Hukum Ibu Bapa Pilih Kasih

Ibu Bapa Pilih Kasih

Apakah hukum ibu bapa pilih kasih terhadap anak-anak?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah harus jika ibu bapa melebihkan pemberian kepada salah seorang dari anaknya atau hanya memberi kepada sebahagian dan tidak kepada sebahagian yang lain?

Adakah jika hendak memberikan sesuatu kepada anak lelaki mestilah nilai dua kali ganda yang diberikan kepada anak perempuan?


JAWAPAN

Disunatkan ibu bapa memberikan hadiah atau harta sama rata kepada anak-anaknya.

Jika dilebihkan pemberian kepada sebahagian anak sahaja maka perbuatan itu adalah  dibenci syarak  sekali pun pemberian itu adalah sah.

Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. kata beliau:

Bapaku pernah membawa aku kepada Rasulullah saw dan berkata: Wahai Nabi bersaksilah sungguhnya aku telah memberikan Nu’man akan ini dan ini daripada harta.

Sabda Nabi saw: Adakah semua anak-anakmu mendapat seumpama yang diberikan kepada Nu’man?

Kata bapaku : Tidak. Maka jawab Nabi: Kalau begitu suruhlah selain aku yang bersaksi.

Lalu Nabi bersabda: Adakah kamu suka semua anak-anak mu bersamaan berbuat baik kepada mu?

Kata bapaku : Ya.

Lalu sabda Nabi “ Kalau begitu jangan buat begitu.”

(Hadith Imam Muslim)

Hadith ini menujukkan bahawa Nabi saw tidak suka pemberian harta yang tidak adil terhadap anak-anak sehinggakan Nabi saw enggan menjadi saksinya.

Oleh itu hendaklah ibu bapa menyamakan pemberian kepada sekelian anak-anak sekadar yang termampu.

Maksud sama bukanlah sama timbangan atau sama ukuran tetapi semua anak sama-sama mendapat pemberian sekalipun ukuran harta yang diberi itu tidak sama nilainya atau berlainan sifatnya.

Berkata Imam As-Syairazi :

Dan disunatkan bahawa tidak melebihkan pemberian kepada sebahagian anaknya atas sebahagian lagi pada masalah memberi harta.”

(Kitab Al-Muhazzab)

Dan tidak disyaratkan anak lelaki mendapat dua bahagian lebih dari anak perempuan seperti mana diwajibkan pada harta pesaka tetapi hendaklah bersamaan anak lelaki dan anak perempuan pada hadiah pemberian atau hibah ini.

Inilah pendapat jumhur ulamak selain mazhab Hanbali.

Berkata Imam Ibnu Ar-Rusydi :

Dan maksud adil ialah bersamaan di antara sekelian anak-anak.”

(Kitab Bidayatul Mujtahid)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments