Adakah Anak Wajib Beri Nafkah Kepada Ibu Bapa?

nafkah ibu bapa

Adakah anak wajib beri nafkah kepada ibu bapa?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Jika kedua orang tua yang miskin tidak mampu bekerja untuk mencari belanja kehidupan adakah anak-anak wajib memberi belanja tersebut?


JAWAPAN

Apabila kedua ibu bapa itu miskin maka wajib atas sekelian anak-anak mengeluarkan belanja nafkah keduanya dengan ijmak ulamak.

Berkata Imam Ibnu Al-Munzhir:

Telah ijmak sekelian ulamak atas bahawasanya nafaqah kedua ibu bapa yang faqir keduanya yang tiada pekerjaan dan tiada harta wajib atas harta anak.”

(Kitab Al-Isyraf)

Oleh kerana itulah apabila anak-anak kaya dan kedua ibu bapa miskin tidak boleh dikeluarkan zakat anak-anak kepada kedua ibu bapa dari kerana telah wajib atas anak-anak ketika itu mengeluarkan belanja nafkahnya.

Telah menyebut oleh Imam Ibnu Quddamah:

Dan tiada diberikan dari zakat bagi kedua ibu bapa dan tiada juga diberikan zakat kepada anak.

Telah berkata Ibnu Al-Munzhir: Telah ijmak ulamak atas bahawa zakat tidak harus diberikan kepada dua ibu bapa pada ketika anak-anak menampung atas dua ibu bapa dengan memberi nafaqah.”

(Kitab Al-Mughni)

Dan tempat wajib anak-anak menanggung nafkah ibu bapa itu dengan syarat ibu bapa itu miskin dan anak-anak itu orang yang senang.

Maka jika kedua ibu bapa tidak mempunyai sedikit pun dari belanja maka wajib atas anak memberi semua belanja yang diperlukan.

Dan jika ibu bapa mampu mendapatkan separuh belanja maka wajib atas anak menampung kekurangan yang separuh lagi.

Jika ada dua orang anak maka masing-masing wajib mengeluarkan separuh.


Kesimpulannya wajib atas sekelian anak mengeluarkan belanja nafkah hidup dua ibu bapa yang miskin dan jika anak-anak sengaja tidak memberi belanja tersebut maka anak-anak itu berdosa.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments