Perbezaan Air Mani Dan Air Mazi

Perbezaan Mani Dan Mazi

Apakah perbezaan air mani dan air mazi?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Jika keluar cecair dari kemaluan tetapi ragu adakah air mani atau air mazi adakah wajib mandi?


JAWAPAN

Air mani dapat dikenali dengan sifatnya yang berwarna keruh manakala air mazi pula jernih.

Dan air mani itu sifatnya kasat manakala air mazi itu sifatnya licin.

Berdasarkan sifat-sifat ini boleh dikenali adakah ia mani atau mazi.

Jika mani maka wajib mandi hadas dan jika mazi maka wajib dibasuh dan berwuduk jika hendak solat.

Tetapi jika ragu hendak menentukan yang mana satu kerana kesamaran sifatnya maka boleh diputuskan antara mani atau mazi.

Jika diputuskan mani maka wajib mandi hadas dan sebaliknya jika diputuskan mazi maka wajib basuh dan berwuduk.

Telah berkata oleh Syeikh Bujairimi :

Maka jika berkemungkinan keadaan cecair yang keluar itu mani atau lainnya seperti wadi atau mazi nescaya boleh memilih antara keduanya atas qaul yang muktamad.

Maka jika ditentukannya sebagai mani nescaya hendaklah ia mandi atau ditentukannya mazi maka hendaklah dia berwuduk dan membasuh apa yang mengenainya dari kerana sungguhnya apabila dia menghendaki salah satu dari keduanya nescaya lepaslah dari yang satu lagi secara yakin.”

(Kitab Hasyiah Jamal)

KESIMPULAN

Jika diragui cecair yang keluar itu adakah ia air mani atau mazi maka hendaklah dipilihnya salah satu iaitu jika dihukumkan sebagai mani maka wajib dia mandi hadas.

Dan sebaliknya jika ditentukan sebagai mazi maka wajib atasnya wuduk dan membasuhnya kerana mazi itu najis ia.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

21 thoughts on “Perbezaan Air Mani Dan Air Mazi”

  1. Assalamualaikum, saya tak pasti keluar air mani atau mazi tapi macam keputihan, saya tak fikir tapi lintasan dalam fikiran tentang perkara ii yang tk elok. Masa buang air kecil tu tiada lagi cecair tapi masa nak basuh tu ade cecair keluar tapi tiada tanda ii seperti air mani atau mazi. Tapi saya ragu ii. Jadi adakah lebih baik saya mandi wajib?

    Reply

Leave a Comment