
Apakah hukum potong bulu kening?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANApakah hukumnya isteri memotong sebahagian bulu kening dengan gunting supaya kelihatan cantik dilihat oleh suami?
Adakah boleh dicukur bahagian kening yang tumbuh lebih dari biasa atau memotong bulu kening yang panjang?
JAWAPAN
Hukum mencukur bulu kening adalah haram dan pelakunya dilaknat sebagaimana datang di dalam hadith.
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. katanya:
Telah melaknat oleh Rasulullah saw akan perempuan yang mencukur bulu kening dan yang minta dicukurkan.”
(Hadith Abu Daud)
Maksud mencukur yang diharamkan ini ialah mencukur licin kesemua bulu keningnya atau mencukur sebahagian besar bulu kening yang ada dan ditinggalkan bahagian yang halus di atas keningnya.
Ada pun mencukur kening yang tumbuh lebih dari tempatnya atau memotong yang panjang daripadanya atau mengandamnya kerana tumbuhnya tidak kemas maka berlaku khilaf dikalangan ulamak dan panjang perbahasan ulamak pada masalah ini.
Sebahagian ulamak mengharuskannya dan sebahagian yang lain melarang.
Tersebut pada kitab Mughni Muhtaj bagi Syeikh Khatib Syarbini:
Ada pun apabila suaminya atau penghulunya memberi izin pada memotong bulu kening maka harus ia kerana berhias bagi suaminya yang telah memberi izin baginya pada memotong itu.”
Berkata Imam As-Syairazi:
Dan ada pun memotong dari dua keningnya apabila panjang ia maka aku tidak melihat apa-apa dari pandangan ashab kami.
Dan sayugianya makruh ia kerana mengubah kejadian Allah yang tidak sabit suatu dalil atasnya itu maka dihukumkan makruh.
Dan sebahagian ulamak Hanbali berkata ianya tidak mengapa dan dikatakan bahawa Imam Ahmad mengharuskannya.”
(Kitab Al-Majmu’)
KESIMPULAN
Haram mencukur semua kening atau mencukur sebahagian besarnya hingga tinggal yang halus daripada kening.
Harus disisi setengah ulamak memotong kening yang panjang atau mengandamnya dengan gunting supaya kemas dilihat oleh suaminya dan bukan berniat untuk berhias kepada selain mahram manakala sebahagian ulamak yang lain memakruhkannya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
kalau cukur tepi2 kening yg bulu kecik2 tu , mcm tumbuh tempias keliling kening hukum dia harus ke?
yang saya faham, if suami izin /suka, kening boleh trim ,tapi haram cukur . And niat hanya untuk suami shj.
bermanfaat
Asalam ustaz…kalau kening tu terlalu tebal dan panjang..haram jugak ke??
tidak