Setelah melakukan usaha terbaik membersihkan kawasan tersebut, solat tuan sah, dan tidak menjadi sebab solat tidak diterima.

      Allah SWT tidak membebankan kita di luar kemampuan. Yang penting ialah usaha terbaik membersihkan kawasan tersebut.

      Semoga jawapan ini membantu tuan.

      Wallahu a‘lam.

      Reply

Leave a Comment