Bolehkah Bayar Kafarah Sumpah Dengan Sedekah Nasi Bungkus?

Bolehkah bayar kafarah sumpah dengan sedekah nasi bungkus?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Berkenaan dengan bayar kafarah melanggar sumpah adakah boleh dipilih antara memberi pakaian kepada orang miskin dengan memberi mereka makan atau pun mesti kena ikut tertib?

Kalau boleh beri makan orang miskin itu adakah mesti dengan beras atau boleh beri mereka makanan yang sudah dimasak seperti nasi bungkus?


JAWAPAN

Bermula membayar denda atau kafarah melanggar sumpah itu ialah boleh memilih antara memberi makan kepada sepuluh orang miskin dengan makanan yang mengenyangkan mengikut adat negeri tempat tinggal atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan hamba.

Firman Allah Taala :

Maka kafarah melanggar sumpah itu ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari makanan yang biasa kamu berikan keluargamu atau memberi mereka pakaian atau merdekakan hamba sahaya. Maka barang siapa tiada mendapat yang demikian itu maka hendaklah dia berpuasa selama tiga hari.”

(Maidah : 89)

Kemudian ulamak berselisih tentang membayar kafarah dengan makanan itu yakni sebahagian ulamak mensyaratkan makanan yang belum dimasak seperti kurma dan beras dan lainnya manakala sebahagian ulamak mengharuskan memberi makanan yang telah dimasak yang mengenyangkan apabila mereka makan.

Tersebut pada Majlis Fatwa Negeri Mesir:

Dan berasakan atas yang demikian itu maka tiada halangan dari mengeluarkan kafarah sumpah dalam bentuk makanan yang sudah dimasak kerana mengambil perkataan ulamak yang mengharuskannya sekali pun yang lebih utama ialah mengeluarkan makanan yang mentah dan kering kerana keluar dari perselisihan ulamak.”

(Darul Ifta Mesir)

KESIMPULAN

Harus membayar kafarah sumpah dalam bentuk memberikan orang miskin nasi yang telah dimasak seperti dalam soalan tetapi yang lebih afdhal ialah memberikan mereka makanan yang mentah seperti beras.

Harus memilih antara memberi makan atau memberi pakaian atau merdekakan hamba.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Edu
2 hari yang lalu

Assalamualaikum , Saya nak tanya kalau saya berkata begini , kalau aku bermaksiat lagi aku akan taubat lagi dan lagi , adakah ou termasuk dalam sumpah atau taklik , saya keliru sebab risau bersumpah , sebab kalau ikutkan saya nak kata yang setiap kali berbuat bermaksiat akan taubat lagi dan lagi , sampai mati akan taubat ,adakah semua ini dikira sebagai sumpah , boleh ke berikan contoh bagaimana sumpah atau taklik sebenarnya terjadi dan dilakukan?