Hukum Viralkan Orang Yang Tidak Bayar Hutang

hukum viralkan orang

Apakah hukum viralkan orang yang tidak bayar hutang?

Adakah kita berdosa kerana memalukannya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Seorang telah berhutang dengan saya sebanyak RM4000 dua tahun lepas tetapi tidak mahu membayarnya dan dia memberikan bermacam-macam alasan yang tidak munasabah.

Saya dapat tahu dia memang suka berhutang dengan orang dan tidak membayarnya sedangkan hidupnya agak mewah dari orang lain.

Sudah macam-macam cara saya buat supaya dia bayar tapi tak bayar juga.

Bolehkah saya viralkan dalam media sosial tentang perangainya itu supaya orang lain berhati-hati dengan dia dan tidak menjadi mangsa seperti saya?


JAWAPAN

Orang yang berhutang wajib menjelaskan hutangnya apabila tiba masa membayar hutang dan jika dia sengaja tidak mahu membayar hutang maka dia telah melakukan satu jenayah dan maksiat dan dikira makan harta orang secara haram yang tidak diterima amalnya.

Orang yang mampu membayar hutang tetapi tidak juga membayarnya adalah orang yang zalim.

Rasululllah saw bersabda:

Menunda hutang bagi orang yang mampu adalah zalim.”

(Hadith Bukhari)

Dan orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang ini boleh dikenakan hukuman dan tidak ada kehormatan dirinya lagi.

Orang yang menunda-nunda bayar hutang itu hilang kehurmatan diri dan boleh dikenakan hukuman.”

(Hadith Bukhari)

Oleh kerana itu harus menceritakan perbuatan tidak mahu bayar hutang seseorang itu kepada orang lain supaya orang lain tidak terpedaya dan tidak dizaliminya tetapi tidak lebih dari perbuatan enggan membayar hutang itu sahaja yang yang harus diceritakan kepada orang ada pun perkara yang lain tidak dibolehkan.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar:

Diharuskan menyebut antara manusia akan seorang yang tidak mahu bayar hutang dan buruknya muamalat denganya tetapi tidak harus menceritakan perkara yang lain dari keduanya.”

(Kitab Az-Zawajir)

Kesimpulan

Harus memberitahu orang lain tentang seorang yang berperangai tidak mahu membayar hutang atau seorang yang buruk laku ketika bermuamalat dengannya dengan tujuan supaya orang lain berhati-hati apabila berurusan dengannya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
myhhkaka
myhhkaka
3 tahun yang lalu

assalamualaikum ustz. Mohon pencerhan. Masa sy umur awal remaja, ad scammer ni tipu sy sbb sy beli brg dgn dia tapi dia snyap trus. Last last dpt tahu dia ad mslah then snyap tak gnti duit balik. Lepastu rmai cust dpt tahu num ibu dia dan cht sruh bgtau anak dia yg rmai yg anak dia hutang. Ibu dia tktau dan mntak maaf dgn smua org , dia jnji akan byr smua htg anak dia tu. Lps dia dh byr kat sy , sy jd tamak. Sy ckp yg anak dia ad hutg lagi pdhal tak. Slpas tu sy mnyesal sbb tipu ibu dia kali kedua. Mase tu sy trpksa tipu sbb sy trdesak nak pakai duit. Niat sy nak pinjam je nti gnti balik. Lps ibu dia byr kali kedua tu sy ss num acc ibu dia sbb nak rujuk utk gnti balik nti. Tapi fon sy ad mslah slps tu dan num dgn num acc tu hilang. Puas sy tanya cust smua siapa ad num ibu @ anak dia sbb sy nak gnti nak minta num acc. Tapi smua tatau dan sy puas cri dah tak jumpe. Akhirnya sy buat kputusan bgi duit tu dkt anak yatim @ org yg mmerlukan dan sy niat ats nama dia . Adakah hutang sy dianggap selesai ustz? Ke mcm mne? sy dh puas cri dan tanya org tpi smua ttau sbb dia dh tak aktif mse tu sbb rmai yg cri dia utk byr balik duit dorg. trima ksih ustz , mohon dijawab soalan sy?