Hukum Cium Tangan Cikgu

Hukum Cium Tangan Cikgu

Apakah hukum cium tangan cikgu?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ada setengah sekolah yang mana ketika pelajar hendak pulang mereka beratur dengan mencium tangan cikgu yang mengajar mereka.

Apakah hukum mencium tangan cikgu?

Kalau cium tangan ibu bapa memang saya tahu ianya diharuskan.


JAWAPAN

Para ulamak mengharuskan cium tangan seseorang kerana memuliakannya seperti ulamak dan ibu bapa dan orang soleh.

Berkata Imam Nawawi:

ูŠุณุชุญุจ ุชู‚ุจูŠู„ ุฃูŠุฏูŠ ุงู„ุตุงู„ุญูŠู† ูˆูุถู„ุงุก ุงู„ุนู„ู…ุงุกุŒ ูˆูŠูƒุฑู‡ ุชู‚ุจูŠู„ ูŠุฏ ุบูŠุฑู‡ู…

Ertinya :

Disunatkan mencium tangan orang-orang solih dan orang yang mempunyai kelebihan daripada para ulamak. Dan dimakruhkan mencium tangan selain dari mereka itu.โ€

(Kitab Fatawa An-Nawawi)

Berkata Imam Al-Buhuty:

ูˆู„ุง ุจุฃุณ ุจุชู‚ุจูŠู„ ุงู„ุฑุฃุณ ูˆุงู„ูŠุฏ ู„ุฃู‡ู„ ุงู„ุนู„ู… ูˆุงู„ุฏูŠู† ูˆู†ุญูˆู‡ู…

Ertinya : โ€œDan tiada salah mencium kepala dan tangan orang yang berilmu dan ahli agama dan seumpama mereka itu.โ€ (Kitab Kasyful Qinaโ€™)

Dan tersebut pada Kitab Al-Hidayah Syarah Al-Bidayah:

ูˆู„ุง ุจุฃุณ ุจุชู‚ุจูŠู„ ูŠุฏ ุงู„ุนุงู„ู… ูˆุงู„ุณู„ุทุงู† ุงู„ุนุงุฏู„

Ertinya : โ€œDan tidak mengapa dengan mencium tangan orang yang berilmu dan pemerintah yang adil.โ€

Maka guru yang mengajar di sekolah-sekolah itu tidak dinafikan mereka juga termasuk kalangan orang yang berilmu olih itu tidak menjadi kesalahan pelajar yang dididiknya mencium tangannya kerana memuliakannya.

Berkata Syeikh Muhammad Al-Hajjar yang membuat taklik Kitab Fatawa An-Nawawi:

ูˆูŠู†ุฏุจ ุฐู„ูƒ ู„ู†ุญูˆ ุตู„ุงุญุŒ ุฃูˆ ุนู„ู…ุŒ ุฃูˆ ุดุฑู.ูุฅุฐุง ุฃุฑุงุฏ ุชู‚ุจูŠู„ ูŠุฏ ุบูŠุฑู‡ุŒ ุฅู† ูƒุงู† ุฐู„ูƒ ู„ุฒู‡ุฏู‡ุŒ ูˆุตู„ุงุญู‡ุŒ ุฃูˆ ุนู„ู…ู‡ ูˆุดุฑูู‡ุŒ ูˆุตูŠุงู†ุชู‡ ุฃูˆ ู†ุญูˆ ุฐู„ูƒ ู…ู† ุงู„ุฃู…ูˆุฑ ุงู„ุฏูŠู†ูŠุฉ ู„ู… ูŠูƒุฑู‡ุŒ ุจู„ ูŠุณุชุญุจุ› ู„ุฃู† ุฃุจุง ุนุจูŠุฏุฉ ู‚ุจูŽู‘ู„ ูŠุฏ ุนู…ุฑ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง.ูˆุฅู† ูƒุงู† ู„ุบู†ุงู‡ ูˆุฏู†ูŠุงู‡ ูˆุซุฑูˆุชู‡ ูˆุดูˆูƒุชู‡ ูˆูˆุฌุงู‡ุชู‡ ุนู†ุฏ ุฃู‡ู„ ุงู„ุฏู†ูŠุง ูˆู†ุญูˆ ุฐู„ูƒ ูู‡ูˆ ู…ูƒุฑูˆู‡ ุดุฏูŠุฏ ุงู„ูƒุฑุงู‡ุฉ.ูˆู‚ุงู„ ุงู„ู…ุชูˆู„ูŠ ู…ู† ุฃุตุญุงุจู†ุง: ู„ุง ูŠุฌูˆุฒ. ูุฃุดุงุฑ ุฅู„ู‰ ุฃู†ู‡ ุญุฑุงู…

Ertinya :

Dan disunatkan mencium tangan itu kerana orang itu soleh atau ada ilmu atau ada kemuliaan.

Maka apabila hendak mencium akan tangan orang lain jika adalah kerana zuhudnya atau kerana solehnya atau alimnya atau mulianya atau waraknya atau umpama yang demikian itu dari sekelian pekerjaan agama nescaya tidaklah dimakruhkan bahkan disunatkan dari kerana sungguhnya Abu Ubaidah telah mencium tangan Umar r.a.

Dan jika hendak menicum tangan itu kerana kayanya dan dunianya dan kebendaannya dan kuasanya dan kemasyurannya disisi ahli dunia dan yang umpama demikian itu maka hukumnya adalah makruh yang bersangatan dan berkata Al-Mutawali dari ashab kami hukumnya tidak diharuskan maka mengisyaratkan olehnya kepada haram.โ€


Kesimpulannya tidak menjadi sebarang kesalahan para pelajar mencium tangan gurunya kerana memuliakannya bahkan disunatkan dari kerana sungguhnya para guru itu samada guru agama atau guru akedemik adalah mereka memberi ilmu yang berguna kepada muridnya.

Wallahuaโ€™lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hamba Allah Pencari Bekalan
Hamba Allah Pencari Bekalan
4 tahun yang lalu

Sangat bermanfaat perkongsian yg diberikan. Semoga pencerahan ini membawa pengetahuan kepada orang yang sedikit ilmunya seoerti saya.