Hukum Ambil Upah Memandikan Jenazah

Ambil Upah Memandikan Jenazah

Apakah hukum memberi dan ambil upah memandikan jenazah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Di sesetengah tempat apabila berlaku kematian keluarga si mati akan mengupah satu pihak bagi menguruskan mandi jenazah dan lain-lain.

Adakah harus hukumnya pihak yang memandikan jenazah mengambil upah atas kerjanya itu?


JAWAPAN

Sebenarnya beban kerja menguruskan mayat bermula dari memandikan jenazah dan mengkafankannya dan menyembahyangkannya hingga ditanamnya di tanah perkuburan adalah dipikul oleh waris si mati dan saudara mara serta sahabat handainya.

Jika tiada bagi si mati itu waris dan sedara mara atau ada tetapi tiada yang pandai mengerjakannya maka tidak mengapa diminta orang lain mengerjakannya samada dengan upah atau dengan sukarela.

Telah berkata oleh Syeikh Nuh Ali Sulaiman :

Bermula memandikan mayat itu ialah fardu kifayah dan orang yang utama mengerjakannya ialah orang yang paling utama dengan mayat iaitu segala warisnya dan kaum kerabatnya.

Dan harus bagi mereka bahawa mengupah orang lain melakukannya dengan yang wajib ini daripada mereka.

Dan harus orang Islam mengambil upah atas yang demikian itu kerana sungguhnya ibadat yang tidak harus ambil upah atasnya itu ialah ibadat yang fardu ain.

Ada pun yang fardu kifayah maka harus ambil upah atas mendirikannya terutama apabila menyelesaikan baginya.”

(Darul Ifta Jordan)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments