Adakah Muntah Membatalkan Wuduk?

Muntah Membatalkan Wuduk

Adakah muntah membatalkan wuduk?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Seorang kawan saya ada memberitahu yang muntah menyebabkan wuduk kita batal.

Katanya dia mengetahui perkara itu setelah membaca sebuah buku tentang solat.

Mohon penjelasan ustaz sebab setahu saya muntah tidak menyebabkan wuduk kita batal.


JAWAPAN

Di antara perkara yang membatalkan wuduk ialah keluar sesuatu dari kemaluan hadapan atau belakang.

Oleh itu jika keluar suatu dari selain kemaluan seperti keluar muntah melalui mulut atau keluar air melalui hidung atau keluar darah melalui telinga adalah tidak membatalkan wuduk.

Telah berkata Imam Nawawi :

Bermula pendapat mazhab kami sungguhnya tidak membatalkan wuduk dengan keluar suatu dari selain kemaluan hadapan dan belakang seperti darah orang berbekam dan muntah dan berdarah hidung samada sedikit yang demikian itu atau banyak.

Dengan inilah berkata Ibnu Umar dan Ibnu Abbas dan Ibnu Abi ‘Aufa dan Jabir dan Abu Hurairah dan Aisyah r.a. dan Ibnu Musayyab dan Salim bin Abdullah bin Umar dan Al-Qasim bin Muhammad dan Thawus dan Atha’ dan Makhul dan Rabi’ah dan Malik dan Abu Tsur dan Daud.

Dan telah berkata Al-Baghawi ialah pendapat kebanyakkan para sahabat dan tabi’in.

Dan berkata satu kumpulan wajib berwuduk dengan sekelian yang tersebut itu dan ialah mazhab Abu Hanifah dan As-Tsauri dan Al-Auza’I dan Ahmad dan Ishaq.”

(Kitab Al-Majmu’ Sharah Al-Muhazzab)

KESIMPULAN

Muntah tidak membatalkan wuduk samada banyak atau sedikit dan samada sengaja atau tidak.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments