Hukum Makmum Beri Salam Sebelum Imam

Beri Salam Sebelum Imam

Apakah hukum makmum beri salam sebelum Imam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Jika makmum hendak cepat kerana terdesak dan dia beri salam sebelum imam beri salam adakah sah sembahyangnya?


JAWAPAN

Jika makmum memberi salam sebelum imamnya memberi salam dan perbuatannya itu disengajakan maka solat makmum tersebut adalah batal.

Tetapi jika makmum tersalah memberi salam dulu dari imamnya nescaya tidak batal sembahyang makmum tersebut dan hendaklah makmum itu memberi salam semula selepas imam memberi salam.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:

Jikalau makmum memberi salam sebelum imam sebab terlupa maka bahawasanya makmum itu hendaklah mengulanginya memberi salam selepas imam dan tiada suatu atas makmum tersebut.

Ada pun jika makmum memberi salam sebelum imam dengan sengaja maka bahawasanya batal sembayangnya di sisi jumhur ulamak kecuali jika dia berniat mufaraqah di sisi sebahagian ulamak mazhab Syafie.”

Kesimpulannya makmum yang tersalah memberi salam sebelum imamnya maka solatnya tidak batal dan hendaklah makmum tersebut memberi salam semula selepas salam imam.

Jika makmum sengaja memberi salam sebelum imam tanpa berniat mufaraqah dari imam nescaya batal solat makmum tersebut.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments