Hukum Menceraikan Isteri Yang Haid

hukum menceraikan isteri yang haid

Apakah hukum menceraikan isteri yang haid?

Panduan ini akan menerangkan secara ringkas hukum menceraikan isteri yang sedang haid dan bilakah waktu yang dibenarkan menjatuhkan talak.

Mari kita mulakan..

Hukum Menceraikan Isteri Yang Sedang Haid

Apakah hukum menceraikan isteri yang haid?

Hukumnya haram menjatuhkan talak terhadap isteri yang sedang haid.

Maksudnya, seorang suami berdosa menceraikan isterinya yang sedang haid.

Ini berdasarkan firman Allah:

Wahai Nabi! Apabila kamu – (engkau dan umatmu) – hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya

(Surah at-Talaq 65:1)

Ertinya, apabila kamu menceraikan isteri kamu, maka hendaklah kamu ceraikan mereka waktu menghadapi iddahnya, iaitu setelah suci dari haid atau nifas dan belum disetubuhi.

Ini adalah rahmat dan kurnaan Allah kepada kaum wanita yang diceraikan.

Setelah retak dan renggang hubungan suami isteri, dan tidak mungkin lagi untuk hidup bersama, maka bolehlah si suami menjatuhkan talak tetapi jangan ketika haid.

Ini kerana baki hari-hari haid itu belum dikira sebagai masa iddah.

Tetapi kalau diceraikan pada masa suci, saat itu juga sudah dikira satu kali masa suci.

Oleh itu, hendaklah diceraikan pada masa suci yang belum pernah disetubuhi semenjak dia suci.

Kalau sudah pernah disetubuhi, tentunya tidak jelas apakah wanita itu hamil atau tidak.

Dan juga tidak tahu cara mengira idahnya, apakah dengan cara idah quru ataupun idah wanita hamil.

Ini sudah tentu akan menyusahkan wanita itu.

Kisah Abdullah bin Umar Menceraikan Isterinya

Menurut riwayat, Abdullah bin Umar menceraikan isterinya yang sedang haid pada zaman Rasulullah SAW.

Umar bin Khattab menanyakan masalah itu kepada Rasulullah SAW, kemudian baginda bersabda:

Suruh dia merujuknya kembali, kemudian hendaklah dia tahan sehingga suci kemudian haid, kemudian suci lagi. Kemudian kalau dia mahu, dia tahan setelah itu, dan kalau dia mahu ceraikan sebelum dia setubuhi. Demikian iddah yang disuruh Allah terhadap wanita yang ditalak.

Menjatuhkan talak pada masa suci yang akan disusuli oleh haid, bagi orang yang beridah dengan idah quru, dinamakan sebagai talak sunni.

Inilah disuruh menurut sekumpulan ahli-ahli fiqah, termasuk Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Syafie.

Mereka mengambil dalil daripada hadis tadi, iaitu larangan di situ hanya kerana haid.

Apabila sudah hilang sebab bererti batallah yang disebabkan, maka bolehlah menceraikan pada waktu suci.

Perbezaan Talak Sunni dan Talak Bidaah

Apakah maksud talak sunni dan talak bidaah?

  • Talak yang dijatuhkan pada masa suci yang akan disusuli oleh haid dinamakan talak sunni.
  • Kalau dijatuhkan pada waktu haid atau waktu nifas dinamakan talak bidaah.

Begitu juga talak yang dijatuhkan pada masa suci tetapi sudah pernah bersetubuh dengannya, disebut juga talak bidaah.

Menurut ijmak ulama, talak bidaah itu haram hukumnya.

Bererti orang yang menceraikan isterinya pada waktu haid berdosa.

Alasan merekan kerana Rasulullah SAW menyuruh Abdullah bin Umar merujuki isterinya yang diceraikan pada waktu haid.

Menurut sebahagian ulamak talak bidaah tidak sah.

Maksud talak yang dijatuhkan pada waktu isteri haid tidak sah dan tidak ada yang jatuh.

Alasan mereka bertentangan dengan apa yang diperintahkan Allah SWT.

Padahal Allah SWT berfirman:

Maka talaklah mereka ketika mereka menghadapi iddahnya

(at-Talaq 65:1)

Rasulullah SAW berkata kepada Umar bin Khattab; “Suruhlah dia (Abdullah) merujuki isterinya.”

Rasulullah SAW marah ketika mendengar Abdullah menceraikan isterinya pada waktu haid.

Padahal yang kita ketahui Rasulullah tidak marah kalau yang dikerjakan itu yang dihalalkan Allah.

Tegasnya talak seperti itu dianggap sebagai bidaah, padahal Rasulullah SAW ada bersabda, maksudnya:

Setiap bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu di neraka.

(Hadis riwayat an-Nasa’i)

Yang mengatakan talak bidaah itu tidak sah dan tidak jatuh ialah sekumpulan ahli-ahli fiqah, di antaranya termasuklah Abdullah bin Umar, Sa’id bin Musayyab dan banyak lagi.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments