Apakah hukum potong bulu kening?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANApakah hukumnya isteri memotong sebahagian bulu kening dengan gunting supaya kelihatan cantik dilihat oleh suami?
Adakah boleh dicukur bahagian kening yang tumbuh lebih dari biasa atau memotong bulu kening yang panjang?
JAWAPAN
Hukum mencukur bulu kening adalah haram dan pelakunya dilaknat sebagaimana datang di dalam hadith.
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. katanya:
Telah melaknat oleh Rasulullah saw akan perempuan yang mencukur bulu kening dan yang minta dicukurkan.”
(Hadith Abu Daud)
Maksud mencukur yang diharamkan ini ialah mencukur licin kesemua bulu keningnya atau mencukur sebahagian besar bulu kening yang ada dan ditinggalkan bahagian yang halus di atas keningnya.
Ada pun mencukur kening yang tumbuh lebih dari tempatnya atau memotong yang panjang daripadanya atau mengandamnya kerana tumbuhnya tidak kemas maka berlaku khilaf dikalangan ulamak dan panjang perbahasan ulamak pada masalah ini.
Sebahagian ulamak mengharuskannya dan sebahagian yang lain melarang.
Tersebut pada kitab Mughni Muhtaj bagi Syeikh Khatib Syarbini:
Ada pun apabila suaminya atau penghulunya memberi izin pada memotong bulu kening maka harus ia kerana berhias bagi suaminya yang telah memberi izin baginya pada memotong itu.”
Berkata Imam As-Syairazi:
Dan ada pun memotong dari dua keningnya apabila panjang ia maka aku tidak melihat apa-apa dari pandangan ashab kami.
Dan sayugianya makruh ia kerana mengubah kejadian Allah yang tidak sabit suatu dalil atasnya itu maka dihukumkan makruh.
Dan sebahagian ulamak Hanbali berkata ianya tidak mengapa dan dikatakan bahawa Imam Ahmad mengharuskannya.”
(Kitab Al-Majmu’)
KESIMPULAN
Haram mencukur semua kening atau mencukur sebahagian besarnya hingga tinggal yang halus daripada kening.
Harus disisi setengah ulamak memotong kening yang panjang atau mengandamnya dengan gunting supaya kemas dilihat oleh suaminya dan bukan berniat untuk berhias kepada selain mahram manakala sebahagian ulamak yang lain memakruhkannya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Assalammualaikum.. kalau lelaki boleh ka.. trim sikit² cukur sikit² di hujung kening bagi sama rata.. sebab jenis bulu tebal
Waalaikumsalam.
Mengenai soalannya, dalam Mazhab Syafi’i, ada beberapa pandangan ulama mengenai mencukur atau mencantas bulu kening bagi lelaki.
Secara umumnya, ada pandangan yang membenarkan mencantas bulu kening bagi tujuan membuang lebihan bulu yang menyebabkan ketidakselesaan atau penampilan yang tidak kemas, selagi ia tidak melampaui batas dan tidak bertujuan untuk berhias secara berlebihan yang lebih bersifat kepada adat perempuan.
Namun, penting untuk diingat bahawa perbuatan ini harus dilakukan dengan niat yang betul, iaitu bukan untuk meniru gaya yang bertentangan dengan ajaran Islam atau mengikuti fesyen yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam.
Jadi, jika tujuan mencantas atau merapikan bulu kening adalah untuk penampilan yang lebih kemas dan bukan untuk tujuan berhias secara berlebihan atau meniru adat yang bertentangan dengan ajaran Islam, maka ia dibenarkan dalam Mazhab Syafi’i.
kalau cukur tepi2 kening yg bulu kecik2 tu , mcm tumbuh tempias keliling kening hukum dia harus ke?
yang saya faham, if suami izin /suka, kening boleh trim ,tapi haram cukur . And niat hanya untuk suami shj.
Mencukur atau merapikan bulu kening, termasuk membuang bulu-bulu kecil yang tumbuh di sekitar kening, pada dasarnya adalah harus (dibenarkan) dalam Islam asalkan dilakukan dengan niat yang betul dan tidak melampaui batas.
Niat yang betul di sini bermaksud melakukan pencukuran untuk tujuan kebersihan, kemas, dan bukan bertujuan untuk berhias secara berlebihan atau mengikuti trend yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Dalam konteks Syafie Mazhab, apa yang penting ialah mengekalkan penampilan semula jadi dan tidak melakukan perubahan yang drastik atau yang mengikuti gaya hidup yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.
Jadi, jika pencukuran bulu kening dilakukan hanya untuk menghilangkan lebihan bulu yang tidak teratur atau yang tumbuh di luar bentuk semula jadi kening, dan bukan untuk mengubah bentuk asal kening atau mengikuti gaya yang tidak sesuai, maka ia dianggap harus.
bermanfaat
Asalam ustaz…kalau kening tu terlalu tebal dan panjang..haram jugak ke??
tidak
Waalaikumsalam.
Mengenai soalan anda tentang bulu kening yang tebal dan panjang, dalam Islam, tidak ada hukum yang secara spesifik menyatakan bahawa memiliki bulu kening yang tebal dan panjang adalah haram.
Namun, dari segi merapikan dan memelihara penampilan, Islam menggalakkan umatnya untuk menjaga kebersihan dan penampilan yang sopan.
Dalam konteks Syafie Mazhab, mencukur atau merapikan bulu kening adalah dibolehkan jika dilakukan dengan niat yang betul seperti untuk menjaga kebersihan, mengelakkan ketidakselesaan, atau mengekalkan penampilan yang kemas. Apa yang penting adalah niat dan tujuan di sebalik perbuatan tersebut. Ia tidak seharusnya dilakukan dengan tujuan mengubah ciptaan Allah SWT secara drastik atau mengikuti trend kecantikan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.
Jadi, jika bulu kening yang terlalu tebal dan panjang menyebabkan ketidakselesaan atau kesukaran dalam penglihatan, atau jika tujuan mencukur atau merapikannya adalah semata-mata untuk menjaga kebersihan dan penampilan yang sopan, maka amalan tersebut dianggap dibolehkan.
Wallahu a’lam