Apakah hukum berdoa dalam rukuk?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Ustaz boleh atau tidak kita baca doa ketika sedang rukuk atau tidak boleh?
JAWAPAN:
Rukuk adalah rukun yang panjang oleh kerana itulah seorang yang rukuk dengan lama kerana membanyakkan tasbih atau lama ia berdoa di dalamnya maka solatnya tidak batal.
Ulamak fiqah berkata adalah berdoa di dalam rukuk itu disunatkan.
Diriwayatkan dari Aisyah r.a. katanya, yang bermaksud:
Adalah Nabi saw memperbanyakkaan bacaan didalam rukuknya dan sujudnya iaitu maha suci Engkau Ya Allah Ya Tuhan kami dengan kepujian Mu aku memohon ampun.”
(Hadith Bukhari)
Oleh kerana ini terjawab persoalan yaitu sunat hukumnya berdoa di dalam rukuk sebagaimana disunatkan berdoa di dalam sujud dan tahyat akhir.
Siapa yang hendak membaca doa di dalam rukuk itu elok dia membaca terlebih dahulu tasbih rukuk tiga kali kemudian membaca doa.
Kesimpulan
Berdoa didalam rukuk itu tidak dilarang bahkan setengah ulamak mengatakan sebagai sunat.
Jika seorang itu solat sendirian harus dia membaca doa yang panjang di dalam rukuk melainkan jika menjadi makmum maka yang afdhal ialah dia angkat kepala dari rukuk sejurus setelah imam berdiri dari rukuk.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..