Cara Mengajar Syahadah Sebelum Mati

Mengajar Syahadah Sebelum Mati

Bagaimana cara mengajar syahadah sebelum mati?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Apabila seseorang itu hampir hampir mati kita disuruh ajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

Bagaimanakah caranya dan adakah kena ajar dua kalimah sekaligus atau kalimah lailahaillah sahaja?


JAWAPAN

Apabila seorang itu dekat dengan kematian maka sunat atas yang hadir menyuruhnya melafazkan kalimah لا إله إلا الله dengan cara menyebut dengan perlahan dekat dengan telinganya bukan dengan kuat dan jangan disebut berturut-turut tetapi sekali kemudian diam sekejap dan kemudian sekali lagi.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. :

Ajarilah orang yang dekat dengan kematian dari kalangan kamu akan syahadah maka sungguhnya tiada dari orang Islam yang mengucapkannya ketika kematian melainkan syurga.”

(Riwayat Imam At-Tabarani)

Maksud kalimah syahadah itu hanyalah kalimah لا إله إلا الله sahaja kerana berdalil dengan hadith di atas dan hadith yang lain.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar:

Syahadah itu maksudnya ialah kalimah لا إله إلا الله sahaja.”

(Kitab tuhfah Al-Muhtaj)

Dan jangan berkata kepadanya ‘mengucap’ atau ‘hendaklah kamu ucapkan’ tetapi sebut dekat telinganya akan لا إله إلا الله .

Berkata Syeikh Abu Al-Husain Al-Imrani:

Dan yang elok itu ialah jangan dikatakan kepadanya : Mengucap atau katalah olehmu akan لا إله إلا الله tetapi terus ucapkan padanya لا إله إلا الله kerana sungguhnya terkadang berat hatinya apabila berkata baginya : Katalah oleh mu لا إله إلا الله.”

(Kitab Al-Bayan Fi Mazhab Al-Imam As-Syafie)

Hendaklah diajar ia menyebut syahadah itu dengan lemah lembut dan jangan sekali-kali dengan kekerasan atau dipaksa-paksa atasnya.

Berkata Imam Nawawi:

Dan disunatkan bahawa diajar akan kalimah syahadah dan jangan orang yang mengajarnya itu memaksanya dan dan mengerasinya dengan berkata ‘ucaplah’ atau ‘katalah’ tetapi sebut kalimah itu dekatnya supaya dia mengingatinya dan menyebutnya.”

(Kitab Ar-Raudhah)

Dan jika dia telah berkata لا إله إلا الله maka hendaklah berhenti mengajarnya dan diam segala orang yang hadir di sisinya.

Akan tetapi jika dia menyebut pula akan perkataan yang lain selepas berkata لا إله إلا الله maka hendaklah diulang ajarnya kembali.

Berkata Syeikh Al-Mahamili:

Maka apabila dia telah berkata maka jangan lagi di ajarinya melainkan apabila dia telah berkata perkataan yang lain.”

(Kitab Al-Muqni’)

Kesimpulan

Sunat mengajar orang yang dekat dengan kematian akan kalimah لا إله إلا الله .

Hendaklah diajar dengan lemah lembut dan perlahan dekat dengan telinganya.

Jangan berkata kepadanya ‘mengucap’ atau ‘katalah oleh mu’ tetapi hendaklah terus diucapkan kalimah لا إله إلا الله kepadanya.

Jika dia telah ucapkan لا إله إلا الله maka hendaklah berhenti mengajarnya dan diam sehinggalah kematiannya.

Jika dia menyebut pula perkataan yang lain maka sunat diajarnya semula menyebut kalimah syahadah itu.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments