Adakah penghafal quran dapat beri syafaat di akhirat kelak?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANSaya ingin tahu ada atau tidak hadis yang mengatakan penghafal Quran dapat memberi syafaat ke atas keluarganya di hari akhirat nanti?
JAWAPAN
Di antara hadith yang menceritakan bahawa orang yang menghafal Quran boleh memberi syafaat ke atas keuarganya pada hari kiamat nanti adalah hadith yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. katanya Rasulullah saw telah bersabda:
Barang siapa yang membaca ia akan Al-Quran dan menghafaznya nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan membenarkannya memberi syafaat pada sepuluh orang dari keluarganya yang sekelian mereka itu telah dijatuhkan hukuman masuk neraka.”
Hadith ini dan yang seumpamanya diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dan Tirmizi dan Ahmad dan Al-Baihaqi dan At-Tabarani dan Ad-Darimi dan Ibnu ‘Asakir dan Ibnu ‘Adi dan Al-Khatib dan selain dari Ali bin Abi talib ada diriwayatkan juga dari Jabir bin Abdullah r.a.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..