Hukum Berubat Dengan Cara Baca Ayat Quran Pada Air Minum

Apakah hukum berubat dengan baca ayat Quran pada air minum?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya pernah melihat seorang ustaz di kampung saya mengubat orang sakit dengan cara dia baca beberapa ayat Quran selepas itu dia tiup ke dalam air masak kemudian bagi orang sakit minum.

Apakah boleh di sisi agama berubat dengan cara macam itu?


JAWAPAN

Merawat orang yang sakit dengan kaedah membacakan ayat-ayat Quran kemudian ditiupkan pada air dan diberi minum kepada orang yang sakit adalah harus hukumnya.

1. Tersebut pada himpunan fatwa Mufti Jordan:

لا بأس بقراءة القرآن الكريم على شيء من الماء والاستشفاء به

Tidak mengapa dengan membaca Quran atas suatu seperti air dan dibuat berubat dengannya.”

(Darul Ifta Jordan)
2.Dan berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:

Telah menyebut oleh Imam Ibnu Batthal sungguhnya pada kitab Wahab bin Munabbah bahawa diambil tujuh helai daun sidir yang segar kemudian ditumbuk dengan batu lalu diramas dengan air dan dibacakan padanya akan ayat Kursi dan Al-Qawafil kemudian di hirup daripadanya tiga kali kemudian mandi dengannya maka sungguhnya ia ubat bagi menghilangkan penyakit yang ada padanya.”

(Kitab Fathul Baari Syarah Sahih Al-Bukhari)

Surah Al-Qawafil ialah surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas dan Al-Falaq dan An-Nas.

3.Dan telah berkata Imam Ibnu Muflih Al-Hanbali:

نقل عبدالله أنه رأى أباه يعوذ في الماء ويقرأ عليه ويشربه ، ويصب على نفسه منه

Telah diambil dari Abdullah bin Ahmad sungguhnya dia telah melihat bapanya (Imam Hanbali) membaca perlindungan pada air dan membaca ayat Quran atasnya dan meminumnya dan menuangkan atas badannya akan air itu.”

(Kitab Al-Adab As-Syar’iyyah)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments