Adakah dibolehkan Solat Jenazah dilakukan dua kali oleh orang yang sama? Benarkah ada yang mengatakan hukumnya haram?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
Terdapat perselisihan dalam kalangan ulama mengenai orang yang sama melakukan Solat Jenazah dua kali atau lebih. Pendapat yang paling sahih adalah ia menyalahi yang lebih utama; maksudnya, adalah lebih baik jika dilakukan sekali sahaja.
Imam Syafie r.a. berkata:
وَأُحِبُّ أَنْ تَكُونَ الصَّلَاةُ عَلَى الْمَيِّتِ صَلَاةً وَاحِدَةً
Maksudnya: “Dan disunatkan bahawa solat atas mayat itu solat sekali sahaja.” (Kitab Al-Umm)
Jika dilakukan lebih daripada sekali, maka tidaklah haram. Namun, sebahagian ulama berpendapat ia adalah makruh, sementara yang lain mengatakan ia sunat.
Imam Nawawi berkata:
إِذَا صَلَّى عَلَى جَنَازَةٍ فِي جَمَاعَةٍ أَوْ مُنْفَرِدًا ثُمَّ أَرَادَ إِعَادَتَهَا مَعَ جَمَاعَةٍ أُخْرَى فَفِيهِ ثَلَاثَةُ أَوْجُهٍ: الْأَصَحُّ: أَنَّهُ خِلَافُ الْأُولَى. وَالثَّانِي: مَكْرُوهٌ. وَالثَّالِثُ: مُسْتَحَبٌّ
Maksudnya: “Apabila seseorang telah solat atas jenazah secara berjemaah atau sendirian, kemudian dia hendak mengulanginya bersama jemaah yang lain, maka terdapat tiga pendapat: Pertama (yang paling sahih), ia menyalahi yang lebih utama; kedua, makruh; dan ketiga, sunat.” (Kitab Fatawa An-Nawawi)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
KESIMPULAN
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukum seseorang mengulangi solat jenazah atas mayat yang sama.
- Pendapat yang paling sahih menyatakan bahawa lebih baik solat jenazah dilakukan sekali sahaja.
- Namun, jika dilakukan lebih daripada sekali, ia tidak haram.
- Sebahagian ulama berpendapat ia adalah makruh, manakala yang lain mengatakan ia sunat.
Sumber dan teks asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus menerusi pautan ini
Lihat juga pautan berkaitan:
Tinggalkan Komen Anda..