Apakah hukum istibrak semasa istinjak?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANApakah erti istibrak ustaz dan adakah wajib kita kena istibrak setiap kali buang air?
JAWAPAN
Istibrak ialah perbuatan memastikan najis yang keluar ketika buang air benar-benar berhenti.
Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :
Dan erti istibrak ialah menuntut bersih dari najis yang keluar sehingga diyakini hilangnya kesan kotoran atau berarti usaha supaya kemaluan tiada lagi padanya air kencing yang keluar.”
(Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
KETERANGAN
Apabila seorang itu buang air kecil najis yang keluar akan berhenti sendiri di akhirnya dan selepas berhenti keluarnya maka baru dilakukan istinjak iaitu membersihkan kemaluan dari air kencing.
Akan tetapi ada setengah orang berlaku padanya selepas dia istinjak air kencing keluar pula sedikit lagi menyebabkan pakaiannya tercemar dengan najis atau kena pada badannya dan dia wajib membasuhnya semula.
Oleh itu dia hendaklah melakukan istibrak iaitu selepas berhenti air kencing dari keluar dia menunggu sekejap sehinggga dia pasti air kencingnya tidak ada yang keluar lagi lalu dia pun membasuhnya.
Maka perbuatan dia menunggu sekejap itu dinamakan istibrak.
Dan boleh juga istibrak dengan cara duduk bangun duduk bangun beberapa kali selepas berhenti air kencing sebelum membasuh supaya jika ada air kencing yang masih berbaki maka air kencing tersebut akan keluar kemudian barulah dia membasuhnya.
Dan boleh juga istibrak itu dengan berdehem kerana biasanya dengan berdehem jika masih ada sedikit air kencing dalam kemaluannya akan keluar dan selepas itu barulah dia membasuhnya atau dengan beberapa cara lagi.
Pendeknya difahami pengertian istibrak itulah usaha seseorang untuk memastikan air kencingnya tidak keluar lagi selepas berhenti ketika selesai kencing.
Maka hukum istibrak ini bagi orang yang hanya akan berhenti air kencingnya dengan melakukan istibrak maka istibrak ini hukumnya adalah wajib.
Dan jika tidak berhajat kepada istibrak untuk berhenti air kencingnya maka istibrak itu sunat baginya.
Amalan istibrak ini sangat penting kerana berkait dengan sah atau tidaknya ibadah termasuk taharah yang dilakukan.
Jika seorang itu tidak melakukan istibrak lalu menitis air kencingnya ketika dia bangun hendak mengambil wuduk atau sedang berwuduk maka wuduknya tidak sah.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili:
Dan tidak boleh memulai wuduk sehingga seorang itu sudah yakin bersih ia dari kesan air kencing.”
(Al-Fiqh Al-Islami)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
assalamualaikum ustaz,
sy selalu rasa was-was lepas kencing krn kadangkala sy lupa sama ada sy sudah berdehem atau tidak. tapi sy sentiasa ambil masa yg lama ketika beristinjak. setiap kali selepas kencing & beristinjak (kdg² selepas mandi) sy rasa mcm ada sesuatu yg keluar. kadangkala sy baru berjalan 4 5 langkah keluar dari bilik air dan sy rasa ada sesuatu yang keluar.. sy tak pasti adakah itu air lebihan kencing atau air basuhan kencing semata. biasanya ketika perkara ini berlaku semasa sy pakai seluar dalam, sy check tapi tak ada bau hancing.
disebabkan sentiasa takut air yg keluar itu air lebihan kencing, sy jadi was was & takut solat tidak sah serta menjejaskan tempat/lantai yg sy lalu (lepas mandi dgn kaki basah) selepas itu sy tetap solat tapi kdg² merasakan solat itu tidak sah & bagaimana pula dgn pakaian dan telekung yg sy gunakan serta tempat yg sy pijak/duduk.
apabila perkara ini berlaku, sy jd resah dan tak boleh bertenang. sy cuba mengabaikan perasaan was was ini dgn buat tak tahu krn sy sudah terlalu penat. tetapi ada masanya sy tak mampu kawal overthinking & sy merasakan diri sy berada dlm keadaan yg kotor.
mohon pencerahan ustaz sbb perkara ini sgt sgt mengganggu kehidupan sy. tolong sy ustaz🙏🏻q
Dalam menghadapi was-was selepas beristinjak, penting untuk tidak terlalu memikirkannya jika sudah berusaha membersihkan diri. Islam mengajarkan kemudahan, dan tidak perlu memberi perhatian lebih pada rasa was-was setelah melakukan yang terbaik untuk bersuci.
Jika tidak ada tanda najis nyata, anggaplah kebersihan sudah terjaga dan solat anda sah. Sikap ini membantu mengurangi kebimbangan dan memudahkan fokus pada ibadah.
terima kasih ustaz