Hukum Pembedahan Buah Dada Supaya Normal

Apakah hukum pembedahan buah dada bagi wanita yang mempunyai kekurangan agar menjadi normal?

Adakah ia dibenarkan atau dianggap mengubah ciptaan Allah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Seorang perempuan tidak mempunyai buah dada dan merasa malu untuk berkahwin disebabkan keadaannya itu.

Adakah boleh dia menjalani pembedahan untuk membetulkan kekurangnnya itu?


JAWAPAN

Perempuan yang dilahirkan tidak mempunyai buah dada seperti mana seharusnya bagi seorang wanita adalah dibenarkan membuat rawatan supaya buah dadanya normal seperti perempuan yang lain.

Maka harus dia berusaha merawatnya dengan kaedah memakan ubat atau menyapu ubat atau senaman atau seumpamanya.

Jika cara tersebut tidak berkesan maka setengah ulamak mengharuskannya melakukan pembedahan bagi membetulkan buah dadanya supaya menjadi seperti biasa dengan syarat pembedahan tersebut tidak merbahayakan nyawanya dan menggunakan kaedah yang harus pada syarak.

Ini tidak dikira mengubah ciptaan Allah yang diharamkan.

Ini kerana mengubah ciptaan Allah yang diharamkan itu ialah pada masalah menambah kecantikan seperti buah dada yang sudah normal mahu dibesarkan lagi saiznya atau mengubah bentuk dari bentuk bujur kepada bentuk bulat maka haram ia lakukan pembedahan untuk mengubahnya.

Dan termasuk pembedahan buah dada yang dibenarkan ialah sebab kemalangan seperti buah dadanya terkoyak atau putus atau hangus terbakar atau seumpamanya lalu dilakukan pembedahan untuk membaiki kecederaan tersebut sama seperti diharuskan membuat tulang yang baru bagi orang yang patah tulang atau seumpamanya.

Tersebut pada Fatwa Majlis Agama Baitul Maqdis:

Dan apabila mungkin dirawat dengan penggunaan losyen atau penggunaan krim dan ubatan yang tidak berbahaya maka tidak diharuskan melakukan pembedahan membesarkan buah dada pada ketika itu akan tetapi apabila tidak didapati kaedah rawatan selain pembedahan bagi perempuan yang tidak mempunyai buah dada sama sekali maka tiada halangan pada ketika itu melakukan pembedahan dengan syarat tidak menyebabkan kemudaratan.

Ini tidak masuk dalam mengubah ciptaan Allah taala bahkan ia adalah mengembalikan anggota badan kepada normal yang biasa seperti orang lain.”

(Majlis Fatwa Baitul Maqdis-Bilangan Fatwa 831 Tarikh 28/8/2019)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments