Hukum Ziarah Kubur Orang Kafir & Ucap Salam [UAI]

Hukum Ziarah Kubur Orang Kafir

Apakah hukumnya orang Islam ziarah kubur keluarganya yang kafir?

Jika harus ziarah, adakah boleh diucap salam atas kuburnya?

JAWAPAN

Pendapat ulamak mazhab Syafie dan Hanbali ialah harus ziarah kubur orang kafir.

Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah Al-Kuwaithiyah :

ذَكَرَ الشَّافِعِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ أَنَّ زِيَارَة قَبْرِ الْكَافِرِ جَائِزَةٌ. وَقَال الْمَاوَرْدِيُّ : تَحْرُمُ زِيَارَةُ قَبْرِ الْكَافِرِ

Ertinya : “Telah menyebut oleh ulamak mazhab Syafie dan Hanbali bahawasanya ziarah kubur orang kafir itu ialah harus. Dan telah berkata oleh Imam Al-Mawardi : Haram ziarah kubur orang kafir.”

Dan hukum memberi salam ke atas penghuni kubur yang kafir itu adalah tidak diharuskan sama seperti ketika hidup tidak diberi salam atasnya dan seperti itu juga tidak harus mendoakannya kerana telah mati ia dalam kekufuran tetapi harus dia doakan zuriatnya yang masih hidup dengan mendapat hidayah.

Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah Al-Kuwaithiyah :

قَال الْحَنَابِلَةُ : وَلاَ يُسَلِّمُ مَنْ زَارَ قَبْرَ كَافِرٍ عَلَيْهِ، وَلاَ يَدْعُو لَهُ بِالْمَغْفِرَةِ

Ertinya : “Dan berkata ulamak mazhab Hanbali : Dan orang yang ziarah kubur orang kafir itu tiada memberi salam atasnya dan tiada mendoakan baginya dengan keampunan.”

Berkata Imam Al-Buhuti :

(وَلَا يُسَلِّمُ) مَنْ زَارَ قَبْرَ كَافِرٍ (عَلَيْهِ) كَالْحَيِّ (بَلْ يَقُولُ) الزَّائِرُ لِكَافِرٍ (لَهُ: أَبْشِرْ بِالنَّارِ) فِي اسْتِعْمَالِ الْبِشَارَةِ تَهَكُّمٌ بِهِ عَلَى حَدِّ قَوْله تَعَالَى: {ذُقْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْكَرِيمُ} [الدخان: 49] (وَلَا يُمْنَعُ كَافِرٌ مِنْ زِيَارَةِ قَرِيبِهِ الْمُسْلِمِ) حَيًّا كَانَ أَوْ مَيِّتًا، لِعَدَمِ الْمَحْظُورِ.

Ertinya : “Dan tidak memberi salam oleh orang yang ziarah akan kubur orang kafir atas mayat itu seperti orang kafir yang hidup bahkan berkata oleh yang ziarah itu bagi mayat yang kafir : Terimalah berita gembira dengan api neraka pada menggunakan lafaz gembira sebagai ejekan dengannya kerana firman Allah Taala : Rasakanlah azab sungguhnya kamu dahulu orang hebat lagi mulia. Dan tidak dihalang jika orang kafir hendak ziarah keluarganya yang Islam samada masih hidup atau telah mati kerana tiada sebarang tegahan.” (Kitab Kasyful Qina’)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments