Berapa Kedudukan Jarak Tapak Kaki Ketika Sujud?

Berapa Kedudukan Jarak Tapak Kaki Ketika Sujud?

Ketika sujud adakah kena renggangkan antara dua lutut dan dua kaki?

Jika direnggangkan berapakah jaraknya?

JAWAPAN

Sunat merenggangkan antara dua lutut ketika seorang itu sujud dan begitu juga sunat merenggangkan kedua tapak kaki dengan jarak sejengkal.

Diriwayatkan dari Abu Humaid r.a. beliau menceritakan tentang cara solat Nabi sollallahu alaihi wasallam dengan katanya :

وَإِذَا سَجَدَ فَرَّجَ بَيْنَ فَخِذَيْهِ

Ertinya : “Apabila Nabi sollallahu alaihi wasallam sujud baginda merenggangkan antara kedua pahanya.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Al-Baihaqi)

Berkata Imam Syaukani :

فرَّجَ بين فخذيه ) أي : فرق بين فخذيه ، وركبتيه ، وقدميه )

قال أصحاب الشافعي : يكون التفريق بين القدمين بقدر شبر

Ertinya : “Merenggangkan antara dua pahanya” itu Ertinya merenggangkan antara kedua paha dan kedua lutut dan kedua tapak kakinya. Dan berkata Ashab Syafie : Adalah merenggangkan antara kedua tapak kaki itu ialah kadar sejengkal.” (Kitab Nailul Authar)

Berkata Imam As-Syairazi :

وَيُفَرِّجُ بَيْنَ رِجْلَيْهِ لِمَا رُوِيَ أَنَّ أَبَا حُمَيْدٍ وَصَفَ صَلَاةَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ertinya : “Dan direnggangkan antara dua tapak kakinya kerana hadith yang telah diriwayatkan bahawasanya Abu Humaid telah menceritakan cara solat Rasulullah sollallahu alaihi wasallam.” (Kitab Al-Muhazzab)

Berkata Imam Nawawi :

قال الشافعي والأصحاب : يستحب للساجد أن يفرج بين ركبتيه وبين قدميه . قال القاضي أبو الطيب في تعليقه : قال أصحابنا : يكون بين قدميه قدر شبر

Ertinya : “Telah menyebut oleh Imam Syafie : Adalah disunatkan bagi orang yang sujud bahawa merenggangkan antara dua lututnya dan dua tapak kakinya. Berkata Qadhi Abu Thoyyib pada takliqnya : Berkata ashab kami adalah renggang antara dua tapak kaki itu ialah kadar sejengkal.” (Kitab Al-Majmu’)

Maka jika seorang itu tidak merenggangkan antara dua lututnya dan antara dua tapak kakinya seperti dirapatkan keduanya atau direnggangkan tidak sampai sejengkal maka solatnya tidak batal.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments