
Bagaimana cara mengajar syahadah sebelum mati?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANApabila seseorang itu hampir hampir mati kita disuruh ajarnya mengucap dua kalimah syahadah.
Bagaimanakah caranya dan adakah kena ajar dua kalimah sekaligus atau kalimah lailahaillah sahaja?
JAWAPAN
Apabila seorang itu dekat dengan kematian maka sunat atas yang hadir menyuruhnya melafazkan kalimah ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู dengan cara menyebut dengan perlahan dekat dengan telinganya bukan dengan kuat dan jangan disebut berturut-turut tetapi sekali kemudian diam sekejap dan kemudian sekali lagi.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. :
Ajarilah orang yang dekat dengan kematian dari kalangan kamu akan syahadah maka sungguhnya tiada dari orang Islam yang mengucapkannya ketika kematian melainkan syurga.โ
(Riwayat Imam At-Tabarani)
Maksud kalimah syahadah itu hanyalah kalimah ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู sahaja kerana berdalil dengan hadith di atas dan hadith yang lain.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar:
Syahadah itu maksudnya ialah kalimah ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู sahaja.โ
(Kitab tuhfah Al-Muhtaj)
Dan jangan berkata kepadanya โmengucapโ atau โhendaklah kamu ucapkanโ tetapi sebut dekat telinganya akan ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู .
Berkata Syeikh Abu Al-Husain Al-Imrani:
Dan yang elok itu ialah jangan dikatakan kepadanya : Mengucap atau katalah olehmu akan ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู tetapi terus ucapkan padanya ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู kerana sungguhnya terkadang berat hatinya apabila berkata baginya : Katalah oleh mu ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู.โ
(Kitab Al-Bayan Fi Mazhab Al-Imam As-Syafie)
Hendaklah diajar ia menyebut syahadah itu dengan lemah lembut dan jangan sekali-kali dengan kekerasan atau dipaksa-paksa atasnya.
Berkata Imam Nawawi:
Dan disunatkan bahawa diajar akan kalimah syahadah dan jangan orang yang mengajarnya itu memaksanya dan dan mengerasinya dengan berkata โucaplah’ atau ‘katalahโ tetapi sebut kalimah itu dekatnya supaya dia mengingatinya dan menyebutnya.โ
(Kitab Ar-Raudhah)
Dan jika dia telah berkata ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู maka hendaklah berhenti mengajarnya dan diam segala orang yang hadir di sisinya.
Akan tetapi jika dia menyebut pula akan perkataan yang lain selepas berkata ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู maka hendaklah diulang ajarnya kembali.
Berkata Syeikh Al-Mahamili:
Maka apabila dia telah berkata maka jangan lagi di ajarinya melainkan apabila dia telah berkata perkataan yang lain.โ
(Kitab Al-Muqniโ)
Kesimpulan
Sunat mengajar orang yang dekat dengan kematian akan kalimah ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู .
Hendaklah diajar dengan lemah lembut dan perlahan dekat dengan telinganya.
Jangan berkata kepadanya โmengucapโ atau โkatalah oleh muโ tetapi hendaklah terus diucapkan kalimah ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู kepadanya.
Jika dia telah ucapkan ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู maka hendaklah berhenti mengajarnya dan diam sehinggalah kematiannya.
Jika dia menyebut pula perkataan yang lain maka sunat diajarnya semula menyebut kalimah syahadah itu.
Wallahuaโlam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..