Hukum Cium Tangan Cikgu

Hukum Cium Tangan Cikgu

Apakah hukum cium tangan cikgu?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ada setengah sekolah yang mana ketika pelajar hendak pulang mereka beratur dengan mencium tangan cikgu yang mengajar mereka.

Apakah hukum mencium tangan cikgu?

Kalau cium tangan ibu bapa memang saya tahu ianya diharuskan.


JAWAPAN

Para ulamak mengharuskan cium tangan seseorang kerana memuliakannya seperti ulamak dan ibu bapa dan orang soleh.

Berkata Imam Nawawi:

يستحب تقبيل أيدي الصالحين وفضلاء العلماء، ويكره تقبيل يد غيرهم

Ertinya :

Disunatkan mencium tangan orang-orang solih dan orang yang mempunyai kelebihan daripada para ulamak. Dan dimakruhkan mencium tangan selain dari mereka itu.”

(Kitab Fatawa An-Nawawi)

Berkata Imam Al-Buhuty:

ولا بأس بتقبيل الرأس واليد لأهل العلم والدين ونحوهم

Ertinya : “Dan tiada salah mencium kepala dan tangan orang yang berilmu dan ahli agama dan seumpama mereka itu.” (Kitab Kasyful Qina’)

Dan tersebut pada Kitab Al-Hidayah Syarah Al-Bidayah:

ولا بأس بتقبيل يد العالم والسلطان العادل

Ertinya : “Dan tidak mengapa dengan mencium tangan orang yang berilmu dan pemerintah yang adil.”

Maka guru yang mengajar di sekolah-sekolah itu tidak dinafikan mereka juga termasuk kalangan orang yang berilmu olih itu tidak menjadi kesalahan pelajar yang dididiknya mencium tangannya kerana memuliakannya.

Berkata Syeikh Muhammad Al-Hajjar yang membuat taklik Kitab Fatawa An-Nawawi:

ويندب ذلك لنحو صلاح، أو علم، أو شرف.فإذا أراد تقبيل يد غيره، إن كان ذلك لزهده، وصلاحه، أو علمه وشرفه، وصيانته أو نحو ذلك من الأمور الدينية لم يكره، بل يستحب؛ لأن أبا عبيدة قبَّل يد عمر رضي الله عنهما.وإن كان لغناه ودنياه وثروته وشوكته ووجاهته عند أهل الدنيا ونحو ذلك فهو مكروه شديد الكراهة.وقال المتولي من أصحابنا: لا يجوز. فأشار إلى أنه حرام

Ertinya :

Dan disunatkan mencium tangan itu kerana orang itu soleh atau ada ilmu atau ada kemuliaan.

Maka apabila hendak mencium akan tangan orang lain jika adalah kerana zuhudnya atau kerana solehnya atau alimnya atau mulianya atau waraknya atau umpama yang demikian itu dari sekelian pekerjaan agama nescaya tidaklah dimakruhkan bahkan disunatkan dari kerana sungguhnya Abu Ubaidah telah mencium tangan Umar r.a.

Dan jika hendak menicum tangan itu kerana kayanya dan dunianya dan kebendaannya dan kuasanya dan kemasyurannya disisi ahli dunia dan yang umpama demikian itu maka hukumnya adalah makruh yang bersangatan dan berkata Al-Mutawali dari ashab kami hukumnya tidak diharuskan maka mengisyaratkan olehnya kepada haram.”


Kesimpulannya tidak menjadi sebarang kesalahan para pelajar mencium tangan gurunya kerana memuliakannya bahkan disunatkan dari kerana sungguhnya para guru itu samada guru agama atau guru akedemik adalah mereka memberi ilmu yang berguna kepada muridnya.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hamba Allah Pencari Bekalan
Hamba Allah Pencari Bekalan
3 tahun yang lalu

Sangat bermanfaat perkongsian yg diberikan. Semoga pencerahan ini membawa pengetahuan kepada orang yang sedikit ilmunya seoerti saya.