Hukum Solat Pakai Seluar Koyak [Ust Azhar Idrus]

Hukum Solat Pakai Seluar Koyak

Selepas saya menunaikan solat baru saya perasan seluar saya koyak dan ada satu lubang yang kecil yang kalau dilihat memang tidak nampak aurat dari luar tetapi bila saya suluh dengan lampu akan nampak dari lubang itu aurat di dalam.

Adakah solat saya tadi sah?

JAWAPAN

Antara syarat sahnya solat ialah wajib menutup aurat dengan pakaian yang apabila dipakai akan menutup mata dari nampak kulit di bawah pakaian.

Berkata Imam Nawawi :

وَيَجِبُ سَتْرُ الْعَوْرَةِ بِمَا لَا يَصِفُ لَوْنَ الْبَشَرَةِ

Artinya : “Dan wajib menutup aurat dengan suatu yang tidak mensifatkan akan warna kulitnya.” (Kitab Al-Majmu’)

Berkata Imam Ibnu Qudamah :

والواجب الستر بما يستر لون البشرة . فإن كان خفيفا يبين لون الجلد من ورائه ، فيعلم بياضه أو حمرته : لم تجز الصلاة فيه ، لأن الستر لا يحصل بذلك

Ertinya : “Dan bermula yang wajib ialah menutup dengan suatu yang menutup warna kulit. Maka jika pakaian yang nipis yang jadi nampak warna kulit dari luarnya dan diketahui akan cerah atau gelapnya kulit nescaya tidak memadai solat dengan pakaian tersebut dari kerana tidak berhasil menutup aurat dengan yang demikian itu.” (Kitab Al-Mughni)

Maka jika dilihat dari luar pakaian melalui lubang yang kecil pada seluar tuan itu akan nampak kulit di dalamnya nescaya solat yang tuan kerjakan tadi tidak sah wajib diulangi semula dengan pakaian yang menutup aurat.

Maksud nampak aurat jika dilihat dari luar itu ialah dilihat dalam keadaan biasa bukan diintai mata melalui lubang tersebut. Jika dengan cara mengintai dengan mata pada lubang akan nampak di dalamnya dan jika dilihat cara biasa tidak nampak maka dimaafkan yakni tidak batal solatnya.

Begitu juga dimaafkan jika disuluh akan cahaya melaui lubang itu akan nampak kulit di dalamnya tetapi jika tidak disuluh maka tidak nampak di dalamnya kerana ia menunjukkan lubang itu adalah sangat kecil.

Berkata Imam As-Syarwani :

قول المتن (منع إدراك لون البشرة) أي المعتدل البصر عادة ، كما في نظائره .. أي : في مجلس التخاطب [أي لمن كان يخاطبه وكان بحيث لو تأمل الناظر فيه ، مع زيادة القرب للمصلي جدا ، لأدرك لون بشرته = لا يضر . وهو ظاهر، وينبغي أن مثل ذلك في عدم الضرر ما لو كانت تُرى البشرة بواسطة شمس أو نار ولا ترى عند عدمها

Ertinya : “Bermula maksud perkataan ‘menghalang nampak warna kulit’ itu ialah jika dilihat dengan mata biasa yakni pada saat berhadapan dengan seseorang.

Dan jika sekiranya dengan cara bersungguh ketika melihat pada lubang tersebut dengan mendekatkan mata padanya akan nampak warna kulit maka itu tidak mengapa. Yaitulah yang zahir. Maka sayugia bersamaan hukumnya tidak mengapa jika dapat dilihat kulit dengan pertantaraan cahaya matahari atau lampu yang jika tiada keduanya tidak nampak kulit.” (Kitab Hasyiah Syarwani Ala Tuhfah)

Mudah-mudahan sudah terjawap persoalan tuan dengan keterangan di atas.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments