Hukum Bernikah Dengan Adik Ipar Setelah Kematian Isteri

Bernikah Dengan Adik Ipar

Apakah hukum bernikah dengan adik ipar setelah isteri mati?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Jika seorang itu kematian isteri adakah sah dia bernikah pula dengan adik iparnya?


JAWAPAN

Ipar adalah termasuk dalam golongan mahram yakni mahram sementara.

Maksud sementara ialah selama seorang itu masih berstatus sebagai suami kepada isterinya maka haram dan tidak sah dia bernikah dengan adik ipar atau kakak iparnya.

Maka apabila seorang itu telah bercerai dengan isterinya dengan talak raj’ie dan telah habis edahnya maka sah dia bernikah dengan adik iparnya itu.

Firman Allah Taala:

Dan haram bahawa kamu himpunkan antara dua perempuan yang bersaudara.”

(An-Nisa’ : 23)

Maksud ayat ini ialah tidak boleh seorang lelaki berkahwin dengan dua orang wanita yang mereka berdua adalah adik beradik atau antara anak saudara dan ibu saudara pada masa yang sama iaitu dalam satu perkahwinan.

Maka jika telah bercerai dengan adiknya dan habis edahnya maka sah dia bernikah pula dengan kakaknya atau apabila telah bercerai dengan kakaknya dan telah habis edahnya maka sah dia bernikah pula dengan adiknya.

Tetapi jika isterinya meninggal dunia maka tidak perlu dia menunggu sebarang edah yakni sah dia bernikah dengan iparnya samada adik atau kakak si mati selepas kematiannya kerana dikira telah terputus perkahwinan dengan kematian.

Tersebut pada Majlis Fatwa Mesir:

Maka apabila isteri seorang lelaki meninggal dunia dan dia mahu berkahwin dengan saudaranya maka tiada perlu dia menunggu edah wafat atau edah yang lainnya kerana telah terputus perkahiwnan dengan sebab mati.

Benar sungguhnya tidak harus menghimpunkan antara dua bersaudara sebagaimana firman Allah: “Dan haram kamu himpunkan antara dua yang bersaudara dan tiada boleh berkahwin akan saudara isteri selepas menceraikannya sehingga lepaslah isterinya itu dari edahnya apabila adalah talak itu talak raj’ie.”

(Darul Fatwa Mesir)

KESIMPULAN

Apabila seorang lelaki menceraikan isterinya dan dia ingin berkahwin pula dengan iparnya, maka wajib dia menunggu isterinya itu selesai dari edahnya jika talak itu talak raj’ie.

Ini kerana jika belum selesai lagi edah dengan isterinya kemudian dia berkahwin pula dengan iparnya maka jadilah dia beristerikan dua orang yang bersaudara yang diharamkan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Ada pun jika isterinya meninggal dunia maka dia tidak wajib menunggu sebarang edah maka sah dia berkahwin pula dengan iparnya kerana hubungannya dengan isterinya telah putus dengan sebab kematiannya itu.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments