Hukum Pegang Tongkat Ketika Baca Khutbah

Pegang tongkat baca khutbah

Apakah hukum pegang tongkat ketika baca khutbah?

Adakah ia wajib dilakukan?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Biasanya ketika khatib membaca khutbah samada solat jumaat atau hari raya akan memegang tongkat tetapi baru-baru ini ada orang yang mengatakan memegang tongkat ketika bekhutbah tidak sunat.

Mohon penjelasan dari pihak ustaz berkenaan perkara ini.


JAWAPAN:

Antara perkara yang disunatkan ketika membaca khutbah ialah memegang suatu seperti tongkat atau busur panah atau seumpamanya.

Inilah pendapat jumhur ulamak.

Diriwayatkan daripada Shu’aib bin Zuraiq r.a. yang bermaksud:

Kami telah hadir solat jumaat bersama Rasulullah saw maka Rasulullah saw telah berdiri bertekankan tangannya atas tongkat atau busur panah.”

(Hadith Abu Daud)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Zubair r.a, maksudnya:

Sunguhnya Nabi saw adalah baginda berkhutbah dan pada tangan baginda ada tongkat.”

(Hadith Riwayat Imam Al-Baghawi dalam Syarah Sunnah)

Dan diriawayatkan dari Ibnu Juraij katanya:

Aku bertanya akan Atha’: Adakah Nabi saw berdiri memberi khutbah atas sebatang tongkat?

Jawab Atha’: Ya Adalah Nabi saw berpegang dengan tangannya atas tongkat itu.”

(Hadith Riwayat Abdul Razzaq dalam Al-Musonnaf)

Telah berkata olih Imam As-Syafie, maksudnya :

Telah sampai berita kepada kami sungguhnya Rasulullah saw adalah baginda apabila berkhutbah baginda berpegang atas tongkat.

Dan terkadang dikatakan baginda berkhutbah dengan berpegang atas kayu yang pendek dan atas busur panah dan semua benda tersebut dijadikan sebagai tempat berpegang.”

(Al-Umm)

Dan telah berkata Ar-Rabi maksudnya:

Telah mengkhabarkan akan kami oleh As-Syafie telah mengkabarkan akan kami oleh Ibrahim dari Laits dari Atha’ sungguhnya Rasulullah saw adalah apabila baginda berkhutbah baginda berpegang atas tongkatnya yang pendek sebagai tempat berpegang.”

(Al-Umm)

Kesimpulan

Sunat memegang tongkat atau busur panah atau sesuatu yang dijadikan tempat tangan berpegang ketika membaca khutbah.

Jika seorang membaca khutbah tanpa berpegang kepada tongkat atau busur panah atau suatu yang bolih dipegang maka tidaklah mengapa dan khutbahnya sah.

Tidak benar orang yang berkata tidak disunatkan berkhutbah dengan memegang tongkat kerana bercanggah perkataannya dengan hadis-hadis Nabi saw dan jumhur ulamak berkata dengan sunatnya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments