Cara Tegur Ibu Bapa Yang Tidak Solat

Cara Tegur Ibu Bapa

Bagaimana cara tegur ibu bapa yang tidak solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Bagaimana caranya nak tegur atau nasihat orang tua yang tidak solat ustaz?

Adakah jadi derhaka kalau mereka sakit hati bila anak-anak nasihatkan mereka?


JAWAPAN

Walau pun akhlak dan tingkah laku orang tua itu buruk namun ia tidak menjadi alasan kita boleh lakukan sesuka hati.

Wajib menjaga adab dan menghormati mereka.

Namun kewajipan menghormati bukanlah penghalang dari menyuruh mereka melakukan ma’ruf dan melarang dari kemunkaran.

Ibu bapa yang tidak solat wajib dinasihati oleh anak-anak kerana anak-anak lebih dekat dengan mereka dan dalam memberi nasihat itu hendaklah dijelaskan tentang kemungkaran yang mereka lakukan agar mereka mudah sedar.

Di dalam Al-Quran menceritakan tentang Nabi Ibrahim a.s. yang menasihati orang tuanya yaitu firman Allah :

Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim berkata bagi bapanya Azar : Adakah kamu mengambil berhala-berhala sebagai Tuhan? Sungguhnya aku lihat kamu dan kaum mu berada di dalam kesesatan yang nyata.”

(Al-An’am : 74)

Cara menegur itu hendaklah dengan lemah lembut dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.

Teguran boleh dengan secara langsung dan boleh dengan cara sindiran atau menunjukkan kepentingan solat dihadapan mereka.

Anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang tidak solat jangan tinggal berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati mereka untuk menunaikannya.

Firman Allah:

Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang elok. Dan bantahilah mereka dengan cara yang paling baik.”

(An-Nazhl : 125)

Maka menasihati orang tua tidak dikira dalam perbuatan derhaka bahkan perbuatan yang disuruh syarak.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments