Masalah Menutup Aurat Dalam Solat
Menutup aurat adalah syarat sah solat.
Solat dalam keadaan mendedahkan aurat walaupun sedikit sahaja bahagian aurat yang terdedah menyebabkan solat batal dan tidak sah.
Solat yang terbatal itu wajib diulang kembali dengan menutup aurat dalam solat.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang mendesak dan terpaksa, seseorang itu dikecualikan menutup aurat ketika solat dan solatnya sah.
Berikut adalah beberapa persoalan lazim yang sering timbul berkaitan aurat dalam solat:
Tidak.
Selagi seseorang itu kekal sebagai mukalaf, kewajipan solat tidak gugur daripadanya. Dia wajib melakukan solat walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Sekiranya tiada langsung pakaian untuk menutup aurat, maka seseorang itu hendaklah mendirikan solat tanpa menutup aurat dan sah solatnya.
Ya.
Seseorang yang tiada seurat benang pun menutup badannya, tetap wajib solat.
Dia hendaklah solat dalam keadaan berbogel. Solatnya sah dan tidak perlu diulang.
Walaupun menutup aurat wajib semasa mendirikan solat, tapi dalam kes seperti ini, ketidakmampuannya mendapatkan pakaian untuk menutup aurat meletakkannya sebagai seorang yang uzur.
Mencuri atau merampas pakaian dengan tujuan membaluti badan untuk menunaikan solat adalah haram dan berdosa.
Ini kerana seseorang yang langsung tidak berpakaian diharuskan solat dalam keadaan berbogel.
Walau bagaimanapun, solatnya dengan memakai pakaian yang dirampas atau dicuri, adalah sah.
Ianya boleh jika sudah tiada cara untuk mendapatkan pakaian atau sesuatu untuk menutup auratnya.
Oleh itu sebelum menunaikan solat dalam keadaan berbogel, hendaklah terlebih dahulu melakukan perkara-perkara berikut:
1. Membeli pakaian sekiranya mempunyai wang dan ada orang yang mahu menjualnya.
2. Menyewa pakaian sekiranya ada wang untuk menyewanya dan ada orang yang mahu menyewanya.
3. Meminjam pakaian sekiranya ada orang yang mahu meminjamkannya.
Sekiranya semua syarat tadi tidak diperolehi, barulah diharuskan solat dalam keadaan berbogel.
Dalam keadaan ini, dia hendaklah mengutamakan menutup aurat.
Oleh itu dia hendaklah solat dengan memakai pakaian sutera.
Jika didirikan solat dalam keadaan berbogel, solatnya tidak sah.
Rujukan
- Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar, Solat Ketika Keuzuran
Tinggalkan Komen Anda..
Terima kasih atas penjelasan
Perkongsian yg amat bermanfaat.
Alhamdulillah.