Hukum Kanak-Kanak Menjadi Imam Kepada Orang Dewasa

kanak-kanak menjadi imam

Apakah hukum kanak-kanak menjadi imam kepada orang dewasa dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Anak lelaki saya berumur 11 tahun tetapi belum baligh.

Adakah sah kalau saya suruh anak saya itu jadi imam dalam solat jemaah di rumah sebab hendak latihnya?


JAWAPAN

Dalam mazhab Syafie tidak disyaratkan baligh untuk menjadi imam hanya disyaratkan kanak-kanak itu sudah mumayyiz.

Berkata Bekas Mufti Negeri Mesir Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf:

Telah berjalan mazhab Hanbali kepada bahawasanya baligh itu disyaratkan pada sahnya menjadi imam pada solat fardu dan mengharuskan kanak-kanak yang mumayyiz menjadi imam pada solat sunat.

Dan berjalan mazhab Syafie kepada bahawasanya baligh itu bukan syarat pada solat fardu dan pada solat yang selainnya kerana berdalil dengan hadith Bukhari daripada ‘Amr bin Salamah r.a. adalah beliau menjadi imam kepada kaumnya pada zaman Rasulullah saw dan beliau pada ketika itu baru berusia 6 atau 7 tahun melainkan imam yang sudah baligh itu lebih utama.”

(Kitab Himpunan Fatwa Negeri Mesir)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini


YouTube video
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments